May 18, 2009

You Are The Only...

Dari kecil lagi, aku mungkin merupakan anak Puan Roshidah paling sukar.
Kuat menangis(tempoh wajib: 5 jam sehari), kuat buli adek, keras ati, sukar diramal dan bertambah pelik bila meningkat dewasa tapi alhamdulillah, kerana dibesarkan dengan ajaran adab dan agama, walaupun sukar melekat dalam proses mendewasa, ia terkesan bila usia menginjak ke alam dewasa. Bila hati da kenal rasa cinta, da ada naluri ingin menjaga bila melihat bayi dan anak2 saudara membesar di depan mata makin kenal juga aku kenal pada kasih ibu. Makin juga aku tahu kenapa perlu ditegur, kenapa perlu dihukum dan kenapa perlu dipaksa melakukan apa yang kita tak suka. Walaupun aku tak dimanja, tidak dibodek dengan permainan dan hadiah hebat, ditukarkan baju sebulan sekali, mahupun dipuji dan digalak bila hebat pencapaian di sekolah, tapi itu ego ibu, yang walaupun menyakitkan tapi itulah suis utama yang mengawal rasa riak aku bila dewasa. Ibu juga dipersalahkan bila aku mendewasa tanpa punya keyakinan tinggi sebagaimana kwn2 lain. Tapi mata dewasa aku dah terbuka, da melihat hasil didikan yang berbeza dari setiap keluarga, aku amat berterima kasih kepada ibu kerana sesungguhnya, aku telah melalui fasa kedewasaan yang betul. Segala kurang-kurang itu yang meletakkan kaki aku sentiasa di atas tanah, setiap kali di bawa terbang tinggi, untuk mengintai isi-isi dunia. Walau aku mendewasa tanpa itu dan ini, tapi syukur kerana hikmahnya, aku punya hati yang mudah faham rasa untuk setiap rempah ratus ujian Tuhan...

Terima kasih Puan Roshidah~
Walau kurang serba untuk memberi, tapi tetap selayaknya sayang ini diberi terbanyak untuk kamu yang mendewasakan aku dengan jerih dan payah tanpa ketiadaan 'tulang belakang' seorang isteri...




You are the best... always and only...

2 comments:

::askmie:: said...

mak u sgt hebat!

wawashauqi said...

Setiap ibu pon ada kehebatan seni untuk mereka 'ukir' anak mereka... Mak awak pon da besarkan awak dengan hebat.. Mari sayang emak... Hehe~