May 13, 2009

Damn Dogs!

Pesanan mak untuk takut kepada Tuhan semata-mata hanya berkesan untuk aku menghadapi malam sendirian tanpa gangguan 'makhluk2 tertentu' dan menghadapi beberapa situasi terkawal sahaja, tapi tidak bila menghadapi anjing.

Mungkin sesetengah orang pikir, adalah lucu bila melihat seseorang lari bile nampak kucing atau anjing.
Aku juga pernah ketawakan Hasanah bila melihatkan bliaw berhambat lari sambil terjerit2 di sepanjang koridor banguan fakulti kerana dikejar kucing. Membayangkan peristiwa tu pon, aku masih tak boleh berhenti ketawa walaupon pada aku, Hasanah tak berniat menjadikan ketakutan nya sebagai satu perkara lucu.

Macam tu jugak reaksi aku bila terserempak dengan anjing, Walaupon anjing tu berada dari jarak seratus meter dalam keadaan statik. Bayang-bayang anjing saja dah boleh membawa imajinasi aku kepada insiden dikejar, digigit dan diserang. Kerana sesungghnya, pengalaman mengajar, bahawa berlagak berani menghadapi anjing, tidak pernah berkesan. Pengalaman dikejar 7 tahun lepas da cukup membuatkan imajinasi aku terlajak ke insiden yang lebih mengerikan.

Semalam, seorang jiran aku, sebagaimana kebiasaan pagi beliau, membawa anjing peliharaannya berjalan (teman berjoging agaknya). Tapi dalam jarak sepuluh meter dari aku, dia berhenti. Mungkin kerana tersedar aku tercegat depan pintu rumah dan mungkin jugak dia masih ingat waktu aku membalas sapaan dia pada satu pagi, "If you dont mind, cud u plez get him away from me (with a freak out face n pointing to his dog)cuz im actually afraid of dogs". Maaf kepada beliau tapi aku tak mampu berkompromi dengan ketakutan sendiri.

Mungkin kerana dari kecil aku ditakutkan dengan bahaya dikejar dan diserang anjing oleh Maksu, sebagai cara utk menghalang aku keluar bermain dari rumah. Akal kecil yang memang diazalikan Tuhan punya kekuatan imaginasi yang tinggi telah membawa rasa takut aku hingga ke alam dewasa.

Tapi aku percayakan hikmah. Mungkin ketakutan tersebut jugak menjadi punca keakraban antara aku dan Azmi. Ehehe~ Sepanjang perkenalan, aku berjaya menyembunyikan sifat 'kelam kabut'... aku sampai lah di hari dia berjanji untuk temankan aku ke kilang perabot. Sampai di depan kilang, semangat aku jadi pancit. Melihatkan saja anjing berkeliaran di sekitar kilang, aku terus terfikir untuk batalkan saja plan utk berurusan dengan orang kilang tersebut. Hampir stengah jam masa diambil untuk aku bukak pintu kereta, keluarkan kaki, mengawal nafas yang tercungap2 dengan mulut yang tak henti2 meyakinkan diri untuk terus keluar tapi kemudiannya menutup pintu semula- berulang2 kali.
"Rileks wa", Azmi meredakan rasa risau dan aku diam dan rasa sikit malu.
Selepas hampir 30 minit Azmi yakinkan aku takde apa akan berlaku kalau aku berjalan dengan tenang di belakang dia, aku keluar juge dari kereta. Azmi 'mengheret' aku yang sedang mencengkam baju dia dengan kuat di belakangnya. Bila ada anjing2 mengangkat kepala ke arah kami, makin kuat baju Azmi aku cengkam. Tak sampai 2 minit kemudian kami kembali masuk ke kereta dalam keadaan aku terketar2. Sampai ke hari ni insiden tersebut terasa manis untuk dikenang.

Sesungguhnya, rasa takut memang menyeksakan...
Cuma satu je harapan aku...
moga takde anjing yang pandai membaca akan baca post ni... Kalau tak, mesti dia ajak geng2 dia tunggu aku depan ofis.
Aaaaa~ tidaaaak~

12 comments:

sonik-malam said...

aku lagi takot lipas dari anjing...
hahaha~~

wawashauqi said...

kira aku ok lagi la ni?
ni musti kes terpengaruh tgk citer spiderman, takut kena sengat ngan lipas n jadi lipasman plak??
har3

aku lipas kira ok la. bole buat bodo lagi la kalau die lalu tepi kaki tapi tidak utk pegang. bayangkan la lipas tu meronta2 bila pegang sungut-sungut dia!

ko bile nak update blog?
lama sgt peram isi hati?

sourplum said...

ala sweet nye die
kem slm kt azmi hayat na

wawashauqi said...

kem salam je ke?
ko da grad ni, takkan taknak ajak member g makan2?
haha!
pasni, jalan trus je la projek tshirt ko tu la ye...(ayat jeles)

sourplum said...

bulan 8 nti mai la utp
kte jual bju sm2

wawashauqi said...

aku jual barang lain kot. mungkin bags

sonik-malam said...

lipas jalan aku xkesah lg..
tapi kalau die terbang...
tu yang aku lemah tu..
hhaha..
nak2 terbang tuju kat kite...
serius aku la org 1st akan lari!!!
hahaha

wawashauqi said...

Muke ganas, takut lipas.
Next time jupe ko, aku bawak kamre ngan lipas. Nk snap gamba muke ko ketakutan

sonik-malam said...

haha...muke maintain beb...
tapi lari tetap lari!!
hahaha

mizu_sama said...

rilex wawa....npak anjing,jgn takut..kalo takut,pegang seketul batu ataupun sejambak kayu.pastuh tenung anjing tuh.insyallah anjing tuh cuak...hehehe

wawashauqi said...

Berkesan eh? Nnti aku try balik ni. Gi amk batu, pastu cari jiran yg ada anjing.
Takpon pakai tuala "good morning", baru style. Tenung anjing tu then libas tuala dan sebut "paddiyappa!!"
Woah styleeee!!

::askmie:: said...

hahah..takut anjing u tuh wat i jatuh hati..woof! woof!