Jun 19, 2009

Sunshine, makes me happy, like i should be!

Syukur ke hadrat Ilahi aku dikurniakan rongga nafas dan hidung yang punya lubang menyedut udara yang berdiameter cukup besar untuk menyedut oksigen kepunyaan Allah... sekaligus beri aku peluang untuk terus hidup mentadbir hidup sendiri dalam batas yang Tuhan telah gariskan.

Hari ini, aku memanfaatkan nyawa kurniaan Tuhan dengan melakukan misi 'job hunting' bersama Adawi. Walaupon usaha agak santai tapi aku kira permulaan yang agak baik, asalkan aku tak membiarkan hari yang lepas lebih baik dari hari yang bakal aku lalui. Insya Allah aku akan terus bergerak walaupun dengan merangkak, bergolek, berjalan atau berlari, asalkan aku tak hentikan perjalanan selagi peluru dalam senapang tak membidik matlamat.

Tapi plan B masih di poket kiri, mungkin aku akan aku gunakan kalau berlaku sebarang kemungkinan yang tak dijangka. Mungkin aku akan gunakan 7 hari duduk di kampung, menikmati tawa-tawa anak-anak Maksu dan berkaraoke lagu Miley Curus, JoBro atau Lady Gaga sebagaimana kebiasaan masa kami luangkan bersama. Huhu! Mis ya'll!! Dan mencari seorang rakan sepermainan yang sekarang telah berjaya bersama perniagaan beliau. Nak korek rahsia dan ilmu!! Haha!

Dan mungkin dalam masa tu jugak, aku akan mulakan projek yang da seminggu tertunda dari tarikh sepatutnya dalam perancangan iaitu membikin 'blog shop'. Item sudah bertambah cuma belum mulakan sesi 'panggambaran' lagi. Kepada kawan yang dah bertanya tu, mintak maaf, aku akan cuba percepatkan. Tapi jangan ketawakan aku bila tengok barang yang aku niagakan. Beri sokongan ye? Wink! Kalau ada sesiapa yang nak aku marketkan produk, bagitau ye. Mungkin aku akan tolong marketkan sekali untuk jualan di booth event yang mungkin aku sertai, ok!

Jun 18, 2009

Hari Indah Digraduasikan....

Gambar 1:
Aku tak berapa nak suka gambar ni. Macam sama umur dengan mak aku. Puas pujuk dia pakai jubah aku, tapi dapat pujuk dia pakai topi pon, kira ok la~~

Gambar 2:
Jubah kena curik dengan Azmi. Ambik aura katanya

Gambar 3:
Sumpah-sumpah atau disumpah?

Gambar 4:
Bayu Utomo Rajikin's masterpiece. Jatuh hati pada karya beliau sejak pamerah 'matahati'

Gambar 5:
Me & Mimi

Gambar 6:
Sampah yang smart

Gambar 7:
Terkesima

Gambar 8:
Brape tahun da kerbau ni posing kat situ tapi rumput kat keliling dia, tak jugak diragutnya. Test bagi bunga pun tak makan jugak

Gambar 9:
Mi yang semangat




















Jun 11, 2009

Pejalanan seterusnya

Aku baru usai menghabis isi borang SPA lepas 3 kali login tergendala dengan tiba-tiba. Esok aku ambik cuti untuk rehat-rehatkan diri dan pukul 10 aku ke 7E untuk datang intebiu. Iye... 7E aje dulu. Mana-mana rezeki Tuhan nak bagi, ambik je dulu. Kemudiaan2, baru cari peluang-peluang yang lebih baik, kot ada menyusul. Hehe... Sambil-sambil tu, pujuk-pujuk la diri 'dengan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, tak boleh nak memilih kerja sangat'. Kalau dapat, insya Allah untuk position manager. Ok la tuh! Kalau ada yang bertanya 'Ko kerja apa sekarang?', kan ke sedap nak menjawab 'manager aje..'. Hehe...

Mungkin dalam jangka masa kerja ni, aku boleh pulihkan sakit makan dalam pada id. Hehe! Agak-agak kalau tak terubat jugak, mungkin aku akan ikut Fareeza sambung belajar dalam bidang Industrial Design. Tak pon Fine Art. AD may suits me!

