Apr 25, 2010

Berkongsi Tentang Diri




Tahun ni, tak banyak perkara dapat aku jadikan bahan tinta blog aku, atas sebab tiada perkara indah-indah yang berlaku yang boleh dijadikan bahan kongsi. (selain dari Si Dia yang belum pernah berhenti buat aku bahagia).

Menyedari sifat manusia yang sering menghakimi, antara faktor aku berhenti berkongsi cerita keadaan diri. Tapi selepas lebih setengah tahun, aku kembali selesa untuk berkongsi. Kepercayaan terhadap sifat 'manusia yang suka menghakimi' buat aku lupa untuk percaya manusia juga ada sifat prihatin.

Sebagaimana azalinya manusia yang tidak boleh tidak berkawan, adalah ideal dengan musbab perlunya kita berkongsi. Sebagaimana iklan rumah sewa berkesan untuk mencari bakal penyewa baru, 'berkongsi' juga berkesan untuk kita menterbukakan pencarian penyelesaian masalah kepada umum yang mungkin punya 'jalan' yang dapat membantu.

Tapi pada aku, berkongsi bukan cara yang paling pertama untuk setiap masalah yang dihadapi, takut-takut sifat manusia yang menghakimi juga akan buat kita nampak sering terdesak dan banyak masalah.

Mungkin sesuai kalau aku katakan, menyimpan dan berahsia, hanya akan merebakkan rasa sengsara dalam diri, yang menjadi penyebab murung dan bunuh diri. Sedangkan ramai di luar sana ada apa yang sedang kita perlukan. Yakinlah juga buruk yang datang mungkin 'teguran' Nya yang ingin kita kembali ingat pada Dia yang juga sebenar dan seideal tempat mengadu.

No comments: