Dec 18, 2011

Teringin Nak Kahwin

Walaupon takde orang yang berminat baca blog aku, tapi aku tetap berminat nak tulis sbb satu hari bila aku dah jauh tinggalkan zaman ni, aku boleh gelak balik baca blog aku. Haha! Wawa loser!!

Aku sebenarnya penat dengar berita kawan2 kahwin. Masa umur 23, berita kawan kahwin tu mungkin perkara yang menggembiraikan. Tapi dah masuk umur 'hampir layak bergelar andartu' ni, jiwa aku makin meroyan. Geng-geng bujang aku sorang-sorang 'sign out' dari kelab ni.

Satu perkara je nak kasi aku rasa bertenang sket... tengok kawan-kawan yang masih single (yg juga kebanyakannya dah nak tamatkan zaman bujang tak lama lagi).

Kalau aku lambat kahwin sebab tengah sibuk bina kerjaya yang gilang gemilang, mungkin la aku tak kesah sangat. Ni kerja pon masih tahap buruh lagi. Aset pon tarak. Memang gile loser ah aku ni. :(

Hampir setiap minggu, aku akan jadi part of geng Fashada Wedding Concept untuk setelkan pelamin orang... Tengok orang bersanding, jiwa aku jadi kacau. Tapi nasib baik aku ada bakat jadi pelakon, so tak ada masalah untuk aku sorokkan perasaan hati yang terbakar dengan muka 'gua rilek je bro~'.

Kalau aku attend majlis akd nikah, aku la paling bersemangat skali duduk dekat2 ngan pengantin (walaupon pengantin nye aku takde la kenal sgt). Sbb makin dekat aku duduk, makin jelas la visual khayalan boleh aku mainkan kat kepala - berangan aku duduk menanti si cinta hati melafazkan akad nikah untuk aku. Serius aku cakap, moment tu antara moment paling indah untuk ditonton dan dihayati. Kadang2 bergenang air mata terharu juga bila tengok muka pengantin perempuan selamat diijabkabul.

Mesti bes gile diorang dapat hidup dengan org yang dicintai dengan halal. Makan sama, tgk tv sama, masak sama, kemas rumah sama... Waaahhh! Sangat jeles yowl!

Ni adek aku pulak nak bertunang minggu depan. Walaupon gembira sebab bakal dapat 'adiah langkah bendul', tapi perkara ni amat mencabar status 'bujang agung' aku.

Haishh! Runsing~~ runsing~~

Nov 29, 2011

Buang tebiat ke housemate aku ni!

Pagi ni aku bangun lambat dari biasa. Gara-gara berpoya-poya lebih masa malam tadi. Pagi ni terasa lain dari biasa. Selalunya aku melalui pagi yang sunyi. Tapi hari ni, Subuh-subuh lagi bunyi TV masuk dalam baki-baki mimpi.

'Buang tebiat ke housemate aku ni!'

Gerutu hati aku sambil telinga rasa dibelai-belai suara ustaz dalam tv yang macam memanggil-manggil aku bangun subuh. Tapi sebab badan terlalu berat dengan rasa penat, Subuh aku tewas lagi hari ni.

2 jam kemudian, setelah dekat 20 kali aku menekan button 'snooze' kat hf, aku pon gagahkan diri bangun dan gegas ke toilet. Aku lalu bilik housemate aku. Aku tengok beliau tengah mengemas bilik. Aku kasi senyum 'kerang bakar basi' kat beliau. Beliau balas dengan senyum ala-ala matahari memancar. Bukan kebiasaan muka 'tak de perasaannya' menunjukkan reaksi semanis tuh.

'Aih! memang buang tebiat budak nih! Tak g keje ke?! Selalu lepas Azan subuh lagi dia jadi orang pertama bukak pintu rumah.'

Abes mandi, aku lalu dapur.

'Aih! Masak pulak kau ni~ Tak penah-penah kau buat dapur berasap, ni pagi-pagi lagi dah bukak dapur gas!'

Aku pikir, budak ni mesti dah lebih makan gula semalam. Tak pon baru dapat berita orang masuk meminang kat kampung? Bukan main baik lagi mood hari ni!

Sambil-sambil lalu, aku menegur

"Tak keje ke hari ni?"

Aku dengar tak dengar je jawapan dia, trus bergegas masuk bilik, mengejar pukul 9 punya waktu kerja.

