Jul 10, 2010

GASTRIK, YUNA DAN ANGKER

Tempoh seminggu aku kena gastrik adalah tempoh di mana tilam aku menipis dengan kadar paling cepat dek kerana aktiviti berguling-guling yang kerap. Waktu tu rasa nak melutut mengadap Tuhan minta diambil rasa sakit yang dah tak mampu aku nak hadapi. Kalau nak cerita tahap sakitnya, aku rasa kalau master of gaban yang paling gagah duduk kat sebelah aku ni, dia pon tutup telinga, tak sanggup dengar cerita penderitaan aku ni.
Seminggu tu jugak la tekak aku mengembang dek kerana terpaksa menerima makanan tenusu secara berterusan. No nasik goring belacan, no masak lemak, no paprik, no limau ice!
Dan seminggu itu jugalah ofis menerima beberapa perkara menarik yang mana sudah tentu aku adalah watak yang tiada dalam senarai . Antara 2 perkara yang aku suka untuk hikayatkan di sini;

PERKARA PERTAMA: Fenomena Yuna
Hari Isnin tu Syira, teman seofis juga teman semaustatin balik lewat dari biasa. 2 jam lewat. Tidak la pulak aku tergerak hati nak bertanya akan sebab musabab beliau pulang lewat sebab waktu tu aku sedang melayan aksi-aksi halusinasi perut sendiri berlawan perang dengan sakit aku. Balik je beliau, lebih kurang jam 8, beliau telah mengeluarkan sebaris ayat yang membuatkan askar-askar halusinansi aku terberhenti menghayun pedang dan terus jatuh melutut ke kaki musuh.

“Tadi Yuna dating ofis” Aku diam. Tahan mulut nak bertanya, berusaha kawal rasa nak tau.

“Dia print booklet. Untuk album terbaru dia kot”.

‘Damn! Why the hell this happened today!!’

“Kitorang tangkap gambar dengan dia lagi. Jangan jelessss”

‘Damn lagi! Kenape aku takde!!!!!!!!!!!’

Ini adalah perkara jatuh nombor satu paling aku tak suka terjadi. Sebab ini adalah perkara yang melibatkan impian. Impian yang tak kesampaian. Lebih tak bes bila impian tu dapat kat orang lain. Tidak lah impian aku ni bersifat ambitious tetapi siapa boleh deal dengan ‘impian tak kesampaian’? Siapa? Siapa? Mungkin pada pendapat korang ‘ek eleehhhhh’ tapi it’s a big deal bagi orang yang tau harga sebuah impian. Cewah!

Dan dalam kes ni, ofis mate aku tak boleh dipersalahkan sebab tak bagitau aku awal-awal, sebab aku tak pernah bagitau kepada sesiapa pon dari kalangan diorang bahwa aku peminat Yuna. Ye lah, sejak beliau jadi milik industry muzik mainstream, seorang public figure, kalau ada yang mengaku meminati Yuna, tu dah jadi perkara basi.
Seingat aku, zaman aku meminati Yuna bermula sebelum Yuna sendiri belum berani merevealkan keseluruhan wajahnya. (Thanx Sonik Malam yang memperkenalkan). Waktu tu, sepelusuk celah jaringan saraf neutron internet aku cari gambar wajah penuh Yuna. Entah macam mana satu hari dalam album ‘84 cubes’ di friendster, ada dapat satu gambar si polan sorang ni berdiri di sebelah Yuna. Dengan bantuan teknologi photoshop aku akhiri bab satu impian aku untuk bergambar bersama Yuna dengan menampal wajah ayuku mengganti wajah mamat terbabit. Ekstrem tak?? Haha! Tu belum cerita aku promot lagu beliau lagi. (>v<)

Berbalik pada cerita kunjungan Cik Yunalis Mat Zaraai ke ofis Pewarna Kreatif, tak de apa-apa yang menarik selain para ofis-mate menjalankan aktiviti kebiasaan bila jumpa artis - memenuhkan memori kad henfon masing-masing untuk mengabadikan gambar.
Hmm… aku masih yakin akan ada sambungan untuk kisah impian aku ni. Sambungan yang lebih menarik mungkin!



