Dec 23, 2008

Letih menanti



Penantian adalah ruang waktu yang dipunyai oleh hati yang sabar
Walaupon aku bukan antara pemilik hati yang sabar, keyakinan akan terbayar sebuah kesabaran telah membawa aku duduk di lantai ruang menunggu di KL Sentral. Dari bermenung dalam atmosfera yang penuh dengan nafas manusia yang masing2 berkejaran ke destinasi masing2, dan lebih elok dari buang pandangan kosong ke arah kalut2 aksi ribuan jasad di sini, aku menambah isi blog. Berhikayat tentang ruang waktu yang aku isi dengan kesabaran...menanti jasad yang mengkerjakan hati aku sehingga tanpa paksa ia penuh dengan rasa rindu-selama sminggu-dari Indonesia. Menanti dia cinta hati bernama Mimi. Antara teruja dan tak sabar, kesanggupan terikat pada penat jasad bila ingat akan ole2 yang menjadi janjian saat diri membuat pengakuan iri hati cutinya ke seberang bersama rakan2.
Telah masuk jam kedua aku bernafas dalam letih penantian...
Sambil berdoa jasad yang ditunggu segera muncul depan mata...

Dec 19, 2008

KITA LESU??

Post ditulis pada: 12 Disember

Salah satu isu yang dibicarakan di dewan rakyat pada 11 Disember berkenaan ‘mahasiswa lesu’ berpunca dari ‘sikap malas’ mahasiswa.
Aku selaku wakil bekas mahasiswa menyetujui isu ini tanpa didasari politik. Dan tidak juga untuk mengutuk mana2 pihak sekadar memberi pendapat secara ‘pandang dengan 2 mata’ atau secara rasionalnya. Pelbagai pihak cuba menyuarakan krmungkinan jawapan, tapi bagi aku, mahasiswa generasi ini sendiri memegang sebenar2 jawapan yang dihipotesiskan oleh mulut2 menteri di dalam Dewan Rakyat.
Hipotesis yang dibuat adalah sebahagian dari realiti. Buktinya adalah pengalaman kita sendiri iaitu mahasiswa masa kini. Suasana ilmiah jarangkali wujud dalam kehidupan kita malah harus diakui hampir tiada dalam lingkungan rakan mahasiswa kita yang minat dengan aktiviti bersifat akademik/ ilmiah.
Dan sejak di zaman sekolah lagi, kita biasa lihat situasi dimana pelajar2 aktif dalam aktiviti kokurikulum dilabel sebagai poyo dan gila kuasa. Pelajar2 mengamalkan sikap favouritism dan mengenepikan si poyo dengan melabel mereka sebagai ‘anjing cikgu, si capap, gila kuasa dll’ dan membuatkan pelajar yang‘poyo’ ini dilema dan menghadapi kesukaran untuk meneroka keupayaan dan kepimpinan mereka dalam aktiviti2 kokurikulum.
Kes yang tak besnye.. demi mengelak dari menjadi bahan anti di kalangan rakan2, si poyo terpaksa menolaknya peluang terbaik untuk dirinya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod untuk diri sendiri.
Kejam kan ‘dunia’!!!

Kalau logika akal kita kaji lebih dalam lagi, mungkin kita sepakat setuju bahawa punca ‘malas’ yang disebutkan mula berakar dalam rumah lagi. Ramai si ibu yang mengajar anak2 untuk menyebut ‘doktor’ atau ‘perdana menteri’ bila guru bertanya tentang cita2 tetapi bahan mengajar yang ibu sediakan seperti PSP dan MP3 tak membantu anak2 ibu untuk menjadi doktor atau menteri.
Realitinya,kanak2 sekarang mula belajar tentang kehidupan melalui peti televisi . Dan gerak jati diri ditunding oleh isi paparan peti telivisi. Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Sehati berdansa, One in a Million dan pelbagai lagi program realiti telah menjadikan anak2 didikan tv ini haus dan lapar dengan hiburan. Ketagihan yang berlarutan menjadikan perkara akademik dan ilmiah adalah dunia untuk komuniti ‘geek’/ ‘nerd’/ ‘ulat buku’dan untuk mereka yang gila kuasa di sekolah. Muncul lah anti geek yang digelar It-girls, it-boys yang menjadi pujaan seisi sekolah dek punyai koleksi hiburan terkini dalam model MP4 terbaru. Yup, nilah fenomena ‘mengejar trend’ yang sedang menjadi barah dalam ‘komuniti-sedang-membesar’ kita.


Ah-ha! Mungkin lepas ni ibu bapa bole menyertai dewan rakyat dan mengangkat tangan untuk mewakili sumber hiburan yang dapat memberi jawapan kepada isu mahasiswa lesu.