10 minit kemudian, aku keluar, bersedia nak meluru kuar dari rumah. Aku tengok member aku tu tengah sidai kain pulak. Kali ni penglihatan aku lebih jelas sebab dah pakai contact lense. Baru je aku nak menegur kawan aku tu, dia dah buat aku tergamam. Aku tengok muka dia tua sikit dari biasa.

"Eh?" Aku tergamam....

"Ni mama Lisa la. Lisa dah gi keje lama dah tadi"
Kata 'member aku' tu.

Muka aku nak jadi merah, cepat-cepat aku cover dengan wajah cool "Laaa... mama Lisa ke? Bila nya sampai sini" Aku hulur salam.

"Mintak maap laaa makcik~ Saya ni rabun~ Ni dah berspek baru nampak~ Err... saya mintak diri dulu ye" kata aku dengan harapan balik ni mak Lisa dah balik.

*Tak berenti ketawa sorang2 kat opis. balik ni mesti kena bahan kalau aku citer kat housemate aku yang lain*

May 10, 2011

Kempen Tasya Ke Sekolah



Maksu selalu susah hati bercerita tentang anak perempuannya berusia 4 tahun bernama Tasha yang susah betol nak dihantar ke tadika. Niat Maksu, nak dibawak anak nye yang paling cerdik dan mulut becok tu untuk mendapat pendidikan asas yang awal tapi nyatanya bila jejak je kaki si kecik tu ke tadika, mesti tangan si kecil tu kuat menggenggam baju ibu nya, mohon taknak dilepaskan sendirian tanpa ibu meneman.

Seminggu jugak la Maksu jadi teman setia Tasha, merangkap Makcik Jaga kelas tadikanya kerana Tasha akan sentiasa mengawasi Maksu dan memastikan Maksu tak ke mana-mana sepanjang kelas. Habis semua kerja rumah, basuh kain semua tergendala sebab nak bagi sokongan kat Mek Tasha nan sorang ni.

Mengetahui nasib Maksu, aku merangkap pembantu penasihat diminta bagi cadangan untuk penyelesaian.

Pada pendapat aku, mungkin Tasha tak diberi gambaran awal untuk dia menghadapi sesuatu yang baru dalam hidup dia. Jadi mentalnya belum bersedia bila dihadapkan dengan orang-orang asing dengan persekitaran asing yang dia sedang hadapi, menyebabkan dia merasa canggung dan takut bila tiba di sekolah. Mengambil contoh kes sendiri- Aku sendiri susah untuk mulakan konversasi dengan orang yang baru dikenali. Tambah pulak kalau aku tak diberitahu atau diberi gambaran awal akan berjumpa dengan orang tersebut. Makin cuba reka topik, makin canggung bunyik nye. Mungkin ada yang berpendapat aku seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa tetapi itu semua bermula dengan baik sekiranya aku ‘berangan’ dulu… aksi dan gaya bercakap dengan orang tersebut. Jadi, proses 'beri gambaran' dicadangkan kat Maksu.

Sehari sebelum ke sekolah, aku suruh Maksu gambarkan kan Tasha…‘Esok Tasha pegi sekolah, pakai cantik-cantik, boleh jumpa kawan baru. Tasha boleh belajar sama-sama dengan kawan, makan sama-sama, main sama-sama. Seronookkkk!! Cikgu pon akan ajar Tasha nyanyi banyak lagu. Nanti balik skolah boleh la dengar Tasha dah pandai baca ABC, dah pandai nyanyi!’. Maka, dengan ayat kempen tu, Tasha is mentally ready & she's got some image & clue.

Alhamdulillah saranan aku berjaya dengan jaya-sejaya-jayanya! Esoknya, sampai je tadika, terus Tasha bergaul dengan baik dan nampak enjoy di sekolah. Hari kedua, Tasha dah boleh cakap kat Maksu “Mama balik la dulu. Nanti abes skolah baru ambik Tasha ye!”

Beberapa bulan lepas tu, aku menjunpai artikel mengenai ‘kempen ke sekolah’ dalam majalah Pa&Ma. Hehehe… Just exactly what I’d said to Maksu.

