Jul 10, 2010

GASTRIK, YUNA DAN ANGKER

Tempoh seminggu aku kena gastrik adalah tempoh di mana tilam aku menipis dengan kadar paling cepat dek kerana aktiviti berguling-guling yang kerap. Waktu tu rasa nak melutut mengadap Tuhan minta diambil rasa sakit yang dah tak mampu aku nak hadapi. Kalau nak cerita tahap sakitnya, aku rasa kalau master of gaban yang paling gagah duduk kat sebelah aku ni, dia pon tutup telinga, tak sanggup dengar cerita penderitaan aku ni.
Seminggu tu jugak la tekak aku mengembang dek kerana terpaksa menerima makanan tenusu secara berterusan. No nasik goring belacan, no masak lemak, no paprik, no limau ice!
Dan seminggu itu jugalah ofis menerima beberapa perkara menarik yang mana sudah tentu aku adalah watak yang tiada dalam senarai . Antara 2 perkara yang aku suka untuk hikayatkan di sini;

PERKARA PERTAMA: Fenomena Yuna
Hari Isnin tu Syira, teman seofis juga teman semaustatin balik lewat dari biasa. 2 jam lewat. Tidak la pulak aku tergerak hati nak bertanya akan sebab musabab beliau pulang lewat sebab waktu tu aku sedang melayan aksi-aksi halusinasi perut sendiri berlawan perang dengan sakit aku. Balik je beliau, lebih kurang jam 8, beliau telah mengeluarkan sebaris ayat yang membuatkan askar-askar halusinansi aku terberhenti menghayun pedang dan terus jatuh melutut ke kaki musuh.

“Tadi Yuna dating ofis” Aku diam. Tahan mulut nak bertanya, berusaha kawal rasa nak tau.

“Dia print booklet. Untuk album terbaru dia kot”.

‘Damn! Why the hell this happened today!!’

“Kitorang tangkap gambar dengan dia lagi. Jangan jelessss”

‘Damn lagi! Kenape aku takde!!!!!!!!!!!’

Ini adalah perkara jatuh nombor satu paling aku tak suka terjadi. Sebab ini adalah perkara yang melibatkan impian. Impian yang tak kesampaian. Lebih tak bes bila impian tu dapat kat orang lain. Tidak lah impian aku ni bersifat ambitious tetapi siapa boleh deal dengan ‘impian tak kesampaian’? Siapa? Siapa? Mungkin pada pendapat korang ‘ek eleehhhhh’ tapi it’s a big deal bagi orang yang tau harga sebuah impian. Cewah!

Dan dalam kes ni, ofis mate aku tak boleh dipersalahkan sebab tak bagitau aku awal-awal, sebab aku tak pernah bagitau kepada sesiapa pon dari kalangan diorang bahwa aku peminat Yuna. Ye lah, sejak beliau jadi milik industry muzik mainstream, seorang public figure, kalau ada yang mengaku meminati Yuna, tu dah jadi perkara basi.
Seingat aku, zaman aku meminati Yuna bermula sebelum Yuna sendiri belum berani merevealkan keseluruhan wajahnya. (Thanx Sonik Malam yang memperkenalkan). Waktu tu, sepelusuk celah jaringan saraf neutron internet aku cari gambar wajah penuh Yuna. Entah macam mana satu hari dalam album ‘84 cubes’ di friendster, ada dapat satu gambar si polan sorang ni berdiri di sebelah Yuna. Dengan bantuan teknologi photoshop aku akhiri bab satu impian aku untuk bergambar bersama Yuna dengan menampal wajah ayuku mengganti wajah mamat terbabit. Ekstrem tak?? Haha! Tu belum cerita aku promot lagu beliau lagi. (>v<)

Berbalik pada cerita kunjungan Cik Yunalis Mat Zaraai ke ofis Pewarna Kreatif, tak de apa-apa yang menarik selain para ofis-mate menjalankan aktiviti kebiasaan bila jumpa artis - memenuhkan memori kad henfon masing-masing untuk mengabadikan gambar.
Hmm… aku masih yakin akan ada sambungan untuk kisah impian aku ni. Sambungan yang lebih menarik mungkin!



PERKARA KEDUA: Angker di Ofis
2 bulan pertama aku di Pewarna Kreatif, aku tempatkan diri kat ofis tingkat atas, bersama dengan department grafik, yang masa tu hanya tinggal Ijoy. Sehinggalah satu hari, bila Ijoy dapat tawaran kerajaan, ada masanya hanya aku sorang kat atas.
FYI, ruang di tingkat atas kebanyakannya tak digunakan dan hanya berfungsi pada waktu-waktu tertentu saja, terutamanya lounge dan bilik meeting.

