Apr 29, 2009

Keajaiban Aturan Tuhan

Da 2 hari aku jadi tetamu tetap toilet ofis.
Dasyat betul keajaiban khasiat susu organik.
Walaupon perut tak la sakit, tapi hari ni saja, da 5 kali aku masuk toilet, membuang isi usus. Memandangkan da 3 bulan aku mengalami masalah 'kekerapan servis usus yang tidak memberangsangkan'(kadang2 4 kali sehari aje), jadi pada aku, syukur dan berbangga dapat melalui 'keajaiban' ni.

Tapi yang tak besnye, lokasi toilet berdekatan dengan bilik meeting menyebabkan kadang2 aku terpaksa mengawal2 perkara2 aktiviti pembuangan yg sukar utk dikawal antaranya mengeluarkan bau dan bunyi2, (>v<) terutamanya bila ada mesyarat berlansung.

Semalam juga turut berlaku satu lagi keajaiban bila aku ke kedai spek (kononnya nak buat spec baru, malangnya bajet tak mengizinkan) dan melakukan ujian tahap rabun (nama saintifik tak tau) dan didapati kedua2 belah mataku mengalami pengurangan rabun jauh sebanyak 100 setiap kedua2 belah mata, dimana ini merupakan fenomena yang tak pernah berlaku sejak aku mula pakai spek pada umur 8 tahun. Kata kawan, mungkin ada kaitan dengan kerajinan aku mengambil beberapa jenis supplemen sejak mula bekerja ni.

Syukur alhamdulillah... Moga kualiti kesihatan aku terus bertambah...

Apr 28, 2009

Aduhai Dunia Warna Warniku!

Seorang sahabat Azmi pada suatu hari menyapa dalam tingkap YM aku
"Hy Warna Warni!"

Aku mengecilkan mata menghalusi sapaan tersebut, "Dari penjuru manakah dalam akal die yang mengilhamkan istilah tu utk aku?"

Seorang lagi sahabat lama yang satu hari mengusulkan utk kami berjupe dan menjalankan aktiviti kgemaran bersama: karaoke, telah menggunakan istilah yang sama.
"Mmg tak ssh nak cari ko. Dari jauh je kalo nampak objek warna-warni, tau la tu ko"

Kembali kebingungan sambil membelek pakaian sendiri yang ketika itu hanya ada 2 kaler: hitam dan oren. (Ofkos la jeans kaler lain sket.

Seorang sepupu baru2 ini berterima kasih kepada ku. Katanya, kalau tak kerana aku yang menemani dan menjadi perunding baju2 ketika bershopping, da tentu dalam almarinya cuma ada baju warna hitam, putih atau plain color. Dan kerana aku juga katanya, dia da mule berani mengenakan koleksi baju, kasut dan beg tangan yang kalau dipadankan dengan 'color wheel', da lengkap semua warna.

Kalau di ofis pulak, slalu ditegur 'berpakaian pelik'.
Setiap hari aku telan je soalan Nasrul "Camne ko pakai baju ni? Ko tak rasa pelik ke?"
Pada aku, tak la sepelik mana cuma mungkin mata2 awam tak biasa memandang.
Tapi takpe, tak kecik hati pon. Aku redha saje...
Tapi mmg aku akui aku punya masalah untuk mengenakan baju yang sesuai untuk majlis formal. Sehingga pernah ditegur "E ee...baju Wawa macam baju Kiki Lala" dalam satu majlis.

Oh Ya! Terlanjur fikir tentang ni, aku jugak ada satu hobi. Membeli baju2 murah dan memotongnya menjadi gaya baju yang aku mahukan. Pengubahsuaian yang paling ekstrim penah aku buat adalah sepasang kemeja lengan panjang bercorak bunga2, aku potong membentuk vest. Da 2 tahun masih belum berkesempatan disempurnakan dengan jahitan mesin. Insya Allah kalau selesai semuanya, bole la buat satu post mengenainya.. Tapi sayang,aku tak sempat tangkap gambar asal baju2 tersebut sebelum pengubahsuaian..

Apr 27, 2009

Online di Ofis

Hari-hari kebelakangan ni, masa aku di ofis terlalu kekang hinggakan aku terkadang tanpa sebab berulang-alik menapak ke toilet yg memerlukan 60 langkah pergi dan balik. Dan kerapkali pantry dikunjungi untuk mengisi gelas air minum aku, sbgai usaha memenuhkan masa lapang di ofis.

