Jun 7, 2009

Malapetaka

Jumaat lalu, lepas aku usai bikin post tentang 2 berita buruk, muncul satu lagi malapetaka yang sebenarnya dah lama dikemam oleh Mr Benard untuk dikabarkan pada aku.

"I'm sorry to tell u this but i do have to" bos aku Benard tenung aku dengan wajah yang serba-salah. Injap jantung aku laju mengepam darah. Aku rasa, aku tahu apa yang dia nak cakap.

Kalau la boleh pause saat tu, aku nak pegi perah tubir mata ni kering-kering, jerit puas-puas dan sambung balik saat tu, untuk dengar balik ucapan seterusnya.

"Kampeni ni kecik je. Awak pon tau kat sini projek tak banyak. Awak pon mungkin tak dapat banyak belajar kat sini, and i can see that u nampak tak selesa kat sini"

Aku mengangguk. Seluruh tubuh ketar, tapi cuba ditahan. Aku cuba tarik otot muka untuk senyum. Memang setiap hari lepas pulang dari ofis, aku selalu tanya kat diri sendiri "why i feel like i dont fit in here" dan rupanya apa yang aku rasa, terzahir terus ke penglihatan orang lain.

Aku bangkit selepas meyakinkan dia yang aku tak ambik hati pon dengan keputusan dia- cuba bersikap profesional. Aku tarik sekeping kertas kosong di meja printing. Beberapa helai kertas lain jatuh. Waktu tu, aku tak dengar bunyik apa-apa selain bunyi burung mengepak-ngepak terbang waktu aku pandang kertas-kertas tu melayang dengan slow motion. Bunyi kebebasan yang tak direlakan.

Kembali ke meja Benard, aku tulis 'Letter of Resignation'...

Sedang aku kusut fikirkan gaji yang tak cukup untuk tampung hidup bulan-bulan, lagi persoalan besar tak dapat aku putuskan penyelesaiannya...

Tuhan... berikan lah aku hati yang kental dan jalan jalan yang membawa aku ke arah hikmah Mu

7 comments:

sonik-malam said...

hey..chill up k..itu cuma sebahagian mozaik dalam cerita farah najwa shauqi...episod-episod hadapan masih banyak perlu dilakarkan...it's just one of colour in ur of life...cheer up yah :)

wawashauqi said...

Thanx sonik. aku sdg bersikap positif dan mcari peluang lain yang mungkin lebih sesuai dgn dri aku. Walaupon jalan yang aku hadap sekarang masih samar, lepas ditinggalkan di dalam gelap, aku akan berusaha cari jalan yang mengarah ke punca cahaya. Pasti... Thanx BDW. Sesiapa ada lubang, tlg2 ye.. Hehe

Fareeza Suhaimi said...

Wawa, omg whoever realize things like this will come, kan? it's heartbreaking! Serious but life must go on Wa! I know you've been thru much worst situation than this and im sure you can handle this one too! I'm always here supporting you, just so you know. Mana tau ade peluang lagi bagus untuk kau di luar sane :)

wawashauqi said...

Thanx Faree. Keyakinan kawan2 buat aku makin kuat. Mak aku penah kata, kalau tak mampu jadi yg tbaik, jadi yang terbaik dalam apa yang kamu mampu. Mungkin kat ofis aku individu yang tak mampu dalam bnyak hal, jd mungkin lepas ni, aku buat sesuatu yang aku mampu je la. Buat dgn baik.

anizsDANbintang... said...

hukum hidup ni - tak semua yg kita nak tu akan dpt..
juz look forward & keep trying!
pasti DIA janjikan sesuatu yg terbaik utk kamu

^_^

.ixzzue ixzzueids. said...

wawa...
cian ko....
hmmmm....xpe2,keep searching...
mungkin ader hikmah suma benda tu terjadi...
good luck to you cayang!!!!!
kalu adr hal..inform aku k...
jgn malu2...

sourplum said...

sm2 la kte cari kje ek
ade la kut hikmah nye ko xde kje ni
bule concentrate buat bsnes
ko pon da dpt loan kn