Life Gets Harder.

Where should i go?
A question that keeps niggling me since i was told to resign. Today is my 7th day of '2weeks notice' days. It remains a week before i officially resignated.

Every day, as i wake up in the morning and realize it's still weekday, i feel so sick & fuck up. I'm getting tired doing the ritual; facing the mirror, tell myself to be positive and smile fake-ly.. But as i see those happy faces in the office, i turn to be a looser me. Because i always the only person who make things wrong. Sorry for being a slow learner but put others' fault on me is not a good lesson for me.
God... make me a fighter please. I want to fight everything that may brings me down. Expirient had thought me, there is no good being so 'never mind'. See!! I went nowhere! Enuf beralah!

Now world, hear me please...

Ini pulak soal lain. Soal yang wujud bila nak cari kerja pulak.
Pada mereka (seperti aku) yang tidak berpeluang belajar 3D waktu semeser menjalani praktikel seolah tak berupaya menggali peluang kedua untuk belajar bila sudah terlajak melepasi alam kerja ni. Susah betul nak cari firm2 yang sudi terima mereka yang tak punya kemahiran 3D walaupun untuk diberi peluang belajar. Kalau ada yang menerima pun, kita tidak disediakan dengan peluang belajar sebab software hanya dibekalkan kepada 3D maker sahaja. Aku antara yang tak bernasib baik cuz i'm going thru this situation.

AAaaaaa... Tak adil!!!

Tips tok guru untuk marketkan diri dengan pengetahuan detail dan material tanpa kemahiran 3D sebenarnya tak releven da dalam zaman sekarang! Industri terlalu cepat berubah. Student tahun-tahun sebelum zaman rombakan subjek (aku cthnya) agak tidak bernasib baik.

Satu hal lagi, aku tak faham apa yang menyebabkan kesalahan aku dijaja dan dijadi bahan ketawa budak-budak ofis, aku pon tak faham. dari zaman praktikel pon macam tu. Malah penyelia firma pertama aku menjalani tempoh sebulan praktikel pon buli aku dan bagi task pelik-pelik untuk aku sudahkan dalam tempoh yang dia bagi sampaikan staf-staf semua pelik sebab selama firm tu trima budak praktikel, aku lah satu-satunya yang diragging sedemikian rupe. Bencinya~~ Mungkin betul apa yang Adawi cakap, muka aku muka stok orang suka nak buli. Do i look like a has-to-be-bullied-little-nerdy? What a pity me...

Jun 7, 2009

Malapetaka

Jumaat lalu, lepas aku usai bikin post tentang 2 berita buruk, muncul satu lagi malapetaka yang sebenarnya dah lama dikemam oleh Mr Benard untuk dikabarkan pada aku.

"I'm sorry to tell u this but i do have to" bos aku Benard tenung aku dengan wajah yang serba-salah. Injap jantung aku laju mengepam darah. Aku rasa, aku tahu apa yang dia nak cakap.

Kalau la boleh pause saat tu, aku nak pegi perah tubir mata ni kering-kering, jerit puas-puas dan sambung balik saat tu, untuk dengar balik ucapan seterusnya.

"Kampeni ni kecik je. Awak pon tau kat sini projek tak banyak. Awak pon mungkin tak dapat banyak belajar kat sini, and i can see that u nampak tak selesa kat sini"

Aku mengangguk. Seluruh tubuh ketar, tapi cuba ditahan. Aku cuba tarik otot muka untuk senyum. Memang setiap hari lepas pulang dari ofis, aku selalu tanya kat diri sendiri "why i feel like i dont fit in here" dan rupanya apa yang aku rasa, terzahir terus ke penglihatan orang lain.

Aku bangkit selepas meyakinkan dia yang aku tak ambik hati pon dengan keputusan dia- cuba bersikap profesional. Aku tarik sekeping kertas kosong di meja printing. Beberapa helai kertas lain jatuh. Waktu tu, aku tak dengar bunyik apa-apa selain bunyi burung mengepak-ngepak terbang waktu aku pandang kertas-kertas tu melayang dengan slow motion. Bunyi kebebasan yang tak direlakan.

