Apr 13, 2009

Hikayat Si Tangkai Jering

Kalau anda diberi sepuluh markah untuk menilai tahap kedekut seorang manusia, brape markah yang anda nak bg kepada manusia yang mencabut kepala paip rumahnya supaya air di rumahnya tak digunakan sesuka hati oleh org lain? Itula tok aku. Katanya orang yang nak ke surau bersebelahan rumah, slalu tumpang paip rumahnya untuk ambil wudhuk.

Aku geleng...
Akhir tahun ni waktu famly berkumpul dan mengumpat tentang mak tok aku, terbukak 1001 cerita pelik dan salah satu ceritanya adalah tentang 20 tahun lepas. Cerita yang menguatkan lagi hipotesis aku yang bliau bukan saja kedekut, tapi berfikiran pelik. Baru la aku ada jwpan kenapa mak aku kurus lepas beranakkan abg sdgkan album2 zaman sekolah mak, badan mak gemok.

Mak seorg yang tak bnyak ragam. Redho sokmo orgnya... (aku warisi sifat tu kot. Ahaha) Sebeb sifatnya tu, mak bole tahan duduk dgn tok lepas bersalinkan abg.
Fakta benar yang didapati dari pengalaman seisi keluarga,sesapa yang tinggal lama dengan tok, bole jadi gila dengan prangai peliknya. Tapi nasib baik mak tak sampai jadi mcm tu. Mak hanya jadi kurus (43kg) sebab tok sorokkan makanan. Tabahkan mak aku?

Ini hanyalah 1/100 kisah pelik tok aku. Ada macam2 lagi cerita tentang bliau yang kadang2 bila diadu dan dikongsi, bole jd bahan tawa kami sekeluarga. Kesian pon ada. Tapi bila menghadapi bliau, tahulah macamana susahnya nak tahan rasa jengkel

Makin tua ni, makin kuat dia berjalan. Kejap ke rumah org tu, kejap ke rumah org ni. Tadi aku baru dapat msg dari sorg mak sdara yang da 3 hari menjalani 3 hari yang derita sbb menerima tok sbg tetamu, "Syukur Mak Tok da pegi. Sape la pulak jadi mangsa lepas ni jd mangsa."

Aku ketawa je sambil mengenangkan fenomena tindik telinga. 'Makin meningkat usia, makin keras tulang telinga'

1 comment:

::askmie:: said...

saye bagi 8 markah untuk usaha mencabut kepala paip tuh!! kalo dia pegi repot kat JBA suh potong terus bekalan air lagi bagus, 10 markah langsung xde masalah nk kasi..ngee~~~