Oct 12, 2009

Finally Updated!

Dah 2 bulan berhibernasi, membelakangi rutin update blog kerana mencari isu untuk ditinta walaupun kalau ditelek kalender, tempoh 2 bulan ini merupakan 2 bulan yang penuh agenda.

-Ramai yang menyambut ulangtahun lahir bulan ni: Raul, Kak Linda, Encik Nordin, si polan, si anu dan si jebah.

-3hb: Berniaga di Tailor's College yang akhirnya adalah sekadar niat tak sampai kerana aku, Ajim dan beberapa rakan peniaga lain tak berjaya menjual sebarang item. Pon, berterima kasih pada Encik Jae yang dedikasi menyediakan sarapan, dan waktu gurau bual dan harga sewaan percuma kepada anak-anak buahnya.

Dan esoknya 4hb, bersama Kolekians bertolak ke Parit demi menyaksi pertunangan pasangan Mira Nomenome & Zaneq yang juga merupakan pertunangan julung kali bagi batchnya. Tahniah Neq!

Sabtu kelmarin, 10 Okt, aku menyambut genap setahun perhubungan dengan Azmi. Sebagai menyempurnakan tradisi yang dijanjikan, 5 minit sebelum gegas ke pawagam menonton Papadom, kami berkongsi sajian sepotong Cheeze Choc. Ya, sepotong untuk tahun ini berbanding sebiji pada tahun lepas, memandangkan isi poket masing-masing dah pun kering.

Dan minggu ni, bmula semalam, Hasanah, Nadia & Fizoh yang bersiap-siap untuk konvo 20& 21hb ni, bertandang dan menginap di rumah sewa aku.

Minggu depan pula, 17hb, Zu buat rumah terbuka sempena penamat bulan Syawal untuk batch ID 47th.

Banyak lagi agenda kecil-kecil yang berlalu dan mendatang.

Tapi aku masih gagau berdiri atas nasib. Masih mencari platfom yang terbaik untuk bertapak.

Teringat pada Fareeza, memberi reaksi terhadap luah perasaan secara santai di McD sec 2 kelmarin, "Ko ni banyak masalah tapi muka ko hepi je". Sambil senyum dan menyambung kunyah baki jejari french fries, aku merivilisasi kenyataan "Dah puas nangis dah kot".

Bukan gagal menegakkan benteng tabah tapi nyatanya aku takut. Cukup takut dengan masa depan. Takut kalau setahun kemudiaan, kedudukan aku masih seperti sekarang. Masih gagau bekerja di Medium dengan gaji yang hampir tiada bahagian untuk diri sendiri apatah lagi untuk mak yang banyak melabur untuk pendidikan aku mahupun Nadia yang selalu berdiet terpaksa di kampus.

Jawatan kerajaan sudah beberapa dipohon. Semua permohonan perlu dihantar dengan kepilan sijil-sijil sekolah. Salinan sijil-sijil sekolah yang difotostet dengan cop pengesahan 3 tahun lalu tinggal satu salinan. Sedangkan semua salinan asal dah 3 tahun tiada dari simpanan-hilang tak dapat dikesan mana dan punca. Yang dapat diganti cuma sijil SPM.
Sama maknanya..... aku cuma ada satu jawatan kerajaan lagi yang dapat dipohon.


Sambung belajar... masih jauh niat tersebut untuk singgah ke hati. yang menjadi pokok penyebabnya, kerana aku dah tak punya PC. Hilang juga! Tapi atas tanggungjawab abang. (refer post GF vs BF) Melainkan untuk tunggu bulan 12 bagi memohon sambung belajar ke bidang perguruan di UPSI.

Jawatan ID? Dengan kelayakan sekadar diploma dan pengalaman kerja tak sampai setahun TANPA KEMAHIRAN 3D, mudah-mudah permohonan aku ditolak. Tiada PC masih menjadi antara sebab. Tambah 2 lagi sebab: tiada software 3d di PC ofis & tiada nilai di saku untuk mengupah mana-mana polan yang berkemahiran untuk mengajar aku. Pon, aku masih menghantar resume pada beberapa company ID & non-ID, malah di JJ.

Seboleh-bolehnya, aku tak mahu alasan-alasan bodoh menutup menutup peluang. Kepada rakan-rakan yang sudi menyampaikan peluang, terima kasih banyak-banyak. Maaf juga kalau ada peluang yang tak mampu aku nak terima. Lokasi peluang mungkin tak menjadi masalah melainkan kalau si pengguna kenderaan awam seperti saya menerima tawaran kerja yang berlokasi di luar laluan kenderaan awam.
Pon, saya masih menghargai berita peluang lain yang kawan-kawan dapat.