Jul 16, 2009

BF vs GF

Satu khabar buruk telah menggetarkan anak tekak lalu terlepas satu jeritan dari kerongkong aku terus memenuhi atmosfera medan selera JJ yang dinikmati tenang oleh penikmati selera yang lain. Sudu yang penuh dengan gulungan mi sizzling serta merta aku lepaskan tanpa sengaja. Sedang aku tenang memikirkan hari esok untuk memakai komputer yang dalam jagaan abang untuk melengkapkan portfolio sebagaimana kehendak penemuduga Alizar Arkitek, abang membuat panggilan kepadaku, menyampaikan berita buruk tentang rumahnya dimasuki pencuri. Aku menahan telinga sebelum khabar tentang desktop aku juga merupakan antara barang curian si perompak berjaya sampai ke gegendang.

Ia lalu menjadi perkara seterusnya perlu aku fikirkan tentang hikmah di sebalik kejadian walaupun hati baru saja reda dari serangan hiba sesudah selesai meratap, bermuhasabah dan memikirkan halatuju hidup aku sebagai seorang penganggur. Dan sekarang, tanpa desktop tersebut, aku tak dapat melengkapkan portfolio dan terpaksa pula aku memujuk hati untuk mencari simpang penyelesaian lain untuk menyudahkan misi mencari kerja yang kononnya dijangka berakhir segera. Sesungguhnya kita merancang, Maha Kuasa jua yang menentukan.

Azmi yang dihadapan hanya menyaksi. Telefon bimbitnya yang masih punya kredit yang berfungsi, menjadi mangsa ulang dail ke nombor-nombor yang aku fikir dapat membantu bersama fikirkan penyelesaian. Aku teringatkan abang Arul yang mungkin boleh membantu ‘mengesan’ barang yang hilang tapi nombornya tiada dalam senarai ‘phonebook’. Aku dail pula nombor manusia-manusia lain yang mungkin dapat membantu aku yang sedang kekusutan memikirkan jalan. Azmi yang sedang terkulat-kulat di depan mata, memikirkan cara untuk membantu aku redakan rasa, aku abaikan semata.

“Dah ye, jangan sedih” Cubaan pertama Mi membuat mata aku terus terpaksi ke arahnya. Mata aku yang terkandung anak mata yang sedang terbakar dengan api amarah. Mata yang menjuri dirinya sebagai seorang yang kalah dalam memberi reaksi terhadap seorang yang sedang kesedihan.

“How could you ask me to stop being sad while I am really fucking sad? What on earth are you thinking babe?” Mi tunduk dan sesaat kemudian berpaling, menyembunyikan rasa hati yang terefleksi pada wajah.

Beberapa minit yang berlalu bisu dengan wajah masing-masing yang sebu dengan rasa serba salah. Aku akui, aku masih belum pandai mengawal tekanan dengan baik dan Mi masih belum dapat fikirkan cara yang baik untuk membantu, tapi sebagaimana biasa, seminit dua waktu bisu akan menyapu semua resah, gundah dan serba salah di antara kami. Waktu tu, aku pandang Mi dan mohon maaf. Indahnya setiap maaf aku, diterima dengan lafaz yang sama dan wajah yang manis olehnya.

Hati aku ketawa, mengenangkan dia yang sentiasa cuba mengambil hati. Tapi kemudiannya membuang pandangan jauh-jauh dari tempat kami duduk bersama, terkenangkan pula seorang sahabat yang tak pernah gagal menjaga hati.
------------------------------------------------------------------------

Dalam kehidupan yang dikelilingi oleh darah daging yang kita amat sayangi dan sanjungi, yang kita letakkan mereka pada pangkat ‘permata hati’, ‘hero hidup’ atau ‘permaisuri’, akan ada insan tidak berpangkat dan tidah sedarah yang akan wujud saat kita rasa perlu.

Jauh mana pun kita berjalan, kita akan bawa bersama mereka ini. ‘Mereka’ yang buat kita rasa cukup walau dalam keadaan serba kurang. Buat kita rasa hebat walau mereka tahu banyak yang buruk dalam diri kita. ‘Mereka’, yang walaupun kita sedang berjalan ke mana arah pon, bila sampai di simpang yang mengelirukan, tujunya tetap padanya, kerana kita tahu, merekalah peta, makan dan minum saat kita terdampar kesesatan. Dan sedewasa mana pon kita untuk gagah berdiri di atas kaki sendiri, tanpa ‘mereka’ yang ibarat lutut, menongkat dagulah diri.