SAUDARAKU BINA MASJID

Iblis sebagaimana biasa menjadi tuanan meledakkan konflik. Sekecil2 perkara akan mereka kembangkan dalam hati kita yang lalai, terutamanya hati2 ‘pendiri masjid’. Maka sebab itu ramai saudara2 kita yang putus tali persaudaraan sblom menjelang hari yang sepatutnya hari kebahagiaan yang patut dikongsi bersama keluarga, bukan sekadar dengan pasangan hidup.. Pada usia 23 tahun, baru aku dapat jawapan terhadap apa yang da pernah berlaku di depan mata aku- kenapa wujud pertelingkahan antara keluarga pada hari2 sebelum perkahwinan. Terima kasih Kak Lang sebab memberitahu.

Dan kerana kesedaran yang sama, aku melihat satu majlis perkahwinan yang membahagiakan minggu lalu. Perkahwinan seorg sepupu yang bertemu jodoh dengan cinta hatinya, Najib 10 tahun lalu.. Alhamdulillah, kami sekeluarga berkumpul dan mengucap syukur dengan hati riang bersama2 dengan doa semoga jodoh Kak Su berkekalan hingga akhir hayatnya.


Bulan depan pula, debaran pasangan Kak Su dan Najib akan pindah kepada abang sulungku yg akan berkongsi debaran dengan Kak Asma. Bulan Januari akan wujud satu lagi kisah kebahagian. Antara talian darah terdekat, aku turut dapat rasa terujanya! Dan dah pasti, kesediaan untuk menawarkan kudrat adalah tugas aku. Corong telinga dah rasa terbelai dengan bacaan marhaban. Tangan da mula angan2 kan cenderahati yang bakal aku hasilkan tapi kad masih dalam proses rekaan. Sponser hantaran?? Tetttt!!! Sori bro... mmg tak dapat la... abang kahwin sblom rezeki aku dapat kerja. Huhu! (Selamatttt...~ hehehe)
p/s: Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Asyraf Sinclair & Bunga Citra Lestari dan pengantin2 baru yang lain. Aku wakil kepada seisi warga dunia mendoakan kebahagiaan yang berkekalan untuk kalian... Aminn..























Selamat bakal pengantin baru abang!!

Dec 9, 2008

Penghargaan untuk Junior2 sekalian

Daripada pengalaman aku sendiri, aku belum pernah jadi saksi pada mana2 studio part 6 yang sblom2 ni.... didatangi junior dalam kuantiti yang mampu menyesakkan ruang studio sambil menawarkan kudrat masing2. Melangkah je kaki masuk studio, telinga macam kena serang dgn keriuhan suara manusia yg biasanya kita dengar masa kenduri2 kahwin.

Memang tabik terhormat la kat batch ke 50, 51 & 52 ni!! Mereka sgt helpful!! Dan mereka commit tugas dengan baik. Seharusnya pujian ttg 'pembikinan model' patut diberi pada para2 'sb-con' kite!! Gud job mate!!

thanx and gud luck utk semester akan datang!!

Dec 1, 2008

Bulan terakhir 2008~

Awal bulan Disember, aku berkesempatan melawat ibu Mimi yang terlantar kat Hospital Sungai Buloh. Masa aku pandang muka2 adik bradik Mimi, terkeluar prasangka jahat "Mimi anak angkat Encik Hayat ke?". Tapi wujud jugak kesan2 'fotostate' kat wajah Mimi dan ayah nye bila pandang 2 kali.
Dengan beraninya aku nak buat pengakuan kat sini, aku jatuh cinta kat bf sendri bila tengok kasih yang Mimi zahirkan kat ibunya yang lemah terbaring. Paling buat aku tersentuh, bila Mimi pegang tangan ibunya, sampai ibu bliau tido... Anak yang baekk~
Semoga ibu mimi sabar dengan ujian Tuhan dan moga cepat sembuh. Dan moga kesihatan ayah Mimi yg baru jugak masuk hospital akan pulih cepat2.

Minggu kedua bulan Disember; 8hb, aku mengapit Kak Su sepanjang proses beliaw diijabkabulkan. Kepenatan hari sebelumnya agak terasa dan hati tak berhenti mengeluh "Kenapalah aku jadi cucu perempuan Halimah yang paling tua~". (Baru hari nikah, belum lagi kenduri pada 13hb nnti!) Jadi kebanyakan tanggungjawab yang berat terpikul ka pundak aku ni. Pulak tu, hnya aku, Afaf dan Athireah je kerabat spupu yang menjalankan tugas meraikan hari bahagia Kak Su. Tapi, we had lots of fun!! So, mengeluh dalam keriangan jugak la!! Huhu!
Weeyy..tumpang gembira Kak Su kawin. Moga berbahagia dengan pasangan tercinta, Najib.

