Apr 10, 2009

Seketul diri yang menjadi malu dengan tulisan sendiri

Kalau bagi Peah "blog adalah olahan catatan pengalaman sendiri", aku rasa aku tak layak jadi blogger.
Bercerita peristiwa pengalaman sendiri bukan kemahiran aku.

Blog aku hanya suara dari dalam diri aku yang kadang2 tak boleh aku ucapkan waktu manusia di sekeliling aku dalam situasi dan mood santai. Gusar kalau bersatira atau berpuitis2 nnti, mengganggu dekah2 tawa mereka. Ya, bahasa sendiri kadang2 boleh bikin canggung orang yang mendengar.

Meja untuk aku berpuitis akan diisi bersama kawan2 yang ingin sahaja. Adala sorang dua. Itu pon kalau masing2 ada waktu percuma utk ketemu.

Semalam2, kata2 itu satu tarian dalam hati. Rentak yang tersusun dalam kepala terus2 ditabur masuk ke halaman monitor.
Walaupon bukan hikayat diberadukan, tapi coret2 ringan yang dikongsi adalah sebenarnya latihan untuk pertajamkan kembali mata pena aku yang dah 6 tahun tak diasah. Dan selama jangka masa tu jugak aku trima pesan "mula balik menulis" dari bibir2 kawan2 yang berasingan.

Tapi hari ni, aku hanya punya tangan yang longlai. Dek mengabaikan 'd hobby' yang dahulunya menjadi olahan peribadi. Kesal jugak waktu duduk dalam ruang masa yang sesuai utk teruskan minat menulis, diabai2 sehinggakan tanpa sedar, "d gift" tu sekadar terus2 menjadi baki2 sejarah hingga sekarang.

Tapi untuk kembali menyediakan bahan karang yang baik, aku perlukan masa yang lebih untuk membaca. Dalam rutin aku sejak menjadi manusia bekerjaya ni, surat kabar sekadar singgah2 lalu je di pandanangan. Bahan bacaan harian aku hanyalah papan2 tanda di tepi jalan sepanjang perjalanan pergi dan balik ke ofis. Buku 'Di Bawah Naungan Kaabah' tulisan Hamka yang menjalani proses usang dalam beg kerja aku tak berkesempatan lagi dipegang, dek kerana tangan aku perlu berkhidmat waktu bersesak2 dengan pnumpang lain dalam bas-hari-hari.

To b continued...

5 comments:

sourplum said...

bule tulis ape sj kt blog
not necessarily daily experience
ape2 pon sk baca ape ko tlis
pndai ko bermaen ng kata2`

anizsDANbintang... said...

sis,blogging bukan terhad utk daily experince saje..
u free to write anything..
ape saje yg dtg dari hati..

^_^

btw,nice writing..
keep blogging ya!

wawashauqi said...

Thanx sourplum & Anis!

::askmie:: said...

bole je la mengarut sume..tp kurang kn mencarut ok...rajen2 la update. suke bace.

wawashauqi said...

Wahai Azmi, saya nak tangkis balik nasihat tu pd awk.
Kurg2kan ye...ahaks! Ye la...kite kan manusia biasa.

Sourplum, aku bkn ape. Aku rasa post2 aku tahun lepas lagi bgus. Haha!