May 10, 2011

Kempen Tasya Ke Sekolah



Maksu selalu susah hati bercerita tentang anak perempuannya berusia 4 tahun bernama Tasha yang susah betol nak dihantar ke tadika. Niat Maksu, nak dibawak anak nye yang paling cerdik dan mulut becok tu untuk mendapat pendidikan asas yang awal tapi nyatanya bila jejak je kaki si kecik tu ke tadika, mesti tangan si kecil tu kuat menggenggam baju ibu nya, mohon taknak dilepaskan sendirian tanpa ibu meneman.

Seminggu jugak la Maksu jadi teman setia Tasha, merangkap Makcik Jaga kelas tadikanya kerana Tasha akan sentiasa mengawasi Maksu dan memastikan Maksu tak ke mana-mana sepanjang kelas. Habis semua kerja rumah, basuh kain semua tergendala sebab nak bagi sokongan kat Mek Tasha nan sorang ni.

Mengetahui nasib Maksu, aku merangkap pembantu penasihat diminta bagi cadangan untuk penyelesaian.

Pada pendapat aku, mungkin Tasha tak diberi gambaran awal untuk dia menghadapi sesuatu yang baru dalam hidup dia. Jadi mentalnya belum bersedia bila dihadapkan dengan orang-orang asing dengan persekitaran asing yang dia sedang hadapi, menyebabkan dia merasa canggung dan takut bila tiba di sekolah. Mengambil contoh kes sendiri- Aku sendiri susah untuk mulakan konversasi dengan orang yang baru dikenali. Tambah pulak kalau aku tak diberitahu atau diberi gambaran awal akan berjumpa dengan orang tersebut. Makin cuba reka topik, makin canggung bunyik nye. Mungkin ada yang berpendapat aku seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa tetapi itu semua bermula dengan baik sekiranya aku ‘berangan’ dulu… aksi dan gaya bercakap dengan orang tersebut. Jadi, proses 'beri gambaran' dicadangkan kat Maksu.

Sehari sebelum ke sekolah, aku suruh Maksu gambarkan kan Tasha…‘Esok Tasha pegi sekolah, pakai cantik-cantik, boleh jumpa kawan baru. Tasha boleh belajar sama-sama dengan kawan, makan sama-sama, main sama-sama. Seronookkkk!! Cikgu pon akan ajar Tasha nyanyi banyak lagu. Nanti balik skolah boleh la dengar Tasha dah pandai baca ABC, dah pandai nyanyi!’. Maka, dengan ayat kempen tu, Tasha is mentally ready & she's got some image & clue.

Alhamdulillah saranan aku berjaya dengan jaya-sejaya-jayanya! Esoknya, sampai je tadika, terus Tasha bergaul dengan baik dan nampak enjoy di sekolah. Hari kedua, Tasha dah boleh cakap kat Maksu “Mama balik la dulu. Nanti abes skolah baru ambik Tasha ye!”

Beberapa bulan lepas tu, aku menjunpai artikel mengenai ‘kempen ke sekolah’ dalam majalah Pa&Ma. Hehehe… Just exactly what I’d said to Maksu.

Hmmm... (Sambil berangan bawak anak ke sekolah. Pastu masa ambik anak aku balik dari sekolah, "Mama, ada Cikgu Fizik suruh kirim salam kat mama. Cikgu tu ingat mama ni kakak. Wooo~~)

May 9, 2011

Alahai Susahnye Berkompromi~

Sesungguhnya kawan-kawan, tahun pertama bercinta adalah fasa yang paling susah bagi aku. Susah sebab nak melalui FASA PENYESUAIAN diri masing2. Rasa nak melenting je bila kelakuan dia tak sepadan dengan keinginan kita. Tahun demi tahun aku makin faham… rupanya sebuah perhubungan bukan sekadar untuk berkongsi perasaan cinta tapi jugak untuk kita lalui proses menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing.

Si serabut dan well-organized man
Aku tak pernah ambil tau pon kalau rambut ni bersikat atau tak, sampai kembang berkerinting macam afro pon, masih rasa bergaya. Tiba tiba ditemukan dengan seseorang yang dari kecilnya dididik serba rapi – bertali leher ke tadika & menyeterika setiap helai baju yang akan dipakainya, termasuk seluar dalam!

Si kuat melaram & mat belia
Kalau bab penampilan, makin meriah baju yang aku pakai, makin tinggi keyakinan berhadapan dengan orang. Sedangkan dia lebih sejuk hati melihat perempuan berpakaian sederhana dengan blaus warna khakis ala-ala ibu muslimah.

Designer vs Engineer
Sebagaimana engineer dan designer tak pernah sehaluan dalam bidang senibina, macam tu la realiti bila kami bersama & berbicara tentang design. Encik engineer hebat mengkritik design aku, persis professional seorang pakar warna dan berpengalaman belasan tahun dalam bidang design. Kadang-kadang tak ubah macam ayam yang mengajar itik menyedut air. Patuk balung tu baru tau!

Si gila glemer vs ahli sukan
Aku melalui zaman sekolah yang aktif dalam pelbagai bidang. Semua bidang aku nak balun tapi bab beraksi atas padang rumput skolah atau gelanggang badminton, bukan pilihan aku sama skali. Pendek kata, aku bukan manusia yang suka bersukan mahupon penonton aksi sukan. Sehinggalah aku meng-akad seorang manusia gila sukan menjadi bf, nak taknak aku terpaksa belajar bersengkang mata menonton bola di mamak atau menonon aksinya berfutsal.

Venus girl vs Mars man
Belum lagi bercerita soal memilih siaran radio dalam kereta. Atau pilih cd lagu.

Tapi kami percaya bahawa perbezaan antara 2 manusia yang Tuhan dah beri rasa cinta pada masing-masing, adalah untuk kita saling melengkapi. Sebagaimana konsep Yin & Yang, kekurangan dia adalah untuk kita lengkapi dengan kelebihan yang kita ada, begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah, masuk tahun kedua, bila masing-masing belajar berkompromi dengan kekurangan masing-masing, kami jadi makin selesa bersama. Malah kami ada beberapa hobi baru yang dicipta untuk kesesuain bersama contohnya ‘pasang lagu Faizal Tahir kuat-kuat dalam kereta dan melalak sama-sama’.

Yang penting, bila dah kawin nanti, kena sentiasa pegang pesan mak sebagai panduan untuk kekalkan keharmonian rumahtangga;

1) Jaga maruah suami – jangan mengherdik suami depan orang luar, walaupon waktu tu tengah bergaduh. Simpan dulu, dan selesaikan bersama dengan baik. Ingatlah bahawa manusia bernama lelaki tidak suka kena marah terutama dengan isteri sendiri.
2) Jaga makan pakai suami – Tunaikan tanggungjawab sebagai isteri denagn sebaiknya termasuk ambik tahu makanan kegemaran dia. Jaga perutnya, terpeliharalah rumah tangga. Yang tak pandai masak macam aku ni, kenalah usahakan mengasah bakat memasak.
3) Jadi tulang belakang suami – beri sokongan kepada perkara baik yang diusahakan. Jangan memperkecilkan usahanya. Jadi penasihat yang terbaik, tapi bukan penghasut terbaik.
4) Berbincang kalau ada perkara yang tak puas hati dan cari solution yang adil untuk kedua-dua pihak. Bagi tau sejelas-jelasnya cara layanan yang masing-masing mahukan.

Terima kasih mak atas peringatan. Semoga keberkatan rumahtangga yang kami nak bina nanti berterusan hingga ke akhir hayat. Amin…