Esok, 10 hb (hari ulang bulan kedua la Mimi!! Huhu!), aku akan kembali ke Rawang untuk 'bertugas' untuk Kak Su. Dan kali ni beban kerja akan berkurang sebab akan dibahagi pada spupu dan sdara mara yang lain yang akan mula meramaikan angkatan sekerja yang menjayakan kenduri kahwin Kak Su.

Bermula hari semalam, rakan2 UiTM mula memberatkan inbox telefon aku dengan pertanyaan berkaitan De Jam. Bila, kat mana, macam mana, baju apa, bla bla bla... Semua tu aku jawab dengan jawapan tak brape nak pasti, sebabnya aku sendri tak dapat info yg jelas, plus, banyak predict+unpredictable incoming case yang akan klesh ngan program2 yang aku da tanda dalam diari aku. Seboleh2nya, semua tu aku nak setelkan sblom mula bekerja... (Kalau bole, skrang jugak nak cari kerja, so takyah pk pasal mende2 lain)

Sempat singgah ke cc update blog, aku tengok blog kawan2 lain yang penuh dengan crita2 hepi dan gambar2. Hurm~ Sori kat plawat blog sbb tak de objek yang boleh hiaskan kornea korg. Ye, blog aku kosong tak bergambar! Huhu! Dan takde crita2 menarik da macam post2 mula2 dulu. (Ek eleh Wawa... Yang dulu tu menarik sgt ke??)

MISI MULA HIDUP BARU!!

10 pagi, 25hb Nov aku terjaga, perkara pertama yang aku nampak kat dalam bilik kat rumah ni adalah kalender. Dah dah 5 hari rupanya aku memikul status ‘mahasiswa menganggur’. Dan aku “masih berada dalam keadaan asal” sejak badan mula menyentuh katil 2 hari lalu. Huhu! Rasa nak ketawa puas2 pada ‘student life’ yang dah memenat dan mentuakan aku selama 3 tahun ni!

“Tengok lah weiii!! Aku dah bole tido selama mana dan bila2 masa aku suka Huahahahaha!!”(Gelak dengan jahatnya).

Tapi dilemanya, selepas 3 tahun, aku masih tak dapat nak tentukan secara jelasnya, kemana aku patut pergi. Kalau ikutkan perancangan ‘program’ sebelum masuk sem 6 hari tu, aku sepatutnya takde masalah nak berfikir “apa nak buat”. Kawan-kawan sehobi yang berkongsi ‘ruang rindu ingin bekarya’ pon, sedia menanti Q dari aku. Tapi mengenangkan keadaan ekonomi sendiri yang merundum, aku masukkan balik perancangan tu dalam kotak ‘pemeraman’ Aku kena sedar yang aku perlu diemploykan untuk dapatkan dana bagi menjayakan ‘program’ tersebut. Fuuuhhh…Tak sangka susah jugak bila dah memiliki hak untuk tentukan hala tuju sendiri ni...

Tetiba, macam terdengar suara mak aku cakap “tak susah kalau kamu bangun dari katil dan taip resume”.

Uuhh…..baiklah~(dengan muka pasrah)

Semalam, KakSu (spupu) kol, minta aku datang segera ke Klang, membantu kerja2 persiapan perkahwinannya 7 Dis ni. Awal2 lagi aku dah dilantik menjadi ‘PA penampilan’ bliaw. Dan esok, aku akan mulakan tugas persiapan. Lepas kenduri, ada lagi aktiviti lanjutan bersama family sebelum kena trus ke UiTM Sh Alam untuk program ‘De Jam’(program Interior Design peringkat Asia selama 2 hari di Sh Alam, 3 hari di Terengganu). Sebagai fasilitator, aku bersama kawan2 yang lain kena berkumpul awal, beberapa hari sebelum program mula berlansung. Weeeehuuu!! Tak sabarnye ke Terengganu!! (Walaupon tak bersama Mimi kat England, tapi Terengganu pon bes jugak pe)At least, ada jugak program bercuti aku sebelum mula lansungkan hidup baru. Huhu!

Lepas tu, aku kena mulakan misi mencari lokasi penempatan baru, dekat dengan bakal tempat kerrr… ehem….. kerrr…em…tempat kerja aku. (Sambil menghembuskan 3 kilo karbon dioksida dari lubang idung).
Harapnya, untuk post yang seterusnya, aku da mula bercerita pasal life baru aku yang pastinya bukan sebagai ‘siswazah menganggur’ lagi… Ehehehe… Emm…. Cerita yang bes harapnya...