May 21, 2009

Kisah seluar

Hari ni aku pergi kerja dengan 2 gaya di badan. Pinggang ke kepala serba hitam, lagak korporat. Tapi padanan jeans hampir lusuh dan kasut biru berbunga lace yg aku pakai telah menyeparuhkan gaya korporatku malah seboleh2 nya hari ni, aku nak jauhkan diri dari cermin. Malu nak pandang diri sendiri! Semua gara2 terlambat bangun pagi!

Dan kerana terlambat juga, jeans buruk ni terlupa untuk dizipkan. Aku hanya tersedar lewat waktu rehat, waktu nak kembali masuk ke opis. Tapi, mungkin rezeki orang uptown tak brape baik hari ni sebab baju aku agak labuh. Tak jelas pon nak diintai melainkan pada waktu2 baju aku terangkat/terselak sikit.

Sebaik menyedari, aku cepat2 masuk ke tangga ofis dan membetulkan zip seluar tanpa risau sesiapa akan nampak. Huhuhu! Bes!! Tapi yang tak besnye, belum sempat misi selesai, ada seorang lelaki menuruni tangga dan ternampak aksi 18xs ku.. Aaaaaa!!! Sekonyong2 terasa darah dari jantung meluru ke seluruh muka aku!
Malunye~
Benci tengok orang tu senyum masa tu...
Harap dia tak ingat muka aku~

p/s: pujuk hati; mungkin rezeki orang tu...

May 19, 2009

Teruja


Finally, i have few photos to upload in FB, MS and FS since over 5 months i haven't do so.
Its wus kinda crazy but we were having fun!!
Efford ni~

May 18, 2009

Kisah Farwan Tiada Pembaca

Kisah 'Farwan Menyahut Pulau' ada sambungan.
Cuma curahan idea dah pon kering. Yalah! Macam nadi kalau skali denyutnya ditahan... manakan mudah utk disambung. (alasan~)
Kisah Farwan menerima nasib yang sama dengan kisah2 karangan aku yang terdahulu. Niat nak dieram sehari dua tapi sampai sudah tak tetas2.
Aku nak fikir sesuatu yang lebih menarik untuk perhatian pelawat. ;P

Semalam aku baru usai menyudah hadamkan 'Di Bawah Lindungan Kaabah' karya Hamka yang sepatutnya tamat dibaca 3 minggu lalu. Bukan masalah merangkak menapak ke satu2 bait isi cerita tapi bagi aku, karya2 yang ditulis dengan akal yang panjang perlu dikunyah satu2 sblom ditelan. Baru hadamnya habis. Merenung panjang mengenangkan nasib cinta Zainab dan Hamid. Entah kan wujud lagi abad ini, hati2 manusia seperti Hamid dan Zainab, yang redha cinta nya diuji hasrat tak sampai dan hati tak sudah oleh Tuhan. Hati yang kecewa dibawa lindung di bawah kaabah.. Aduhai.. tersepit rasa hati membaca.

Nilai karya Hamka tu, cuma rm6 di MPH. Tapi nilai sebenar adalah jauh lebih enak untuk dijadikan santapan jiwa2 mereka yang berselera dengan hidangan novel2 cinta di merata toko.

p/s: Tak baca lagi 'Ayat2 Cinta'. Tunggu siapalah sudi hadiahkan~
Hehe

You Are The Only...

Dari kecil lagi, aku mungkin merupakan anak Puan Roshidah paling sukar.
Kuat menangis(tempoh wajib: 5 jam sehari), kuat buli adek, keras ati, sukar diramal dan bertambah pelik bila meningkat dewasa tapi alhamdulillah, kerana dibesarkan dengan ajaran adab dan agama, walaupun sukar melekat dalam proses mendewasa, ia terkesan bila usia menginjak ke alam dewasa. Bila hati da kenal rasa cinta, da ada naluri ingin menjaga bila melihat bayi dan anak2 saudara membesar di depan mata makin kenal juga aku kenal pada kasih ibu. Makin juga aku tahu kenapa perlu ditegur, kenapa perlu dihukum dan kenapa perlu dipaksa melakukan apa yang kita tak suka. Walaupun aku tak dimanja, tidak dibodek dengan permainan dan hadiah hebat, ditukarkan baju sebulan sekali, mahupun dipuji dan digalak bila hebat pencapaian di sekolah, tapi itu ego ibu, yang walaupun menyakitkan tapi itulah suis utama yang mengawal rasa riak aku bila dewasa. Ibu juga dipersalahkan bila aku mendewasa tanpa punya keyakinan tinggi sebagaimana kwn2 lain. Tapi mata dewasa aku dah terbuka, da melihat hasil didikan yang berbeza dari setiap keluarga, aku amat berterima kasih kepada ibu kerana sesungguhnya, aku telah melalui fasa kedewasaan yang betul. Segala kurang-kurang itu yang meletakkan kaki aku sentiasa di atas tanah, setiap kali di bawa terbang tinggi, untuk mengintai isi-isi dunia. Walau aku mendewasa tanpa itu dan ini, tapi syukur kerana hikmahnya, aku punya hati yang mudah faham rasa untuk setiap rempah ratus ujian Tuhan...

Terima kasih Puan Roshidah~
Walau kurang serba untuk memberi, tapi tetap selayaknya sayang ini diberi terbanyak untuk kamu yang mendewasakan aku dengan jerih dan payah tanpa ketiadaan 'tulang belakang' seorang isteri...