Kembali ke meja Benard, aku tulis 'Letter of Resignation'...

Sedang aku kusut fikirkan gaji yang tak cukup untuk tampung hidup bulan-bulan, lagi persoalan besar tak dapat aku putuskan penyelesaiannya...

Tuhan... berikan lah aku hati yang kental dan jalan jalan yang membawa aku ke arah hikmah Mu

Jun 5, 2009

2 Berita Buruk Selepas Satu Keberuntungan

Syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan Maha Kuasa melimpahkan aku rezeki yang hebat semalam bila aku berjaya mendapatkan sumber untuk mulakan perniagaan, pada hari yang sama lepas tau CIMB menolak permohonan pinjaman aku. Syukur sangat dan moga permulaan yang baik ini berterusan sehingga beroleh hasil yang menguntungkan.

Hari ni pula, dapat mesej dari Celcom, memaklumkan penggunaan bil telah mencecah 70% kredit limit sedangkan bil baru dibayar pada 3hb Jun dan penggunaan aku pon hanya setakat mendail satu nombor berbayar dan membalas beberapa sms sahaja. Dengan muka yang merah menahan hati yang sakit, aku mendapatkan kepastian operator celcom dan dia menyarankan untuk aku datang ke celcom center untuk mengenalpasti kalau ada nombor yang tidak dikenali.
Sampai di ofis, admin sedang meradang. Bagai ayam mencanang berita dah bertelur, dia marah-marah bila tahu bos pasang CCTV di ofis mulai Isnin ni. Habis satu ofis dijeritnya. Dan sekarang pon, kerja-kerja memasang sedang berjalan. That's mean i may not be an active blogger anymore. Mungkin kami kena pakat bekerja sambil mengorek hidung, menggaru punggung dan ketiak atau apa saja perilaku yang tak menyenangkan supaya bos rasa menyesal pasang cctv.

Bengangnya~~

Jun 4, 2009

Kongsi laaa~~

Aku baca balik post-post yang lepas, aku suka apa yang didiskusi antara Ash, aku dan Hasanah dalam post "Langsungkan Seni Untuk Dinikmati" yang aku buat pada Oktober 2008. Seronok bila dapat kongsi pendapat dengan kawan-kawan yang punya isi akal masing-masing yang kalau dikongsikan bersama, tentu macam-macam lagi perkara boleh dikupas. Otak aku ni pon da lama tak dibedah keluar isinya. Apa yang aku tulis mungkin tak cukup dari apa yang korang ada dalam kepala. Jadi kawan2, rakan2 dan sahabat-sahabat sekalian, share whats on ur mind in my blog. Ur tots may open others mind.

Jun 3, 2009

Ofis tanpa bos

Aku tengok officemate di sebelah kiri yang leka menonton dragonball. Di belakang aku, officemate 2 menekun skrin menjawab soalan kuiz facebook. Aku tarik sebungkus biskut jacob dari paper organizer. Aku lumatkan sebijik ke dalam mulut. Hampir setengah jam aku ulang kunyah biskut yang buat nafasku bau taik gigi. 3 officemate yang lain sedang melayan ruang santai mereka dengan bergosip.

My 1st 3D

Aku tengok blog budak ID yang lain, sume pakat tunjuk hasil 3D yang diorang buat.


Yang ni aku buat pakai software InteriCAD. Orang kata software ni senang. Walaupun ini software pertama yang aku pakai untuk belajar dan buat 3D, tapi aku berani akui kebenaran kenyataan orang lain sebab aku yang lampi ni pon, cepat jugak la dapat apply apa yang diajar. Plus, nak render kejap je! Kejap sangat! Tak macam 3D max yang kadang-kadang kena ambik sampai satu hari untuk render satu view.

Sayangnya, aku hanya boleh buat 3D bila salah seorang 3D maker tak datang sebab software hanya boleh dimuat turun pada 2 PC sahaja (da semestinya PC aku tak termasuk). Alahai ruginye aku~~

p/s: Perabut yang kelihatan b ukan diambil dari library tapi di'construct' sendiri.. ;P

What's wrong with me?