Bermulalah satu kisah di satu hari, apabila Ustaz Faizal yang juga seorang client tetap mohon bantuan aku untuk ambil dokumen dari PC Ijoy di ofis tingkat atas.
“Wawa, bukak la lampu bagi cerah sikit” Tanpa banyak tanya, aku pun bukak lampu. Tak lama kemudian, datang Abang Azim dan bermulalah diskusi tentang penyebab utama ustaz mintak untuk lampu di buka.

“Sebenarnya ada ‘benda’ kat sini. Dia ikut kita masa kita naik tadi” Aku diam, tubir mata bergenang.

“Tapi jangan risau, dia tak berani pon kacau kita. Asalkan jangan biar tempat ni gelap, sebab benda ni dia suka duduk kat tempat gelap.”

Maka sejak malam tu, bermulalah rutin tidur aku dalam keadaan yang terang.
Dan sejak hari tu, kaki aku terus hilang rasa komited untuk jejak ke ofis atas kecuali dengan musabab munasabah dan bila berteman.

Aku ingatkan cerita tu bertahan dalam simpanan aku, ustaz dan beberapa ofis-mate yang lain, rupanya sebulan lepas tu, berjangkit ke telinga Mr & Mrs Bos. Dan keluarlah beberapa pengakuan dari abang-abang department signage yang pernah menyaksikat secara live akan makhluk yang diklasifikasikan bermata merah, hitam dan berbadan besar dan dah lama menghuni tingkat atas tu.

Secara kebetulan DJ Irwanshah yang sedang menjalankan promosi minyak wangi nya kat ofis, mengalami keuntungan mendadak ke atas jualan ‘minyak kasturi kuning’. *FYI, bau minyak kasturi kuning tak disukai oleh jin, maka berkesan dipakai untuk elakkan kena pukau, santau di el el.

Hari Selasa lepas, tanpa ketiadaan aku sebagai saksi, Ustaz Faizal mengupacarakan ‘sesi menghalau’ makhluk tersebut. Kata Ustaz, sebelum bermula, dia nampak makluk tu bersidai atas meja bilik meeting –tempat dia selalu duduk berteleku. Kata Syira, merah padam muka Ustaz waktu ‘berlawan’ dengan makhluk yang waktu tu mengamuk sebab dihalau dari tempat dia tinggal.

Bile teringat balik, bilik meeting itu jugalah tempat aku dan Ijoy duduk sorang-sorang mencari ilham atau melayan perasaan atau makan nasik lemak bungkus. Nasib baik lah ‘benda’ tu tak curi-curi join aku makan nasi lemak. Haishh!! Ngeri la pulak!
Tapi, cerita yang lebih ngeri… Sebulan sebelum aku mula secara rasmi berkhidmat kat ofis ni, ada kes bunuh diri, terjun dari tingkat 3, betul-betul kat tepi ofis. Masa aku mula keje tu, kesan darah masih ada kat tepi longkang. Atau dalam bahasa paranormalnya, badi mayat masih hidup di pinggir longkang. Malah ada yang nampak ‘si mati’ duduk bertinggung kat tepi tu. Ok, end of story! Kang aku yang tak tido malam.
p/s: Ustaz tu ada cakap jugak, mayat yang tak dilonggarkan ikatan kepalanya akan bangun sebagai pocong pada malam lepas pengkebumian untuk cari sesiapa yang bole dia mintak tolong bukakkan ikatan. The worst thing is, dia akan muncul betul-betul depan muka.

May 26, 2010

Tiada Sempurna

Di Facebook, segala yang terpapar di page aku nampak macam indah. Ada yang 'buzz' aku di YM membuat satu kenyataan yang sebenarnya satu simpulan tentang kehidupan aku yang sebenarnya jauh dari apa yang dia fikir.

Wahai si polan yang meng-buzz, tanya pada diri... tergamak ke kamu perhiasakan diri dengan baju compang camping dan palit-palit kotor di muka?
Sebagaimana kamu memilih untuk tidak kelihatan seburuk itu di mata awam, macam tu jugak la aku yang tak mahu susah, sedih dan keserba-tak-adaan aku diketahui umum. Cukup-cukup la membuat andaian...

Tiada kesempurnaan dalam diri mana-mana kita.
Cuma kita berhak untuk memperlihatkan ketaksempurnaan tersebut atau tak. Selagi berupaya buat diri nampak indah di mata orang...

Apr 25, 2010

Berkongsi Tentang Diri (bhgian 2)

Si Dia dan Ibu ibarat QC atau 'buku undang-undang'.
Segala sesuatu yang memerlukan aku membuat pilihan dan dapatkan keizinan, perlu untuk aku lalui kedua-dua pihak 'QC'.

Tapi ada beberapa perkara yang menjadikan ibu tidak terlantik menjadi QC, kerana ketidakterbukaan beliau. Kadang-kadang, sokongan yang diharap, kecaman yang dapat. Aku letih lalu sijil QC tu diberi pada Maksu.

