Apr 25, 2010

Berkongsi Tentang Diri (bhgian 2)

Si Dia dan Ibu ibarat QC atau 'buku undang-undang'.
Segala sesuatu yang memerlukan aku membuat pilihan dan dapatkan keizinan, perlu untuk aku lalui kedua-dua pihak 'QC'.

Tapi ada beberapa perkara yang menjadikan ibu tidak terlantik menjadi QC, kerana ketidakterbukaan beliau. Kadang-kadang, sokongan yang diharap, kecaman yang dapat. Aku letih lalu sijil QC tu diberi pada Maksu.

Sampai satu masa, QC terlalu dominan terhadap keputusan yang perlu aku buat sehingga mentah-mentah menolak keinginan dan perkara yang kadang-kadang adalah impian aku. Dalam hal impian, susah untuk aku berkompromi dengan 'tidak' dari pihak QC, malah sokongan adalah yang lebih aku perlukan.

Hari ni, aku memandang sesuatu yang aku terlalu mahu.
Terlalu mahu sehingga takut untuk menerima 'tidak' dari sesiapa, terutama dari pihak QC. Mungkin petunjuk istikharah lebih ideal menjadi QC...

Berkongsi Tentang Diri




Tahun ni, tak banyak perkara dapat aku jadikan bahan tinta blog aku, atas sebab tiada perkara indah-indah yang berlaku yang boleh dijadikan bahan kongsi. (selain dari Si Dia yang belum pernah berhenti buat aku bahagia).

Menyedari sifat manusia yang sering menghakimi, antara faktor aku berhenti berkongsi cerita keadaan diri. Tapi selepas lebih setengah tahun, aku kembali selesa untuk berkongsi. Kepercayaan terhadap sifat 'manusia yang suka menghakimi' buat aku lupa untuk percaya manusia juga ada sifat prihatin.

Sebagaimana azalinya manusia yang tidak boleh tidak berkawan, adalah ideal dengan musbab perlunya kita berkongsi. Sebagaimana iklan rumah sewa berkesan untuk mencari bakal penyewa baru, 'berkongsi' juga berkesan untuk kita menterbukakan pencarian penyelesaian masalah kepada umum yang mungkin punya 'jalan' yang dapat membantu.

Tapi pada aku, berkongsi bukan cara yang paling pertama untuk setiap masalah yang dihadapi, takut-takut sifat manusia yang menghakimi juga akan buat kita nampak sering terdesak dan banyak masalah.

Mungkin sesuai kalau aku katakan, menyimpan dan berahsia, hanya akan merebakkan rasa sengsara dalam diri, yang menjadi penyebab murung dan bunuh diri. Sedangkan ramai di luar sana ada apa yang sedang kita perlukan. Yakinlah juga buruk yang datang mungkin 'teguran' Nya yang ingin kita kembali ingat pada Dia yang juga sebenar dan seideal tempat mengadu.

Apr 9, 2010

Perhatian Kepada Designer Sekalian

Post ni merujuk kepada interior designer.
Kebanyakan tandas awam sekarang, terutamanya tandas kat 'shopping complex' tidak mesra pengguna Malaysia, amnya pengguna Melayu yang perlukan keselesaan untuk 'aktiviti pembuangan yang lebih bersih dan rapi'.

Apa yang berlaku kat aku sendiri, setiap kali 'waktu kecemasan' untuk menggunakan tandas awam, selalu je aku keluar dengan rasa 'fedap', kecewa dan hati yang sakit kepada 'designer' yang design toilet tersebut. Tak salah untuk ikut design antarabangsa, tapi biar la kena dengan gaya hidup orang kita. Kebanyakan toilet yang direka sekarang TIDAK ADA KEPALA PAIP dan sekadar pakai pancut (tak tau istilah) yang kadang-kadang (most of the time) airnya tak keluar laju pon. Da la tak laju, pastu pancut tak jauh! Cuba bayangkan kalau 'barang' yang kita nak buang lebih besar dari biasa..... Derhhh!!

One more thing, lantai! Pernah tak 'korang' teragak-agak nak 'melakukan aktiviti pembuangan' kerana kuatir dengan refleksi imej kita yang mungkin dapat dilihat dari lantai luar? Dah la gap pintu ke lantai hampir setengah kaki, lantai pulak pakai tiles tahap cermin licinnya!
Oh pleaseee...

Tuan & Puan designer yang bijak pandai, walaupun tandas adalah sebahagia kecil dari design sesuatu bangunan/ ruang, tolong jangan abaikan beberapa perkara macam ni.