Kebelakangan ni, malah sejak hampir sebulan lepas aku jadi semakin mudah marah-marah dan kecik ati. Nak kata PMS, takkan la sampai sebulan? Hidung pun da makin sensitif menjadikan aku tak suka orang cakap dengan aku dekat-dekat sebab selalu terdera dengan bau nafas orang lain. Kadang-kadang terganggu dengan bau sendiri.(tapi sejak pakai deoderan Dr.Mist masalah bau sendiri da kurang banyak) Kerana perkara-perkara macam tu je da boleh buat emosi aku terganggu beberapa minit dan kadang berlarutan sampai satu hari. Perkara-macam tu secara otomatik menjadi sebab aku cepat melawan bila ditegur, tak pandang orang bila bercakap, mudah rasa terganggu, mudah melenting bila jadi bahan gurau dan menjadi seorang yang menjengkelkan. Man... i just cant help myself by having this bad breathe alert..Errhh!!

Helpp!!! Perhaps i'm lonely and need friends. Where are they?

Jun 2, 2009

Mahligai Yang Kurang...

Bila tanah di Ujung Sewe itu berdiri satu mahligai di tengah-tengah serakan teratak usang, ramai penduduk yang asal hidup dari zaman moyang-moyang mereka yang menelan sendu, melopong dan berperi dengan jiwa sakit. Yang tinggal di kanan mahligai, kepala mereka makin miring ke kiri dan yang duduk di kiri mahligai pula, kepala makin miring ke kanan. Mahligai yang bagai magnet itu memusatkan perhatian seluruh bumi Ujung Sewe.

Saat keluar si pasangan Lola & Dora yang seelok-elok rupa dan seindah-indah budi bahasa dari mahligai itu, berkeliaran mata-mata pemerhati lari dan berlakon buat tak reti.

"Mungkin dari syurga turunnya mereka" Bidut menelah, disambut angguk-angguk yang lain.
"Mungkin juga dari keturunan bangsawan" Jonggo menambah.
"Atau mungkin kilang niaga mereka saban tahun untung besar. Kenyang makan anak-anak mereka. Tentu juga diilmukan di tempat hebat." Gendut menunduk memandang diri yang serba hina sebagaimana sahabat lain.
"Dengar tawanya!" Sambut Ketepeng lalu masing-masing mendepangkan telinga dan mmemicil mata. Dekah dari kerongkong lelaki Dora dan perempuan Lola yang anak ramai dan bijak-bijak itu enak didengar, seperti dekah orang kaya lain. Tapi tidak panjang dan kadang-kadang kedengaran dibuat-buat.

Maka mulalah berperi penduduk Ujung Sewe akan teori yang bagai-bagai...

Ada kurangkah isi mahligai yang dikeliling taman indah itu sedangkan burung dan kumbang yg singgah kebun taman orang kaya itu pun akan pulang riang mengicip baka-baka kacuk di dahan tiap rimbun pohon kebun mereka.

"Kata orang juga, asas, tiang dan alang rumah itu pon terbina dari konkrit yang diangkut dari Jerman."
"Gah! Tentu katilnya juga tak undang sebarang dengkur"
"Ya! Tentu juga sofanya adalah sofa terapi yang boleh mengurut"
"Aku yakin juga bilik airnya ada air terjun"
Penduduk Ujung Sewe makin rancak membikin teori.

Muncul satu pagi, bila minaret mahligai itu yang kebiasaannya menjadi yag pertama-tama menerima simbahan cahaya pagi, pasangan Lola & Dora keluar...
Si Bidut yang Gendut, tukang salur berita tentang Ujung Sewe yang dari tadi memerhati tersedar sesuatu. Ada kedut kering & kematu seribu yang kelihatan di tumit kaki Lola & Dora. Terpikir mereka mana mungkin kaki seorang kaya yang punya kilang bikin bisnes maju dan hidup mewah punya kaki seperti orang yang berkebun di selut. Mahligai mereka serba cukup dalam istilah mewah. Telahan hebat yang dibuat tentang mahlgai itu pon benar belaka- diakui pasangan Lola & Dora sendiri.
Apa punca calar di kaki, pada sepasang tubuh yang indah sedemikian?
Apa penyebab kematu milik kaki yang menapak mahligai seindah Masya Allah indahnya itu?
Mana datangnya kulit-kulit kasar di telapak yang menyarung sepatu mewah sentiasa?