Zahirnya, Mi adalah yang terbaik dalam banyak hal– tahu caranya terbaik untuk aku rasa istimewa dan punca kebanyakan dekah tawa aku. Tapi, kerana adilnya Tuhan, ada kurang pada dia yang menjadi kepakaran orang lain. Dan kepakaran itu milik Hasanah. Kalau Mi perlu melalui rasa makan hati dan cubaan demi cubaan untuk buat aku berhenti bersedih tapi Hasanah cuma ada satu baris lafaz untuk meniup pulih semangat aku. Terus buat aku tenang dan yakin yang setiap masalah boleh diatasi.
2 insan tak berpangkat ini, yang sekadar punya status sebagai GF dan BF di sisi tapi teratas di hati.

Jul 13, 2009

Sakat

Si kecil Tasya ralit memandang aku yang sedang menyapu mekup-remover di muka.
Kepala aku terfikirkan satu rancangan jahat.

'Its show time. Keep your eyes open Tasya.' Aku menyeringai lalu mencapai bekas kanta lekap dan letak di sebelahnya.

Aku menarik tubir mata kanan dan menarik keluar kanta lekap lalu meletakkannya ke dalam bekasnya.

"Apa tu?" Dahi Tasya berkerut memandang isi bekas tadi.

Aku pejam mata sekuatnya, seolah menahan sakit. Dahi Tasya bertambah kerut. Aku keluarkan kanta mata sebelah lagi dan simpan di dalam bekasnya.

"Sya...tolong~~" Aku mencapai tangan kecilnya.

Tasya menopong saat aku membuka mata perlahan-lahan dan menunjukkan bahagian mata putih.

Maka berderai la tangis si kecil 3 tahun itu ketakutan kerana sangkanya aku telah menanggal keluar biji mata hitam aku.

Kui kui kui~~ Puasnya menyakat!


Wajah mangsa!

Jul 6, 2009

2 Minggu Yang Lemau

Dah 2 minggu menganggur.

Minggu pertama menganggur,
27 Jun- Aku dan Ada bersama rakan UTP yang lain (Jae, Myra dll) berkongsi tapak berniaga di KLPac, sempena Urbanscape. Tak sempat pun berkunjung lama ke lokasi event-event sebenar berlansung (Ohhh Yuna~~~).

Di tapak jualan, bisnes kawan-kawan lain agak maju. Aku dan Ada akur terima keuntungan yang tak seberapa. Tapi terharu bila Daniel dan bi-ef masing-masing datang bagi sokongan.

Bagi Ada, datang mengendong barang jualan dan berniaga di tengah panas terik sambil menanti pengunjung yang kebanyakan datang sekadar untuk melihat, adalah satu pengalaman yang baru. Berkali-kali dia menyatakan rasa serik, tapi kagum dengan semangatnya untuk menghabiskan seluruh hari tersebut. Mungkin persen serik Ada bertambah bila kami balik kelaparan, membelek muka dan tangan yang berbelak dan mengira untung bersih yang kurang dari harga baju yang diborong dari gerai sebelah. Sabar ye Ada... Hehe



Ramainye manusia!!



Azmi yang datang bagi semangat di saat-saat akhir




Minggu ke-2 menganggur,
Hari Isnin selepas interview yang panjang bersama Encik Amin, (Alizar Arkitek), aku menghabiskan petang yang tak dirancang dengan Encik Syahrul (ex-lecturer). Usai beliau mengorbankan isi wallet di Padini, aku tanpa segan silu merelakan diri untuk dibelanjai sekeping tiket wayang menonton Tranformers, dan kemudian, giliran beliau lagi sekali membelanja aku dan Ada makan di Old Town. Ups..sori encik... Next time turn kami pulak ye~ (ayat sama dari tahun-tahun sebelumnya)

Hari berikutnya, adalah hari-hari kosong dan jam-jam tidur yang panjang.
Jalan, lepak, balik, tidur....
Kemas rumah, swimming, tidur...
Karaoke, balik, tidur...
But the best was, when i had a karok time with kolek guys. Sorry guys, i have no pics of ya'll. Balqis is the hell best song of ours! *Syahadahhh!!* Lots of laugh with u guys!



Mi hyperactive



Mi & Zaneq = backstreet boys o backshit boys?



Oh ye!! My online blog, dah dibikin. Tinggal nak publish je tapi nak 'komfem' kan stok dan kaedah penghantaran dulu! Pon, baru ada 4 barang yang terpilih.