Dec 19, 2008

SAUDARAKU BINA MASJID

Iblis sebagaimana biasa menjadi tuanan meledakkan konflik. Sekecil2 perkara akan mereka kembangkan dalam hati kita yang lalai, terutamanya hati2 ‘pendiri masjid’. Maka sebab itu ramai saudara2 kita yang putus tali persaudaraan sblom menjelang hari yang sepatutnya hari kebahagiaan yang patut dikongsi bersama keluarga, bukan sekadar dengan pasangan hidup.. Pada usia 23 tahun, baru aku dapat jawapan terhadap apa yang da pernah berlaku di depan mata aku- kenapa wujud pertelingkahan antara keluarga pada hari2 sebelum perkahwinan. Terima kasih Kak Lang sebab memberitahu.

Dan kerana kesedaran yang sama, aku melihat satu majlis perkahwinan yang membahagiakan minggu lalu. Perkahwinan seorg sepupu yang bertemu jodoh dengan cinta hatinya, Najib 10 tahun lalu.. Alhamdulillah, kami sekeluarga berkumpul dan mengucap syukur dengan hati riang bersama2 dengan doa semoga jodoh Kak Su berkekalan hingga akhir hayatnya.


Bulan depan pula, debaran pasangan Kak Su dan Najib akan pindah kepada abang sulungku yg akan berkongsi debaran dengan Kak Asma. Bulan Januari akan wujud satu lagi kisah kebahagian. Antara talian darah terdekat, aku turut dapat rasa terujanya! Dan dah pasti, kesediaan untuk menawarkan kudrat adalah tugas aku. Corong telinga dah rasa terbelai dengan bacaan marhaban. Tangan da mula angan2 kan cenderahati yang bakal aku hasilkan tapi kad masih dalam proses rekaan. Sponser hantaran?? Tetttt!!! Sori bro... mmg tak dapat la... abang kahwin sblom rezeki aku dapat kerja. Huhu! (Selamatttt...~ hehehe)
p/s: Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Asyraf Sinclair & Bunga Citra Lestari dan pengantin2 baru yang lain. Aku wakil kepada seisi warga dunia mendoakan kebahagiaan yang berkekalan untuk kalian... Aminn..























Selamat bakal pengantin baru abang!!

No comments: