Apr 27, 2009

Online di Ofis

Hari-hari kebelakangan ni, masa aku di ofis terlalu kekang hinggakan aku terkadang tanpa sebab berulang-alik menapak ke toilet yg memerlukan 60 langkah pergi dan balik. Dan kerapkali pantry dikunjungi untuk mengisi gelas air minum aku, sbgai usaha memenuhkan masa lapang di ofis.

Dan kebelakangan ni, setiap pagi sampai ke ofis, bile bertanya senior designer kerja apa yang bole dibantu, mereka memerlukan selang masa yang agak lama untuk menjawab tidak kerana hakikatnya waktu ni, mereka sndiri mengulangi kerja2 yang sedia siap pada hari sblom2 nya.

Bukan berkeras memalingkan pesan ibu untuk tidak curi masa kerja di ofis dengan online, tapi selain online, aku akan terpaksa berpura2 membikin drawing di komputer sedangkan yang lain pon sedia tahu sgla drawing yang perlu dsiapkan, telah slesai.

Bile tiba-tiba gerak hati berbisik mengingatkan berkat gaji yang akan diterima, kembali aku membuka laci dan mengemas helai2 drawing yang da sedia kemas, membetulkan posisi plastik tong sampah, menyapu2 baki2 debu di skrin monitor dan apa sahaja perkara yang bukan dikatogorikan sebagai perkara2 yang mengurangkan berkat gaji.

Alahai~
Kalau tido lagi tak berkat. Teruskan je la kepuraan~

3 comments:

sourplum said...

ala sian nye ko
ko buat design bju la
le jual ms konvo nti
kaman
smpt agi nih

wawashauqi said...

design da ada. nak bg ko tlg print kan leh? modal da takde ni...

lg satu, ofis aku takde fotoshop san tak bole install sesukati. cucuk penD tak leh apatah lagi bwk laptop sndri.. kejam~

sourplum said...

ok x design nye
nk tgk
hurm.. xde photoshop ek
abes ko pkai ape je
weh. aku da add ko kt ym baru