Mar 31, 2009

Merdeka!!

Setelah sebulan aku menyiksakan batin surf internet di ofis dengan bukaan skrin internet sebesar 1/6 dari saiz sbenar monitor komputer, akhirnya hari ni, aku bole maximizingkan saiz skrin selebar2 nya di cc! Puas gile!

Dan aku jugak bole mule mencocok pendrive dan meng-upload gambar2 kat facebook! Huehhehe! Tuhan je tau betapa puas prasaan aku masa ni.

Sepanjang menyandang gelaran wanita berkerjaya ni (kononnya), aku juga menjalani hidup seperti katak yang terkurung dalam tempurung. Otak aku da tak berpeluang disalurkan dengan maklumat terkini dunia sampaikan berita paling hangat baru2 ni iaitu mengenai "earth hour" pon aku tau dari radio kereta bf aku. Tu pon pada hari sambutan. Teruk nya rasa bila kena tempelak ngan bliaw.

Celik mata, da bergegas bsiap ke ofis. Seawal 7.30 da kena kluar rumah tunggu bas, dan kembali tunggu bas setelah usai waktu opis pkol 6 (kalau ada sbmission, balik lambat). Kalau bas sampai awal pon, paling tidak sampai rumah dalah 7.30. Dah penat, rehat2 santai + mandi + solat + makan... Dapat la tgk brite sket2. Kalau sempat pon, dapat la tgk bahagian sukan yang mmg berita yang aku tak minat ambik tau lansung.

Dan kerana itu jugak, post blog aku da takde input2 ilmu atau pandangan situasi semasa... Oiii...boringnyeeee....

4 comments:

wawashauqi said...

Intenet lembab, tak jd upload gambau. Cingkok btol cc ni! Da la bising dan panas!

sourplum said...

kt opis xle maen internet ek
ym bule plak

azmi hayat said...

sabar..sabar..sabariah!

wawashauqi said...

Aku ym pon sorok2