Feb 6, 2009

Matahari Sudah Pon Terbit di Barat

Pagi setiap hari kita dihidang dengan kesengsaraan Palestin; di peti telivisi, di radio, di dada akhbar dan mata hati kita yang sejak lahir dibesarkan dengan produk2 Zionist menakung cairan simpati di tubir mata buat bberapa detik. Namun, jam masa di bumi yang masih serba-serbi aman menghambat kita kembali kepada duniawi, kepada hal kerjaya, kepada hal menu makan tengahari, kepada jadual rancangan di tv dan kepada gaya yang nak dipasang di badan. Terlupa sudah pada penderitaan saudara kita di Palestin yang berkurun2 mewarisi generasi menderita dek tanah dicabuli oleh kuasa yang asalnya tidak punya sebarang hak ke atas mana2 tanah di Bumi Allah ini.

60 tahun sebelum Pelstin ditutup oleh sayap kiri dajal (Israel), mereka telahpon berantakan, hilang perpaduan, bercakaran, berbalahan, merebut tanah dan sebhagian penduduknya hidup seperti masyarakat Malaysia sekarang yang tak bnyak berusaha, hidup selesa dengan keamanan negara dan lupa akan syariat Allah, hingga kan terlupa pada musuh yang menanti untuk mendarat di tanah negara nya. Akankah kita punya potensi untuk memberi kemenangan kepada mereka? Nauzubillahminzalik...

Sebelum Palestin dirompak, kita dulu telah dijajah dengan 3F yang menjadi rancangan anti agama Allah sejak zaman bapa bangsa Yahudi Seyyed Hossein Nasr lagi. (Terima kasih kepada saudari Nasibatulhusna yg berkongsi intipati 3f kepada saya beberapa tahun yang lalu)Mata hati kita ditutup dengan 'fun', 'fashion' & 'food'; material ciptaan mereka yang bertindak menghapuskan cinta ukhwah dan akidah dalam darah umat Islam. Tanpa sedar, kita telah pun tunduk sujud ke barat, situasi yang merungkaikan tafsiran tentang salah satu tanda-tanda,kita telah berada dalam akhir zaman, iaitu 'matahari terbit dari barat'.

Cinta ukhwah sesama Muslim kita terdagang semudah dengan material2 duniawi tajaan Zionist di sekeliling yang wujud merata2.
Lihat disekeliling kita, di dalam laci kita- dari ruang tamu, dapur, bilik tidur hingga ke tandas kita, penuh dengan produk2 Yahudi yang kita biarkan menyalut dan menghadam dalam tubuh kita. Sebagai saudara seagama yang gusarkan keadaan akhir zaman ini, memanggil rakan2 bersama untuk berhenti menyokong produk2 tajaan Zionist dan mula mencapai ubat gigi Najwa, pencuci muka Safi, dan apa saja produk2 tempatan di pasaraya milik rakyat tempatan. Walaupun tangan kita kecil untuk menghentikan penderitaan mereka, namun sumbangkan lah walau sekecil2 usaha dengan mengangkat tangan berdoa dan menderma.

BOIKOT!!



Saya dan kita semua perlu tutup telivisi yang memaparkan bahan2 ketawa bikinan Yahudi atau apa sahaja dan duduk mengenang sabd baginda Muhammad bahawa "Islam adalah agama dagang dan asing. Datangnya seperti orang asing, dan perginya juga nanti bagai orang asing. Tetapi kata Nabi SAW, berbahagialah mereka yang tergolong dalam kalangan yang asing itu." Asing kita adalah hanya dengan mengurangkan ketawa dan berhibur dan taksub mengejar kemewahan dunia. Dan aku doakan, aku mendapat rakan untuk mengajak aku menangis, musahabah dan berjihad ke jalanNya. Ya... aku dah jauh dari kehidupan 'asing' tu...

3 comments:

midie said...

wow u such a great writer!!!
love evry single ur words...
ur idea is develop n i very like it..mmg a bit berat la..its ok..

btw nice blog n keep it up!

racdie said...

mcm pnah gtau jer...hehehe

wawashauqi said...

owh rasidi...sori tak letak nama anda. kpd2 pbaca2 skalian, pasal 'matahari terbit dari barat' dan kite ke arah kebaratan tu, adalah perkongsian info dr rasidi..hehehhe