Dan kebelakangan ni, setiap pagi sampai ke ofis, bile bertanya senior designer kerja apa yang bole dibantu, mereka memerlukan selang masa yang agak lama untuk menjawab tidak kerana hakikatnya waktu ni, mereka sndiri mengulangi kerja2 yang sedia siap pada hari sblom2 nya.

Bukan berkeras memalingkan pesan ibu untuk tidak curi masa kerja di ofis dengan online, tapi selain online, aku akan terpaksa berpura2 membikin drawing di komputer sedangkan yang lain pon sedia tahu sgla drawing yang perlu dsiapkan, telah slesai.

Bile tiba-tiba gerak hati berbisik mengingatkan berkat gaji yang akan diterima, kembali aku membuka laci dan mengemas helai2 drawing yang da sedia kemas, membetulkan posisi plastik tong sampah, menyapu2 baki2 debu di skrin monitor dan apa sahaja perkara yang bukan dikatogorikan sebagai perkara2 yang mengurangkan berkat gaji.

Alahai~
Kalau tido lagi tak berkat. Teruskan je la kepuraan~

Ye ke aku takde peminat?? Kuiz facebook salah

Tragiknya bile lelaki A dibelasah oleh seorang teman sekelasnya (lelaki B) hanya kerana lelaki A diminati oleh Cik F. Lelaki A tu tak minat pon kat Cik F, tapi tak pasal2 kena blasah.

Ini adalah kisah 10 tahun dulu. Kisah yang menjadi bahan sengih dan kenangan lucu bile terkenang. Cerita pergaduhan tu bersambung dengan beberapa babak yang lebih manis pada zaman sekolah menengah. Kenangan dibuli dan disakat, yang pada lelaki B, adalah ekspresi dan usahanya untuk mendekati aku adalah antaranya.

Cerita ini berhenti bila kami melalui zaman pengajian di institusi tinggi..

Minggu lalu, datang seorang makhluk Tuhan yang sangat persis lelaki B. Punya wajah nama dan bin yg sama dgn lelaki B..cuma dia adalah versi yang lebih hebat dari dirinya yang dulu. Dia datang menyampaikan berita tentang dirinya setelah 5 tahun sunyi dari pengetahuan aku. Dia yang dahulu sekadar belajar tak habis tapi telah mmbuktikan keupayaan nya mendahului teman2 blajar tinggi yg lain dari segi kewangan dan taraf hidup. Tapi untuk aku katanya, ia bukan skadar berita kehebatan dia tetapi juga satu bentuk lamaran yang skiranya 'tidak' juge jawapan yang aku bg, keputusan tetap haknya. Da pasti ia lamaran yang mencabar 'cinta hati saye'.

Hilang sekejap aku dari dunia realiti bila menghayati 'ayat power' si lelaki B. Sekerdip masa kemudian, aku beristighfar panjang lalu melutut maaf kepada hati sendiri yang sudahpon dalam jagaan 'cinta hati saye'.

Tapi 'cinta hati saye' cuma ketawa dan dalam tenang dia menjawab,
"Kite takde ape wak. Takde harta nak bahagiakan awak...
Tapi awak timbang2 la sendiri keiklasan siapa yang lagi berat dan yang mana awak rasa awak berhak terima"

Macam dicampak sebakul kain untuk dipilih... aku terasa beratnya isi kata2 dia.
Kain yang paling suit, bukan sekadar cantik dipadan di badan, dan hebat dipandangant org. Bukan juga kain terbaik dinilai dari asal buatan dan harga dagangan... Kain yang bagus juge tidak perlu panjangnya terlalu untuk melilit diri dan bukan jugak terlalu lebih corak dan kalernye asalkan selesa di bdan, tahan di bawa rantau dan cukup rasa dilindung.
Saat dihampar dengan kain yang betol, saat tu saye da tau seswai nye ia. Kalupon digaul dengan baldu atau sutera atau kain ela jualan nayoya tekstile atau gedung kamdar, aku tak kan sesal untuk tarik keluar kain 'cinta hati saye' yang saya rasa paling suit dan saye tak dapat bayangkan kain tu dipunyai org lain!

Dan tidak lah tak bagus sutera yang ditawarkan tapi mungkin nilainya lebih suit dihampar pada org yang mahukan apa yg ada pada sutera tu..

