May 9, 2011

Alahai Susahnye Berkompromi~

Sesungguhnya kawan-kawan, tahun pertama bercinta adalah fasa yang paling susah bagi aku. Susah sebab nak melalui FASA PENYESUAIAN diri masing2. Rasa nak melenting je bila kelakuan dia tak sepadan dengan keinginan kita. Tahun demi tahun aku makin faham… rupanya sebuah perhubungan bukan sekadar untuk berkongsi perasaan cinta tapi jugak untuk kita lalui proses menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing.

Si serabut dan well-organized man
Aku tak pernah ambil tau pon kalau rambut ni bersikat atau tak, sampai kembang berkerinting macam afro pon, masih rasa bergaya. Tiba tiba ditemukan dengan seseorang yang dari kecilnya dididik serba rapi – bertali leher ke tadika & menyeterika setiap helai baju yang akan dipakainya, termasuk seluar dalam!

Si kuat melaram & mat belia
Kalau bab penampilan, makin meriah baju yang aku pakai, makin tinggi keyakinan berhadapan dengan orang. Sedangkan dia lebih sejuk hati melihat perempuan berpakaian sederhana dengan blaus warna khakis ala-ala ibu muslimah.

Designer vs Engineer
Sebagaimana engineer dan designer tak pernah sehaluan dalam bidang senibina, macam tu la realiti bila kami bersama & berbicara tentang design. Encik engineer hebat mengkritik design aku, persis professional seorang pakar warna dan berpengalaman belasan tahun dalam bidang design. Kadang-kadang tak ubah macam ayam yang mengajar itik menyedut air. Patuk balung tu baru tau!

Si gila glemer vs ahli sukan
Aku melalui zaman sekolah yang aktif dalam pelbagai bidang. Semua bidang aku nak balun tapi bab beraksi atas padang rumput skolah atau gelanggang badminton, bukan pilihan aku sama skali. Pendek kata, aku bukan manusia yang suka bersukan mahupon penonton aksi sukan. Sehinggalah aku meng-akad seorang manusia gila sukan menjadi bf, nak taknak aku terpaksa belajar bersengkang mata menonton bola di mamak atau menonon aksinya berfutsal.

Venus girl vs Mars man
Belum lagi bercerita soal memilih siaran radio dalam kereta. Atau pilih cd lagu.

Tapi kami percaya bahawa perbezaan antara 2 manusia yang Tuhan dah beri rasa cinta pada masing-masing, adalah untuk kita saling melengkapi. Sebagaimana konsep Yin & Yang, kekurangan dia adalah untuk kita lengkapi dengan kelebihan yang kita ada, begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah, masuk tahun kedua, bila masing-masing belajar berkompromi dengan kekurangan masing-masing, kami jadi makin selesa bersama. Malah kami ada beberapa hobi baru yang dicipta untuk kesesuain bersama contohnya ‘pasang lagu Faizal Tahir kuat-kuat dalam kereta dan melalak sama-sama’.

Yang penting, bila dah kawin nanti, kena sentiasa pegang pesan mak sebagai panduan untuk kekalkan keharmonian rumahtangga;

1) Jaga maruah suami – jangan mengherdik suami depan orang luar, walaupon waktu tu tengah bergaduh. Simpan dulu, dan selesaikan bersama dengan baik. Ingatlah bahawa manusia bernama lelaki tidak suka kena marah terutama dengan isteri sendiri.
2) Jaga makan pakai suami – Tunaikan tanggungjawab sebagai isteri denagn sebaiknya termasuk ambik tahu makanan kegemaran dia. Jaga perutnya, terpeliharalah rumah tangga. Yang tak pandai masak macam aku ni, kenalah usahakan mengasah bakat memasak.
3) Jadi tulang belakang suami – beri sokongan kepada perkara baik yang diusahakan. Jangan memperkecilkan usahanya. Jadi penasihat yang terbaik, tapi bukan penghasut terbaik.
4) Berbincang kalau ada perkara yang tak puas hati dan cari solution yang adil untuk kedua-dua pihak. Bagi tau sejelas-jelasnya cara layanan yang masing-masing mahukan.

Terima kasih mak atas peringatan. Semoga keberkatan rumahtangga yang kami nak bina nanti berterusan hingga ke akhir hayat. Amin…

9 comments:

shahirahkhairudin said...

:)
lekas-lekas ikat.
mahu lihat kamu bersanding di atas paterana berhias mawar segar wawa.

semoga jodoh kalian teguh, bertaut dengan akad berwali dan bahagia sampai akhir hayat.

V said...

waaaaaaa(ekspressi teruja, bukan menyebut nama tuan bloger).... matang sangat nih... (*0*)

wawashauqi said...

Shira, jiwa & raga bersedia untuk diikat. Tunggu cik abang dapatkan tali paling kukuh untuk satukan kami. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, tahun depan topik 'ikat' akan mula didiskusi oleh keluarga kedua2 pihak kami. Hehehe

V, matang dalaman kalau ditunjuk nnti kurang cumel. Huahahaha

EjaRahim said...

hai wawa~ samelah kita...tang perangai bercanggah tu....tapi bf eja designer..same aliran pun tak semestinya memahami tau...best la bace entry ni..hehehe~

tapi lame2 mmg kita akan terikut2 die..eja pun skrg dah minat gile sport cam bola,futsal.badminton..sampai pegi tgk kat stadium lagi... hee

ok..semoga bahagia utk wawa ngan encik engineer eh~ (^^,)

harithsuhaimi said...
This comment has been removed by the author.
Fareeza Suhaimi said...

Sudah bersawang blog mu wawa. HEHEH my first year, couldnt be more agree!! HAHA

wawashauqi said...

Thanx Eja, terharu plak. Btol kan! Lelaki ngan ppuan mmg dilahirkan berbeza dari sgala segi. Kalau nak bahagia, berkompromi je lah dalam segala benda.
Ja, sejak boleh luahkan macam2 kat FB, Fb je la jadi medium utk luahkan isi hati. Lagi plak tulis pendek2 je. Haha

EjaRahim said...

Sorry sis...i should call u Kak Wawa.. Oh Em Gee~~ tak perasan~~ sorry again...~_~

wawashauqi said...

Laaa. Eja ni. Takde mende la. Orang muda macam saye ni lagi la tak kesah dipanggil Wawa. Hehehehe