Maka berkumpul lah satu kampung pakat mencari punca kematu kaki orang kaya. Si Bidut menawarkan diri jadi tukang teropong dan tukang menghendap. Yang lain berderet mencari tempat paling celah di sebalik rimbun pohon kebun mahligai, menanti jawapan Bidut.

Si Bidut yang baru mencecahkan dagunya di sil tingkap mahligai terus mengucap panjang sebaik memandang isi mahligai. Riuh satu kampung, tertanya-tanya sebab musabab reaksi Bidut. Ada yang mahu menurut Bidut melihat indah bagaimana perabut mahligai sehingga panjang si Bidup mengucap dan ada yang terlompat-lompat memancing mata ke dalam mahligai.

Dalam keriuhan, Bidut menjerit "Mahligai indah tak berlantaiii!!!"
Maka terdiam seluruh yang menunggu dan pulang dengan diri yang seperti baru dikabarkan dunia akan kiamat. Hati-hati mereka terkujat, bagai direnjat... Semua jadi bingung dan mengenang peristiwa... Hari itu, dan hari-hari berikutnya, kisah mahligai terus-terusan dingat dan dipesa pada anak cucu seluruh tanahh Ujung Sewe.
'Alangkan cantiknya rumah, dibina dengan asas seteguh-teguh asas dan dihias mewah dan indah. Tapi tanpa lantai, bagaimana nak menapak, apa indah yg boleh dialas? Bagai hilang sebiji anggota, cacat turut sebuat rumah.'

Siapa Rasa Dirinya Macam Kes Kat Bawah Ni?

"You shud b on d screen!" Hasanah berperi di satu hari smbil telunjuk menghala tv. Aku ketawa besar, menempelak kenyataan beliau.
" But wut shud i be? Singer? Actor? VJ? Model iklan rambut rosak layak la."
Aku pandang dia dengan muka 'ape-mende-ko-pikir-ni-hasanah'.
Tapi, sebagai kawan baik, celah mana pun aku selindungkan keinginan dari hati sendiri, Hasanah boleh kesan.

Yup! Memang aku ada keinginan muncul di tv terutama setiapkali menonton idola aku Aznil.

Tengok rancangan tu, rasa nak masuk. Tengok rancangan ni pon rasa nak masuk. Tengok orang tu nyanyi, rasa nak rampas mikrofon dan tolong sambung menyanyi untuk dia. Tengok pelakon tu berlakon kurang sikit, aku rasa nak masuk skrin tv dan cakap "Bak sini bagi aku plak blakon!"

Impian aku memang impian dalam katogori poyo. But f*&%, i dont give a damn! Biarpun aku sedar bakat aku tak la sehebat mana- hidung kemek, pipi kembong, nyanyi pon macam ayam, berlakon teater pon suara tak sampai. Tapi aku perlukan jalan untuk meneroka minat sendiri. Bertahun-tahun aku abaikan minat sebab dengar cakap orang minat aku tak kemana.

Encik Syariman, supervisor praktikal aku pon pernah cakap, "Satu hari bila kamu da bekerjaya macam saya, kamu akan rasa benda-benda tu semua tak penting"
Aku tanya balik kat dia (dalam hati aje)
"Abang dah hidup stabil macam ni, abang pernah tak ada rasa sesal dalam diri?"
Ya, aku tak nak wujud sebarang rasa kesal walau satu hari da punya kerjaya dan hidup yang stabil hanya sebab aku ada impian yang tak tercapai dan ada kebolehan dalam diri yang terabai. Dan aku tak nak jugak satu hari Tuhan tumpulkan kebolehan sebab aku tak manfaatkan ia selama duduk ia dalam diri.

Saban hari aku tonton dan baca iklan ujibakat tapi setiapkali jugak aku biarkan peluang tu dimakan masa. Pernah tgk iklan fair&lovely;
Seorang gadis tersenyum2 menonton iklan ujibakat pembaca berita tapi bila tengok diri kat cermin, terus snyuman dia mengendur.
Tergelak aku tengok iklan tu. Situasi sama macam aku. Aku rasa skrin tv bilik walau 14" inci cuma, terlalu besar untuk aku yang bakat entah la sebesar mana pon. Setiapkali datang tekad utuk mencuba, datang suara halus yang jahat yang mengecil-ngecilkan diri.

