Jul 16, 2009

BF vs GF

Satu khabar buruk telah menggetarkan anak tekak lalu terlepas satu jeritan dari kerongkong aku terus memenuhi atmosfera medan selera JJ yang dinikmati tenang oleh penikmati selera yang lain. Sudu yang penuh dengan gulungan mi sizzling serta merta aku lepaskan tanpa sengaja. Sedang aku tenang memikirkan hari esok untuk memakai komputer yang dalam jagaan abang untuk melengkapkan portfolio sebagaimana kehendak penemuduga Alizar Arkitek, abang membuat panggilan kepadaku, menyampaikan berita buruk tentang rumahnya dimasuki pencuri. Aku menahan telinga sebelum khabar tentang desktop aku juga merupakan antara barang curian si perompak berjaya sampai ke gegendang.

Ia lalu menjadi perkara seterusnya perlu aku fikirkan tentang hikmah di sebalik kejadian walaupun hati baru saja reda dari serangan hiba sesudah selesai meratap, bermuhasabah dan memikirkan halatuju hidup aku sebagai seorang penganggur. Dan sekarang, tanpa desktop tersebut, aku tak dapat melengkapkan portfolio dan terpaksa pula aku memujuk hati untuk mencari simpang penyelesaian lain untuk menyudahkan misi mencari kerja yang kononnya dijangka berakhir segera. Sesungguhnya kita merancang, Maha Kuasa jua yang menentukan.

Azmi yang dihadapan hanya menyaksi. Telefon bimbitnya yang masih punya kredit yang berfungsi, menjadi mangsa ulang dail ke nombor-nombor yang aku fikir dapat membantu bersama fikirkan penyelesaian. Aku teringatkan abang Arul yang mungkin boleh membantu ‘mengesan’ barang yang hilang tapi nombornya tiada dalam senarai ‘phonebook’. Aku dail pula nombor manusia-manusia lain yang mungkin dapat membantu aku yang sedang kekusutan memikirkan jalan. Azmi yang sedang terkulat-kulat di depan mata, memikirkan cara untuk membantu aku redakan rasa, aku abaikan semata.

“Dah ye, jangan sedih” Cubaan pertama Mi membuat mata aku terus terpaksi ke arahnya. Mata aku yang terkandung anak mata yang sedang terbakar dengan api amarah. Mata yang menjuri dirinya sebagai seorang yang kalah dalam memberi reaksi terhadap seorang yang sedang kesedihan.

“How could you ask me to stop being sad while I am really fucking sad? What on earth are you thinking babe?” Mi tunduk dan sesaat kemudian berpaling, menyembunyikan rasa hati yang terefleksi pada wajah.

Beberapa minit yang berlalu bisu dengan wajah masing-masing yang sebu dengan rasa serba salah. Aku akui, aku masih belum pandai mengawal tekanan dengan baik dan Mi masih belum dapat fikirkan cara yang baik untuk membantu, tapi sebagaimana biasa, seminit dua waktu bisu akan menyapu semua resah, gundah dan serba salah di antara kami. Waktu tu, aku pandang Mi dan mohon maaf. Indahnya setiap maaf aku, diterima dengan lafaz yang sama dan wajah yang manis olehnya.

Hati aku ketawa, mengenangkan dia yang sentiasa cuba mengambil hati. Tapi kemudiannya membuang pandangan jauh-jauh dari tempat kami duduk bersama, terkenangkan pula seorang sahabat yang tak pernah gagal menjaga hati.
------------------------------------------------------------------------

Dalam kehidupan yang dikelilingi oleh darah daging yang kita amat sayangi dan sanjungi, yang kita letakkan mereka pada pangkat ‘permata hati’, ‘hero hidup’ atau ‘permaisuri’, akan ada insan tidak berpangkat dan tidah sedarah yang akan wujud saat kita rasa perlu.

Jauh mana pun kita berjalan, kita akan bawa bersama mereka ini. ‘Mereka’ yang buat kita rasa cukup walau dalam keadaan serba kurang. Buat kita rasa hebat walau mereka tahu banyak yang buruk dalam diri kita. ‘Mereka’, yang walaupun kita sedang berjalan ke mana arah pon, bila sampai di simpang yang mengelirukan, tujunya tetap padanya, kerana kita tahu, merekalah peta, makan dan minum saat kita terdampar kesesatan. Dan sedewasa mana pon kita untuk gagah berdiri di atas kaki sendiri, tanpa ‘mereka’ yang ibarat lutut, menongkat dagulah diri.

Zahirnya, Mi adalah yang terbaik dalam banyak hal– tahu caranya terbaik untuk aku rasa istimewa dan punca kebanyakan dekah tawa aku. Tapi, kerana adilnya Tuhan, ada kurang pada dia yang menjadi kepakaran orang lain. Dan kepakaran itu milik Hasanah. Kalau Mi perlu melalui rasa makan hati dan cubaan demi cubaan untuk buat aku berhenti bersedih tapi Hasanah cuma ada satu baris lafaz untuk meniup pulih semangat aku. Terus buat aku tenang dan yakin yang setiap masalah boleh diatasi.
2 insan tak berpangkat ini, yang sekadar punya status sebagai GF dan BF di sisi tapi teratas di hati.

4 comments:

sourplum said...

portfolio tu cmne?
sgt pntg la ek utk cari kje?
klu buat laen xle ke..

sian ko. aku turut bersimpati
smoga dpt kje yg baek lepas ni
gud luck

sonik-malam said...

dalam meletakkan nilai pada orang kelilingan kita, jgn kau lupa orang itu juga sedang menilai kau...kerna manusia cuma picis yang akan kalah pada sabar...kurangnya kita itu adalah katalis kimia terpenting dalam hubung interaksi sesama kita...di mana kita tahu limitasi kita untuk beranjak sendiri, dan akhirannya akan berpaut pada unsur yang pakar dalam kekurangan kita...jaga mereka-mereka itu selagi mereka mahu memaut kau...rasa adalah perkara utk dikongsi...

p/s: semoga tuah temuduga kelak

hasanah said...

herm....sedih...rindu kamu la babe...=]

arul said...

hurm..i'm here..
tba2 nama ku dsebut ..:p