Sampai satu masa, QC terlalu dominan terhadap keputusan yang perlu aku buat sehingga mentah-mentah menolak keinginan dan perkara yang kadang-kadang adalah impian aku. Dalam hal impian, susah untuk aku berkompromi dengan 'tidak' dari pihak QC, malah sokongan adalah yang lebih aku perlukan.

Hari ni, aku memandang sesuatu yang aku terlalu mahu.
Terlalu mahu sehingga takut untuk menerima 'tidak' dari sesiapa, terutama dari pihak QC. Mungkin petunjuk istikharah lebih ideal menjadi QC...

Berkongsi Tentang Diri




Tahun ni, tak banyak perkara dapat aku jadikan bahan tinta blog aku, atas sebab tiada perkara indah-indah yang berlaku yang boleh dijadikan bahan kongsi. (selain dari Si Dia yang belum pernah berhenti buat aku bahagia).

Menyedari sifat manusia yang sering menghakimi, antara faktor aku berhenti berkongsi cerita keadaan diri. Tapi selepas lebih setengah tahun, aku kembali selesa untuk berkongsi. Kepercayaan terhadap sifat 'manusia yang suka menghakimi' buat aku lupa untuk percaya manusia juga ada sifat prihatin.

Sebagaimana azalinya manusia yang tidak boleh tidak berkawan, adalah ideal dengan musbab perlunya kita berkongsi. Sebagaimana iklan rumah sewa berkesan untuk mencari bakal penyewa baru, 'berkongsi' juga berkesan untuk kita menterbukakan pencarian penyelesaian masalah kepada umum yang mungkin punya 'jalan' yang dapat membantu.

Tapi pada aku, berkongsi bukan cara yang paling pertama untuk setiap masalah yang dihadapi, takut-takut sifat manusia yang menghakimi juga akan buat kita nampak sering terdesak dan banyak masalah.

Mungkin sesuai kalau aku katakan, menyimpan dan berahsia, hanya akan merebakkan rasa sengsara dalam diri, yang menjadi penyebab murung dan bunuh diri. Sedangkan ramai di luar sana ada apa yang sedang kita perlukan. Yakinlah juga buruk yang datang mungkin 'teguran' Nya yang ingin kita kembali ingat pada Dia yang juga sebenar dan seideal tempat mengadu.

Apr 9, 2010

Perhatian Kepada Designer Sekalian

Post ni merujuk kepada interior designer.
Kebanyakan tandas awam sekarang, terutamanya tandas kat 'shopping complex' tidak mesra pengguna Malaysia, amnya pengguna Melayu yang perlukan keselesaan untuk 'aktiviti pembuangan yang lebih bersih dan rapi'.

Apa yang berlaku kat aku sendiri, setiap kali 'waktu kecemasan' untuk menggunakan tandas awam, selalu je aku keluar dengan rasa 'fedap', kecewa dan hati yang sakit kepada 'designer' yang design toilet tersebut. Tak salah untuk ikut design antarabangsa, tapi biar la kena dengan gaya hidup orang kita. Kebanyakan toilet yang direka sekarang TIDAK ADA KEPALA PAIP dan sekadar pakai pancut (tak tau istilah) yang kadang-kadang (most of the time) airnya tak keluar laju pon. Da la tak laju, pastu pancut tak jauh! Cuba bayangkan kalau 'barang' yang kita nak buang lebih besar dari biasa..... Derhhh!!

One more thing, lantai! Pernah tak 'korang' teragak-agak nak 'melakukan aktiviti pembuangan' kerana kuatir dengan refleksi imej kita yang mungkin dapat dilihat dari lantai luar? Dah la gap pintu ke lantai hampir setengah kaki, lantai pulak pakai tiles tahap cermin licinnya!
Oh pleaseee...

Tuan & Puan designer yang bijak pandai, walaupun tandas adalah sebahagia kecil dari design sesuatu bangunan/ ruang, tolong jangan abaikan beberapa perkara macam ni.

Feb 22, 2010

Hikmah

Ya Tuhan, pegangan aku pada tongkat sabar akan patah. Aku mula nampak rekah di tanah tempat aku berpijak ini akan disentuhi lututku yang kian goyah.

Wahai hati, bila Dia menimpakan sebeban ujian pada dahi mu hingga terpejam mata hati kamu dari memandang keindahan Qada'& Qadarnya, goncang peganganmu. Jangan biar ia melepaskan rasa percaya pada Maha Adil sifatNya.

Biarpon limpahan airmata bertakung menjadi sungai sedih setiapkali disusuli ujian yang Dia telah turunkan ke bahu, kepala, jiwa dan raga ku, tapi perlu aku percaya akan wujudnya HIKMAH.