Hmmm... (Sambil berangan bawak anak ke sekolah. Pastu masa ambik anak aku balik dari sekolah, "Mama, ada Cikgu Fizik suruh kirim salam kat mama. Cikgu tu ingat mama ni kakak. Wooo~~)

May 9, 2011

Alahai Susahnye Berkompromi~

Sesungguhnya kawan-kawan, tahun pertama bercinta adalah fasa yang paling susah bagi aku. Susah sebab nak melalui FASA PENYESUAIAN diri masing2. Rasa nak melenting je bila kelakuan dia tak sepadan dengan keinginan kita. Tahun demi tahun aku makin faham… rupanya sebuah perhubungan bukan sekadar untuk berkongsi perasaan cinta tapi jugak untuk kita lalui proses menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing.

Si serabut dan well-organized man
Aku tak pernah ambil tau pon kalau rambut ni bersikat atau tak, sampai kembang berkerinting macam afro pon, masih rasa bergaya. Tiba tiba ditemukan dengan seseorang yang dari kecilnya dididik serba rapi – bertali leher ke tadika & menyeterika setiap helai baju yang akan dipakainya, termasuk seluar dalam!

Si kuat melaram & mat belia
Kalau bab penampilan, makin meriah baju yang aku pakai, makin tinggi keyakinan berhadapan dengan orang. Sedangkan dia lebih sejuk hati melihat perempuan berpakaian sederhana dengan blaus warna khakis ala-ala ibu muslimah.

Designer vs Engineer
Sebagaimana engineer dan designer tak pernah sehaluan dalam bidang senibina, macam tu la realiti bila kami bersama & berbicara tentang design. Encik engineer hebat mengkritik design aku, persis professional seorang pakar warna dan berpengalaman belasan tahun dalam bidang design. Kadang-kadang tak ubah macam ayam yang mengajar itik menyedut air. Patuk balung tu baru tau!

Si gila glemer vs ahli sukan
Aku melalui zaman sekolah yang aktif dalam pelbagai bidang. Semua bidang aku nak balun tapi bab beraksi atas padang rumput skolah atau gelanggang badminton, bukan pilihan aku sama skali. Pendek kata, aku bukan manusia yang suka bersukan mahupon penonton aksi sukan. Sehinggalah aku meng-akad seorang manusia gila sukan menjadi bf, nak taknak aku terpaksa belajar bersengkang mata menonton bola di mamak atau menonon aksinya berfutsal.

Venus girl vs Mars man
Belum lagi bercerita soal memilih siaran radio dalam kereta. Atau pilih cd lagu.

Tapi kami percaya bahawa perbezaan antara 2 manusia yang Tuhan dah beri rasa cinta pada masing-masing, adalah untuk kita saling melengkapi. Sebagaimana konsep Yin & Yang, kekurangan dia adalah untuk kita lengkapi dengan kelebihan yang kita ada, begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah, masuk tahun kedua, bila masing-masing belajar berkompromi dengan kekurangan masing-masing, kami jadi makin selesa bersama. Malah kami ada beberapa hobi baru yang dicipta untuk kesesuain bersama contohnya ‘pasang lagu Faizal Tahir kuat-kuat dalam kereta dan melalak sama-sama’.

Yang penting, bila dah kawin nanti, kena sentiasa pegang pesan mak sebagai panduan untuk kekalkan keharmonian rumahtangga;

1) Jaga maruah suami – jangan mengherdik suami depan orang luar, walaupon waktu tu tengah bergaduh. Simpan dulu, dan selesaikan bersama dengan baik. Ingatlah bahawa manusia bernama lelaki tidak suka kena marah terutama dengan isteri sendiri.
2) Jaga makan pakai suami – Tunaikan tanggungjawab sebagai isteri denagn sebaiknya termasuk ambik tahu makanan kegemaran dia. Jaga perutnya, terpeliharalah rumah tangga. Yang tak pandai masak macam aku ni, kenalah usahakan mengasah bakat memasak.
3) Jadi tulang belakang suami – beri sokongan kepada perkara baik yang diusahakan. Jangan memperkecilkan usahanya. Jadi penasihat yang terbaik, tapi bukan penghasut terbaik.
4) Berbincang kalau ada perkara yang tak puas hati dan cari solution yang adil untuk kedua-dua pihak. Bagi tau sejelas-jelasnya cara layanan yang masing-masing mahukan.

Terima kasih mak atas peringatan. Semoga keberkatan rumahtangga yang kami nak bina nanti berterusan hingga ke akhir hayat. Amin…