Apr 28, 2009

Aduhai Dunia Warna Warniku!

Seorang sahabat Azmi pada suatu hari menyapa dalam tingkap YM aku
"Hy Warna Warni!"

Aku mengecilkan mata menghalusi sapaan tersebut, "Dari penjuru manakah dalam akal die yang mengilhamkan istilah tu utk aku?"

Seorang lagi sahabat lama yang satu hari mengusulkan utk kami berjupe dan menjalankan aktiviti kgemaran bersama: karaoke, telah menggunakan istilah yang sama.
"Mmg tak ssh nak cari ko. Dari jauh je kalo nampak objek warna-warni, tau la tu ko"

Kembali kebingungan sambil membelek pakaian sendiri yang ketika itu hanya ada 2 kaler: hitam dan oren. (Ofkos la jeans kaler lain sket.

Seorang sepupu baru2 ini berterima kasih kepada ku. Katanya, kalau tak kerana aku yang menemani dan menjadi perunding baju2 ketika bershopping, da tentu dalam almarinya cuma ada baju warna hitam, putih atau plain color. Dan kerana aku juga katanya, dia da mule berani mengenakan koleksi baju, kasut dan beg tangan yang kalau dipadankan dengan 'color wheel', da lengkap semua warna.

Kalau di ofis pulak, slalu ditegur 'berpakaian pelik'.
Setiap hari aku telan je soalan Nasrul "Camne ko pakai baju ni? Ko tak rasa pelik ke?"
Pada aku, tak la sepelik mana cuma mungkin mata2 awam tak biasa memandang.
Tapi takpe, tak kecik hati pon. Aku redha saje...
Tapi mmg aku akui aku punya masalah untuk mengenakan baju yang sesuai untuk majlis formal. Sehingga pernah ditegur "E ee...baju Wawa macam baju Kiki Lala" dalam satu majlis.

Oh Ya! Terlanjur fikir tentang ni, aku jugak ada satu hobi. Membeli baju2 murah dan memotongnya menjadi gaya baju yang aku mahukan. Pengubahsuaian yang paling ekstrim penah aku buat adalah sepasang kemeja lengan panjang bercorak bunga2, aku potong membentuk vest. Da 2 tahun masih belum berkesempatan disempurnakan dengan jahitan mesin. Insya Allah kalau selesai semuanya, bole la buat satu post mengenainya.. Tapi sayang,aku tak sempat tangkap gambar asal baju2 tersebut sebelum pengubahsuaian..

3 comments:

sourplum said...

haha
ko mmg pkai pelik2 pon :P

azmi hayat said...

ngah2!! tul tuh..but i loike~~

wawashauqi said...

Huuu~
Manade.....(masih mencuba menafikan)