Maaf B dan terima kasih pada 'cinta hati saye'
Wahahaha!! Maaf la kawan2 untuk post yg jiwa2 ni... Huhu!

Apr 23, 2009

Kuiz facebook yang buat aku rasa terhina

I linked to Azmi page in facebook.
He did a quiz of "Kuiz psikologi: Adakah anda memiliki ramai pminat?"
Damn he got 15!
I wuz like "Cik abg... perlu ke buat kuiz ni???"
Then, i decided to try d quiz n get more numbers than he had. Test power la konon2...
But, f%#*kingly the result was "Anda tiada peminat tapi anda sibuk meminati orang lain"....
I feel like to put my face into a bag of garbage... Sangat terhina...

Wut d fish punye kuiz!!

Jubah konvo buat ibu...

Sebulan lagi untuk capai impian aku yang da berusia 4 tahun. Impian aku yang da dilalui oleh rakan2 sebaya aku kebanyakannya (terutamanya kawan2 Diploma Sains batch July 2003). Walaupon terlewat 2 tahun grad, tapi bile kenangkan aku grad sebagai bakal interior designer buat aku tak rasa sikit pon menyesal. Orang cerdik mmg lewat sket grad, sbb kena lalui ujian demi ujian. Hehe! Yang penting, lepas abes blaja, peluang dan rezeki untuk bekerja ada.

Tapi kepada kawan2 yang masih belum ada rezeki, tidak le plak malang... Cuma mungkin Tuhan ada sediakan peluang yang lebih baik di masa depan. Renungkan kemungkinan hikmah yang akan korg dapat dan bnyak2 bdoa smoga dihadapkan dengan peluang2 yg baik. Apa yg penting, kalau ada pluang depan mata, juz grab! Jgn nak pk2 lagi, takut nnti pluang blalu camtu je n tak dtg balik. Tambahan pulak time ekonomi meleset ni... mmg ssh nak cari kerja yang standard dgn kemahuan kite.

Congrat kat kwn2 ID UIA yang baru je grad bulan ni! Slamat menempuh ujian mencari keje! Korg akan bsaing dgn graduan ID UITM hujung bulan ni so cepat2 la survey firm2 yang perlukan dsigner ye! Selamat maju jaya!!

p/s: Tak sabar nak sarung jubah konvo kat mama n ckp "Ni hadiah ptama untuk ma sblom dapat adiah percutian ke Osaka tahun depan" sambil diiringi sepatah 'Aminn' dari mama..

Apr 13, 2009

Hikayat Si Tangkai Jering

Kalau anda diberi sepuluh markah untuk menilai tahap kedekut seorang manusia, brape markah yang anda nak bg kepada manusia yang mencabut kepala paip rumahnya supaya air di rumahnya tak digunakan sesuka hati oleh org lain? Itula tok aku. Katanya orang yang nak ke surau bersebelahan rumah, slalu tumpang paip rumahnya untuk ambil wudhuk.

Aku geleng...
Akhir tahun ni waktu famly berkumpul dan mengumpat tentang mak tok aku, terbukak 1001 cerita pelik dan salah satu ceritanya adalah tentang 20 tahun lepas. Cerita yang menguatkan lagi hipotesis aku yang bliau bukan saja kedekut, tapi berfikiran pelik. Baru la aku ada jwpan kenapa mak aku kurus lepas beranakkan abg sdgkan album2 zaman sekolah mak, badan mak gemok.

Mak seorg yang tak bnyak ragam. Redho sokmo orgnya... (aku warisi sifat tu kot. Ahaha) Sebeb sifatnya tu, mak bole tahan duduk dgn tok lepas bersalinkan abg.
Fakta benar yang didapati dari pengalaman seisi keluarga,sesapa yang tinggal lama dengan tok, bole jadi gila dengan prangai peliknya. Tapi nasib baik mak tak sampai jadi mcm tu. Mak hanya jadi kurus (43kg) sebab tok sorokkan makanan. Tabahkan mak aku?

