Apr 27, 2009

Ye ke aku takde peminat?? Kuiz facebook salah

Tragiknya bile lelaki A dibelasah oleh seorang teman sekelasnya (lelaki B) hanya kerana lelaki A diminati oleh Cik F. Lelaki A tu tak minat pon kat Cik F, tapi tak pasal2 kena blasah.

Ini adalah kisah 10 tahun dulu. Kisah yang menjadi bahan sengih dan kenangan lucu bile terkenang. Cerita pergaduhan tu bersambung dengan beberapa babak yang lebih manis pada zaman sekolah menengah. Kenangan dibuli dan disakat, yang pada lelaki B, adalah ekspresi dan usahanya untuk mendekati aku adalah antaranya.

Cerita ini berhenti bila kami melalui zaman pengajian di institusi tinggi..

Minggu lalu, datang seorang makhluk Tuhan yang sangat persis lelaki B. Punya wajah nama dan bin yg sama dgn lelaki B..cuma dia adalah versi yang lebih hebat dari dirinya yang dulu. Dia datang menyampaikan berita tentang dirinya setelah 5 tahun sunyi dari pengetahuan aku. Dia yang dahulu sekadar belajar tak habis tapi telah mmbuktikan keupayaan nya mendahului teman2 blajar tinggi yg lain dari segi kewangan dan taraf hidup. Tapi untuk aku katanya, ia bukan skadar berita kehebatan dia tetapi juga satu bentuk lamaran yang skiranya 'tidak' juge jawapan yang aku bg, keputusan tetap haknya. Da pasti ia lamaran yang mencabar 'cinta hati saye'.

Hilang sekejap aku dari dunia realiti bila menghayati 'ayat power' si lelaki B. Sekerdip masa kemudian, aku beristighfar panjang lalu melutut maaf kepada hati sendiri yang sudahpon dalam jagaan 'cinta hati saye'.

Tapi 'cinta hati saye' cuma ketawa dan dalam tenang dia menjawab,
"Kite takde ape wak. Takde harta nak bahagiakan awak...
Tapi awak timbang2 la sendiri keiklasan siapa yang lagi berat dan yang mana awak rasa awak berhak terima"

Macam dicampak sebakul kain untuk dipilih... aku terasa beratnya isi kata2 dia.
Kain yang paling suit, bukan sekadar cantik dipadan di badan, dan hebat dipandangant org. Bukan juga kain terbaik dinilai dari asal buatan dan harga dagangan... Kain yang bagus juge tidak perlu panjangnya terlalu untuk melilit diri dan bukan jugak terlalu lebih corak dan kalernye asalkan selesa di bdan, tahan di bawa rantau dan cukup rasa dilindung.
Saat dihampar dengan kain yang betol, saat tu saye da tau seswai nye ia. Kalupon digaul dengan baldu atau sutera atau kain ela jualan nayoya tekstile atau gedung kamdar, aku tak kan sesal untuk tarik keluar kain 'cinta hati saye' yang saya rasa paling suit dan saye tak dapat bayangkan kain tu dipunyai org lain!

Dan tidak lah tak bagus sutera yang ditawarkan tapi mungkin nilainya lebih suit dihampar pada org yang mahukan apa yg ada pada sutera tu..

Maaf B dan terima kasih pada 'cinta hati saye'
Wahahaha!! Maaf la kawan2 untuk post yg jiwa2 ni... Huhu!

3 comments:

::askmie:: said...

oh tuhanku, kuatkn la iman farah najwa! ngeee~~

sourplum said...

waa..

wawashauqi said...

Da warning kat mak, da jelaskan kat 'dia' tapi masih takut2 kalau dalam bulan ni mak kol dan smpaikan kabar Cik M dtg mlamar. Takutnya~
Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kewarasan akal fikiran untuk selesaikan perkara ni tanpa memberi kesan buruk pada mana2 pihak.