Aug 25, 2009

Tak Pernah Cukup

Sesuatu yang aku pelajari tentang cinta adalah, ia tak pernah buat aku rasa cukup. Nyatanya bila jam jam yang banyak bersamanya tidak terkesan walau sekelumit untuk aku menahan rindu demi sedetik waktu berpisah.
Tidak mampu…

Seperti tidak pernah berbaloi mata kutet dari berkedip berkutub kearah mata kecil, hidung runcing dan lekuk oreng di bawah juih bibir nya dalam jam-jam yang panjang, lansung tak terkesan untuk hanya sekadar ingat-ingat ia yang nyatanya jauh dari diri.

Meskipun mendung gemawan pupus oleh semilir bayu yang menyelaknya demi perlihatkan gemilang terangnya mentari, dan kicau damai burung yang menyambut indahnya, masih ia kupandang bening dan sunyi dengan hati rentik menahan kenyataan kami direnggang jarak.

Semalam diizinkan sumbang nyanyian dan gaya lucunya disendat dalam kad memori henfon. Ubat bila datang sakit katanya. Tapi hadirnya cinta itu bersama istilah ‘tidak cukup’ maka ribuan kali ditayang ulang tak pernah sudahkan sakit.

Ya, cinta itu datangnya bagai angin. Lagi dilintang, lagi membadai, lagi rengkuh daya juangnya memaut tulang. Tapi direlakan ia bersemilir atas kulit tebal berhaba, roma pon menjadi romantis meliuk-liuk.



Selamat Ulangtahun Pertama kita kenal

1st time met photo



'After a year' photo... Same location

Aug 11, 2009

Bermula di Neraka

Semalam, genap seminggu aku menjadi sebahagian dari warga kerja sebuah syarikat ID bnama 'M'. Para penerima khabar yang kenal dan tau tentang firma ni masing-masing memberi reaksi yang sama- terkejut dan mempersoal ketergamakan aku menghumbankan nasib aku ke tempat yang dikatakan penuh tekanan ni. Encik Syahrul yang juga bekas designer di sini sahaja memberi reaksi positif. Katanya, kerja di sini insyaAllah kalau gigih, sabar dan kuat semangat, mampu bina diri menjadi seorang yang lengkap untuk keperluan industri yang sekarang dilihat makin tenat dengan kewujudan firma-firma yang berdiri atas dasar membikin duit sehingga mengabai keperluan 'design process' yang betul. Kerana statement yang mepengaruhkan tu, aku juga da menolak satu tawaran yang lebih lumayan kerana tak mahu kerugian peluang belajar di sini.

Pelajaran paling pertama selain cara urus kerja dengan rapi tahap rambut belah tengah AC Mizal zaman 4u2c-nya, di sini juga telah berlaku insiden aku menjadi mengsa tengking salah seorang dari staf hanya kerana beberapa kesilapan yang pada aku tak lah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan suara dan daya hentaman tangannya ke meja pada waktu tu. Trauma sampai mengundang mimpi ngeri malam tadi. Mungkin ini cuma intro sebelum aku menghadap 'pelajaran' dari sifu sebenar yang telah menjadi penyebab utama rata-rata staf terdahulu menjalani tempoh bekerja yang singkat di sini.

Uuuuu~~~ Takutnya~~~
Marilah berdoa moga aku kuat semangat!

12 hari lagi...

Hampir setiap pagi selepas celik dari lena, aku akan perolehi satu penemuan tentang Si Dia. Dan hari ni aku peroleh satu lagi perkara tentangnya bahawa Si Dia ibarat sebuah mesin pengorek, yang mengorek hati aku tanpa henti selama hampir 365 hari dan menanam perasaan yang sangat indah dalam hati aku. Keindahan tersebut kian hari kian kuat berdetak seiring dengan dentum nadi dan mensyaratkan setiap pembuluh untuk menerima sebatian darah dan 'indah' itu ke seluruh tubuh aku, hingga aku kini mengecapi kebahagiaan yang terlalu dengannya...