PERKARA KEDUA: Angker di Ofis
2 bulan pertama aku di Pewarna Kreatif, aku tempatkan diri kat ofis tingkat atas, bersama dengan department grafik, yang masa tu hanya tinggal Ijoy. Sehinggalah satu hari, bila Ijoy dapat tawaran kerajaan, ada masanya hanya aku sorang kat atas.
FYI, ruang di tingkat atas kebanyakannya tak digunakan dan hanya berfungsi pada waktu-waktu tertentu saja, terutamanya lounge dan bilik meeting.

Bermulalah satu kisah di satu hari, apabila Ustaz Faizal yang juga seorang client tetap mohon bantuan aku untuk ambil dokumen dari PC Ijoy di ofis tingkat atas.
“Wawa, bukak la lampu bagi cerah sikit” Tanpa banyak tanya, aku pun bukak lampu. Tak lama kemudian, datang Abang Azim dan bermulalah diskusi tentang penyebab utama ustaz mintak untuk lampu di buka.

“Sebenarnya ada ‘benda’ kat sini. Dia ikut kita masa kita naik tadi” Aku diam, tubir mata bergenang.

“Tapi jangan risau, dia tak berani pon kacau kita. Asalkan jangan biar tempat ni gelap, sebab benda ni dia suka duduk kat tempat gelap.”

Maka sejak malam tu, bermulalah rutin tidur aku dalam keadaan yang terang.
Dan sejak hari tu, kaki aku terus hilang rasa komited untuk jejak ke ofis atas kecuali dengan musabab munasabah dan bila berteman.

Aku ingatkan cerita tu bertahan dalam simpanan aku, ustaz dan beberapa ofis-mate yang lain, rupanya sebulan lepas tu, berjangkit ke telinga Mr & Mrs Bos. Dan keluarlah beberapa pengakuan dari abang-abang department signage yang pernah menyaksikat secara live akan makhluk yang diklasifikasikan bermata merah, hitam dan berbadan besar dan dah lama menghuni tingkat atas tu.

Secara kebetulan DJ Irwanshah yang sedang menjalankan promosi minyak wangi nya kat ofis, mengalami keuntungan mendadak ke atas jualan ‘minyak kasturi kuning’. *FYI, bau minyak kasturi kuning tak disukai oleh jin, maka berkesan dipakai untuk elakkan kena pukau, santau di el el.

Hari Selasa lepas, tanpa ketiadaan aku sebagai saksi, Ustaz Faizal mengupacarakan ‘sesi menghalau’ makhluk tersebut. Kata Ustaz, sebelum bermula, dia nampak makluk tu bersidai atas meja bilik meeting –tempat dia selalu duduk berteleku. Kata Syira, merah padam muka Ustaz waktu ‘berlawan’ dengan makhluk yang waktu tu mengamuk sebab dihalau dari tempat dia tinggal.

Bile teringat balik, bilik meeting itu jugalah tempat aku dan Ijoy duduk sorang-sorang mencari ilham atau melayan perasaan atau makan nasik lemak bungkus. Nasib baik lah ‘benda’ tu tak curi-curi join aku makan nasi lemak. Haishh!! Ngeri la pulak!
Tapi, cerita yang lebih ngeri… Sebulan sebelum aku mula secara rasmi berkhidmat kat ofis ni, ada kes bunuh diri, terjun dari tingkat 3, betul-betul kat tepi ofis. Masa aku mula keje tu, kesan darah masih ada kat tepi longkang. Atau dalam bahasa paranormalnya, badi mayat masih hidup di pinggir longkang. Malah ada yang nampak ‘si mati’ duduk bertinggung kat tepi tu. Ok, end of story! Kang aku yang tak tido malam.
p/s: Ustaz tu ada cakap jugak, mayat yang tak dilonggarkan ikatan kepalanya akan bangun sebagai pocong pada malam lepas pengkebumian untuk cari sesiapa yang bole dia mintak tolong bukakkan ikatan. The worst thing is, dia akan muncul betul-betul depan muka.