Apr 29, 2009

Keajaiban Aturan Tuhan

Da 2 hari aku jadi tetamu tetap toilet ofis.
Dasyat betul keajaiban khasiat susu organik.
Walaupon perut tak la sakit, tapi hari ni saja, da 5 kali aku masuk toilet, membuang isi usus. Memandangkan da 3 bulan aku mengalami masalah 'kekerapan servis usus yang tidak memberangsangkan'(kadang2 4 kali sehari aje), jadi pada aku, syukur dan berbangga dapat melalui 'keajaiban' ni.

Tapi yang tak besnye, lokasi toilet berdekatan dengan bilik meeting menyebabkan kadang2 aku terpaksa mengawal2 perkara2 aktiviti pembuangan yg sukar utk dikawal antaranya mengeluarkan bau dan bunyi2, (>v<) terutamanya bila ada mesyarat berlansung.

Semalam juga turut berlaku satu lagi keajaiban bila aku ke kedai spek (kononnya nak buat spec baru, malangnya bajet tak mengizinkan) dan melakukan ujian tahap rabun (nama saintifik tak tau) dan didapati kedua2 belah mataku mengalami pengurangan rabun jauh sebanyak 100 setiap kedua2 belah mata, dimana ini merupakan fenomena yang tak pernah berlaku sejak aku mula pakai spek pada umur 8 tahun. Kata kawan, mungkin ada kaitan dengan kerajinan aku mengambil beberapa jenis supplemen sejak mula bekerja ni.

Syukur alhamdulillah... Moga kualiti kesihatan aku terus bertambah...

5 comments:

sourplum said...

bgus la mata da terang
psni jaga mata baek2

azmi hayat said...

amboi!! promote product nmpak~~ hehe..bagus utk awk..(suke)

wawashauqi said...

InsyaAllah. Pasni aku akan slalu ke tempat yang bole cuci2 mata.har3... Takde niat pon nak promo tp truje dan tak sangka

sourplum said...

kwn aku ade jual gk susu tu
kt sini blog die
http://www.alphalipidclub.blogspot.com/

sonik-malam said...

titik mula kelopakan mata mengerdip dari nyaman tidur adalah ketakjuban...

hargailah setiap saat nafas kita terhela...:)