You are the best... always and only...

May 13, 2009

Damn Dogs!

Pesanan mak untuk takut kepada Tuhan semata-mata hanya berkesan untuk aku menghadapi malam sendirian tanpa gangguan 'makhluk2 tertentu' dan menghadapi beberapa situasi terkawal sahaja, tapi tidak bila menghadapi anjing.

Mungkin sesetengah orang pikir, adalah lucu bila melihat seseorang lari bile nampak kucing atau anjing.
Aku juga pernah ketawakan Hasanah bila melihatkan bliaw berhambat lari sambil terjerit2 di sepanjang koridor banguan fakulti kerana dikejar kucing. Membayangkan peristiwa tu pon, aku masih tak boleh berhenti ketawa walaupon pada aku, Hasanah tak berniat menjadikan ketakutan nya sebagai satu perkara lucu.

Macam tu jugak reaksi aku bila terserempak dengan anjing, Walaupon anjing tu berada dari jarak seratus meter dalam keadaan statik. Bayang-bayang anjing saja dah boleh membawa imajinasi aku kepada insiden dikejar, digigit dan diserang. Kerana sesungghnya, pengalaman mengajar, bahawa berlagak berani menghadapi anjing, tidak pernah berkesan. Pengalaman dikejar 7 tahun lepas da cukup membuatkan imajinasi aku terlajak ke insiden yang lebih mengerikan.

Semalam, seorang jiran aku, sebagaimana kebiasaan pagi beliau, membawa anjing peliharaannya berjalan (teman berjoging agaknya). Tapi dalam jarak sepuluh meter dari aku, dia berhenti. Mungkin kerana tersedar aku tercegat depan pintu rumah dan mungkin jugak dia masih ingat waktu aku membalas sapaan dia pada satu pagi, "If you dont mind, cud u plez get him away from me (with a freak out face n pointing to his dog)cuz im actually afraid of dogs". Maaf kepada beliau tapi aku tak mampu berkompromi dengan ketakutan sendiri.

Mungkin kerana dari kecil aku ditakutkan dengan bahaya dikejar dan diserang anjing oleh Maksu, sebagai cara utk menghalang aku keluar bermain dari rumah. Akal kecil yang memang diazalikan Tuhan punya kekuatan imaginasi yang tinggi telah membawa rasa takut aku hingga ke alam dewasa.

Tapi aku percayakan hikmah. Mungkin ketakutan tersebut jugak menjadi punca keakraban antara aku dan Azmi. Ehehe~ Sepanjang perkenalan, aku berjaya menyembunyikan sifat 'kelam kabut'... aku sampai lah di hari dia berjanji untuk temankan aku ke kilang perabot. Sampai di depan kilang, semangat aku jadi pancit. Melihatkan saja anjing berkeliaran di sekitar kilang, aku terus terfikir untuk batalkan saja plan utk berurusan dengan orang kilang tersebut. Hampir stengah jam masa diambil untuk aku bukak pintu kereta, keluarkan kaki, mengawal nafas yang tercungap2 dengan mulut yang tak henti2 meyakinkan diri untuk terus keluar tapi kemudiannya menutup pintu semula- berulang2 kali.
"Rileks wa", Azmi meredakan rasa risau dan aku diam dan rasa sikit malu.
Selepas hampir 30 minit Azmi yakinkan aku takde apa akan berlaku kalau aku berjalan dengan tenang di belakang dia, aku keluar juge dari kereta. Azmi 'mengheret' aku yang sedang mencengkam baju dia dengan kuat di belakangnya. Bila ada anjing2 mengangkat kepala ke arah kami, makin kuat baju Azmi aku cengkam. Tak sampai 2 minit kemudian kami kembali masuk ke kereta dalam keadaan aku terketar2. Sampai ke hari ni insiden tersebut terasa manis untuk dikenang.

Sesungguhnya, rasa takut memang menyeksakan...
Cuma satu je harapan aku...
moga takde anjing yang pandai membaca akan baca post ni... Kalau tak, mesti dia ajak geng2 dia tunggu aku depan ofis.
Aaaaa~ tidaaaak~

May 8, 2009

Farwan Menyahut Pulau

Hari-hari mata si gadis Farwan berkaca melihat pulau yang kian didekati sahabat2 nya. Kalau ditelek dalam2, bole nampak bayang2 syukur dari matanya. Tapi syukur itu tidak buat dirinya. Sekadar perkongsian sebahagian kebahagiaan dari rakan2 yang telah sayap mereka bertebar di tanah pulau itu.

Hari ini, sudah genap setahun Farwa sekadar menjadi penyaksi kawan2 unggasnya berhijrah setelah tertumbuh kepak di kedua2 bahu mereka. Tahun lalu, bila Farwan menoleh ke bahunya, tidak ada sebarang tanda akan tumbuhnya kepak walau disiar merata jalan. Baru 6 bulan sudah kepak untuk die terbang menumbuh di bahu dan Farwan sudah pon riang terbang mencecah awan yang isinya bukan skadar gumpalan kabus berat, tetapi juge kebahagiaan di apungan.

Walau untuk terbang sampai ke pulau akan memakan masa beberapa tahun lagi, tapi Farwan amat percaya bila hatinya membilang, inilah kepak paling ideal buat dirinya.


Alah! Kena buat keje sket! Sambung bercerita di post strusnya...