Dec 18, 2011

Teringin Nak Kahwin

Walaupon takde orang yang berminat baca blog aku, tapi aku tetap berminat nak tulis sbb satu hari bila aku dah jauh tinggalkan zaman ni, aku boleh gelak balik baca blog aku. Haha! Wawa loser!!

Aku sebenarnya penat dengar berita kawan2 kahwin. Masa umur 23, berita kawan kahwin tu mungkin perkara yang menggembiraikan. Tapi dah masuk umur 'hampir layak bergelar andartu' ni, jiwa aku makin meroyan. Geng-geng bujang aku sorang-sorang 'sign out' dari kelab ni.

Satu perkara je nak kasi aku rasa bertenang sket... tengok kawan-kawan yang masih single (yg juga kebanyakannya dah nak tamatkan zaman bujang tak lama lagi).

Kalau aku lambat kahwin sebab tengah sibuk bina kerjaya yang gilang gemilang, mungkin la aku tak kesah sangat. Ni kerja pon masih tahap buruh lagi. Aset pon tarak. Memang gile loser ah aku ni. :(

Hampir setiap minggu, aku akan jadi part of geng Fashada Wedding Concept untuk setelkan pelamin orang... Tengok orang bersanding, jiwa aku jadi kacau. Tapi nasib baik aku ada bakat jadi pelakon, so tak ada masalah untuk aku sorokkan perasaan hati yang terbakar dengan muka 'gua rilek je bro~'.

Kalau aku attend majlis akd nikah, aku la paling bersemangat skali duduk dekat2 ngan pengantin (walaupon pengantin nye aku takde la kenal sgt). Sbb makin dekat aku duduk, makin jelas la visual khayalan boleh aku mainkan kat kepala - berangan aku duduk menanti si cinta hati melafazkan akad nikah untuk aku. Serius aku cakap, moment tu antara moment paling indah untuk ditonton dan dihayati. Kadang2 bergenang air mata terharu juga bila tengok muka pengantin perempuan selamat diijabkabul.

Mesti bes gile diorang dapat hidup dengan org yang dicintai dengan halal. Makan sama, tgk tv sama, masak sama, kemas rumah sama... Waaahhh! Sangat jeles yowl!

Ni adek aku pulak nak bertunang minggu depan. Walaupon gembira sebab bakal dapat 'adiah langkah bendul', tapi perkara ni amat mencabar status 'bujang agung' aku.

Haishh! Runsing~~ runsing~~

8 comments:

ezzo_zul said...

tiba2..gua pun terasa spt...loser~ haihh

sourplum said...

kwen la

ZaNNa said...

aiyoo sis..nak kawen jugak r camneh =P

wawashauqi said...

jom la kawen korang. makin lama kite membujang, makin loser korang rasa. haha. kalau yang dah ada calon tu, cepat2 la cari duit. tapi sbnarnya kawin dalam islam ni, mudah je. budaya meriah2 & mewah2 bila berkenduri ni je yang buat kita gelisah bila duit tak cukup 20 ribu utk kawen, ye dak? hahaha

wawashauqi said...

jom la kawen korang. makin lama kite membujang, makin loser korang rasa. haha. kalau yang dah ada calon tu, cepat2 la cari duit. tapi sbnarnya kawin dalam islam ni, mudah je. budaya meriah2 & mewah2 bila berkenduri ni je yang buat kita gelisah bila duit tak cukup 20 ribu utk kawen, ye dak? hahaha

sourplum said...

aku da kwen la

Shasha said...

relek la wawa..suh la en azmi pinang cpt2..hehe..

sonik-malam said...

gua....moral down...
hahaha