Tapi aku percaya keajaiban yang terselindung pada peluang. Mungkin hari ni aku cuma berteleku di meja makan sambil mengepulkan awan angan-angan di ubun setiap kali menonton tv, tapi mana tau, kalau muncul keberanian satu hari, org lain pula menapong dagu melihat aku di dalam tu. Ahaks! (Sambil ambik pemadam dan cepat-cepat padam awan kat atas kepala)


p/s: Hafiz da lepas~~ Aku bila lagi...

Jun 1, 2009

Officially Graduated!

Alhamdulillah...
Susah payah, jerih tangis, jatuh bangun selama 3 tahun akhirnya dibuktikan berhasil pada 30 Mei 2009 apabila diraikan bersama rakan seperjuangan Fakulti Senibina Perancangan & Ukur. Walaupon hari tersebut tak bermula dengan baik sebab salah menyebarkan info kepada keluarga yang diajak hadir besama. Pagi hari konvo baru lah sedar yang rupanya istiadat akan bermula 8.30 pagi, bukan 2.30 petang sebagaimana sangkaan aku mulanya. Sebagaimana biasa, mak bising2 pada mulanya. Tapi mungkin dah lali dengan kelalaian aku atau menghormati hari tersebut sebagai hari aku patut diraikan, dia mudah reda hari tu.

Sampai di UiTM, graduan bersama ibubapa masing-masing berbaris menaiki bas.
"Padan muka aku sorang" (Ibu & Adik smpai lewat)
Sesampai di foyer menara, aku mencari arah graduan berkumpul dan syukur melihat wajah-wajah rakan yang lain. Sebaik bunyian gamelan menerobos ke corong telinga, emosi yang tadinya sedang huru hara dan keributan tiba-tiba terpaksi pada suasana keraian. Tanpa dipaksa, otot muka mengendur dan menyorot senyum. Senyum yang menerbangkan seindah-indah perasaan ke dalam diri. Bertambah-tambau indah bila barisan graduan semakin mendekati Dewan Sri Budiman- dewan tua yang saban tahun memproses graduan menjadi alumni-alumni UiTM.

3 tahun mengimpikan ibu menjadi saksi saat ni.
Parasaan yang wujud saat berbaris menanti giliran, berjalan dengan penuh keyakinan sebaik nama disebut untuk menuntut skrol di tangan Naib Canselor dan sempat memberi 'peace' pada kamera yang mengekor langkah sepanjang atas pentas...
dinamakan sebagai 'paling manis'. Manis buat diri-diri yang telah bekorban demi melihat langkah aku di pentas tersebut. Tapi kesian ibu, dia sangkakan dia akan berada dalam satu ruang yang sama waktu tu tapi sayang ditetapkan pula ibu bapa di dewan canseleri.

Setiap gambar yang terabadi walau dalam henfon kamera cuma punya wajah ibu yang jelas riang dan syukur. Sayangnya tapi bila beliau menolak waktu aku cuba memakaikan ibu jubah konvo ku. "Pakai topi pon ok" katanya lalu rela kepalanya aku sarungkan topi tersebut. Walaupon agak terkilan tanpa kehadiran abang yang sibuk bekerja dan Encik Syahrul yang tak dapat membatalkan kelas di saat2 akhir, tapi terubat juga bila keluarga Akak Zariah (sepupu) mengunjung aku dengan jambak bunga yang lebih besar dari pemberian ibu. Bunga ketiga diterima dari Azmi yang tiba agak lewat (dari Pahang) atas sebab yang sama sebagaimana Encik Syahrul- lewat tahu sesi konvo aku yang sebenar...

Syukur juga dapat grad dengan bintang (walaupon 1 aje). Saat menerima traskrip selepas pemulangan jubah semalam, baru perasan adanya wujud 2 C yang mencacatkan transkip peperiksaan untuk 6 sem ni. Selebihnya, 21A dan 23B... (>v<)

Konklusi: Syukur