Ini hanyalah 1/100 kisah pelik tok aku. Ada macam2 lagi cerita tentang bliau yang kadang2 bila diadu dan dikongsi, bole jd bahan tawa kami sekeluarga. Kesian pon ada. Tapi bila menghadapi bliau, tahulah macamana susahnya nak tahan rasa jengkel

Makin tua ni, makin kuat dia berjalan. Kejap ke rumah org tu, kejap ke rumah org ni. Tadi aku baru dapat msg dari sorg mak sdara yang da 3 hari menjalani 3 hari yang derita sbb menerima tok sbg tetamu, "Syukur Mak Tok da pegi. Sape la pulak jadi mangsa lepas ni jd mangsa."

Aku ketawa je sambil mengenangkan fenomena tindik telinga. 'Makin meningkat usia, makin keras tulang telinga'

Apr 10, 2009

Seketul diri yang menjadi malu dengan tulisan sendiri

Kalau bagi Peah "blog adalah olahan catatan pengalaman sendiri", aku rasa aku tak layak jadi blogger.
Bercerita peristiwa pengalaman sendiri bukan kemahiran aku.

Blog aku hanya suara dari dalam diri aku yang kadang2 tak boleh aku ucapkan waktu manusia di sekeliling aku dalam situasi dan mood santai. Gusar kalau bersatira atau berpuitis2 nnti, mengganggu dekah2 tawa mereka. Ya, bahasa sendiri kadang2 boleh bikin canggung orang yang mendengar.

Meja untuk aku berpuitis akan diisi bersama kawan2 yang ingin sahaja. Adala sorang dua. Itu pon kalau masing2 ada waktu percuma utk ketemu.

Semalam2, kata2 itu satu tarian dalam hati. Rentak yang tersusun dalam kepala terus2 ditabur masuk ke halaman monitor.
Walaupon bukan hikayat diberadukan, tapi coret2 ringan yang dikongsi adalah sebenarnya latihan untuk pertajamkan kembali mata pena aku yang dah 6 tahun tak diasah. Dan selama jangka masa tu jugak aku trima pesan "mula balik menulis" dari bibir2 kawan2 yang berasingan.

Tapi hari ni, aku hanya punya tangan yang longlai. Dek mengabaikan 'd hobby' yang dahulunya menjadi olahan peribadi. Kesal jugak waktu duduk dalam ruang masa yang sesuai utk teruskan minat menulis, diabai2 sehinggakan tanpa sedar, "d gift" tu sekadar terus2 menjadi baki2 sejarah hingga sekarang.

Tapi untuk kembali menyediakan bahan karang yang baik, aku perlukan masa yang lebih untuk membaca. Dalam rutin aku sejak menjadi manusia bekerjaya ni, surat kabar sekadar singgah2 lalu je di pandanangan. Bahan bacaan harian aku hanyalah papan2 tanda di tepi jalan sepanjang perjalanan pergi dan balik ke ofis. Buku 'Di Bawah Naungan Kaabah' tulisan Hamka yang menjalani proses usang dalam beg kerja aku tak berkesempatan lagi dipegang, dek kerana tangan aku perlu berkhidmat waktu bersesak2 dengan pnumpang lain dalam bas-hari-hari.

To b continued...

Apr 7, 2009

Online Shopping

Semalam aku enter blog 'online shop' kelolaan Yuna. Alaaa... Yuna yang da makin meletup2 kat merata media skrang ni.. Yuna yang aku minat sblom kemunculan Dan Sebenarnya kat radio lagi.

Bijak betol anak Zara'ai tu buat duit. Da la gig sana sini hampir stiap mggu. Demo sentiasa sold out. Skrang ni plak ligat bniaga baju kat "iamjetfuelshop.blogspot.com". Murah rezeki bliau...

Sebagai seorang penggemar pakaian warna warni, funky, artistik, bagi aku mmg tersilap langkah la klik blog tu. Sbbnya, boleh abes duit bershopping situ je. 3 kali bertukar order, akhirnya, aku pilih satu jaket pendek cork petak2 kalerful. Walaupon aku ni jarang skali sanggup kluar duit utk beli baju lebih dr rm30, tp sbb Yuna dan rasa puas hati bile kenangkan kecomelan jaket ttu akan terserlah bila di sarung ke badan aku, aku persetankan sifat kedekut aku dan berhabis rm60 demi nya. Hmmm...antara baju aku yang termahal tu!

Kawan2, silalah jamu selera dan citarasa fesyen anda kat blog tsebut k!
Yang minat jam, sile la ke blog kawan aku: glossandheels.blogspot.com
Yang minat kasut lukis tangan plak, klik kat link "Kasut Bulu Bulu". Sangat kiut!