Dec 1, 2008

MISI MULA HIDUP BARU!!

10 pagi, 25hb Nov aku terjaga, perkara pertama yang aku nampak kat dalam bilik kat rumah ni adalah kalender. Dah dah 5 hari rupanya aku memikul status ‘mahasiswa menganggur’. Dan aku “masih berada dalam keadaan asal” sejak badan mula menyentuh katil 2 hari lalu. Huhu! Rasa nak ketawa puas2 pada ‘student life’ yang dah memenat dan mentuakan aku selama 3 tahun ni!

“Tengok lah weiii!! Aku dah bole tido selama mana dan bila2 masa aku suka Huahahahaha!!”(Gelak dengan jahatnya).

Tapi dilemanya, selepas 3 tahun, aku masih tak dapat nak tentukan secara jelasnya, kemana aku patut pergi. Kalau ikutkan perancangan ‘program’ sebelum masuk sem 6 hari tu, aku sepatutnya takde masalah nak berfikir “apa nak buat”. Kawan-kawan sehobi yang berkongsi ‘ruang rindu ingin bekarya’ pon, sedia menanti Q dari aku. Tapi mengenangkan keadaan ekonomi sendiri yang merundum, aku masukkan balik perancangan tu dalam kotak ‘pemeraman’ Aku kena sedar yang aku perlu diemploykan untuk dapatkan dana bagi menjayakan ‘program’ tersebut. Fuuuhhh…Tak sangka susah jugak bila dah memiliki hak untuk tentukan hala tuju sendiri ni...

Tetiba, macam terdengar suara mak aku cakap “tak susah kalau kamu bangun dari katil dan taip resume”.

Uuhh…..baiklah~(dengan muka pasrah)

Semalam, KakSu (spupu) kol, minta aku datang segera ke Klang, membantu kerja2 persiapan perkahwinannya 7 Dis ni. Awal2 lagi aku dah dilantik menjadi ‘PA penampilan’ bliaw. Dan esok, aku akan mulakan tugas persiapan. Lepas kenduri, ada lagi aktiviti lanjutan bersama family sebelum kena trus ke UiTM Sh Alam untuk program ‘De Jam’(program Interior Design peringkat Asia selama 2 hari di Sh Alam, 3 hari di Terengganu). Sebagai fasilitator, aku bersama kawan2 yang lain kena berkumpul awal, beberapa hari sebelum program mula berlansung. Weeeehuuu!! Tak sabarnye ke Terengganu!! (Walaupon tak bersama Mimi kat England, tapi Terengganu pon bes jugak pe)At least, ada jugak program bercuti aku sebelum mula lansungkan hidup baru. Huhu!

Lepas tu, aku kena mulakan misi mencari lokasi penempatan baru, dekat dengan bakal tempat kerrr… ehem….. kerrr…em…tempat kerja aku. (Sambil menghembuskan 3 kilo karbon dioksida dari lubang idung).
Harapnya, untuk post yang seterusnya, aku da mula bercerita pasal life baru aku yang pastinya bukan sebagai ‘siswazah menganggur’ lagi… Ehehehe… Emm…. Cerita yang bes harapnya...

1 comment:

wawashauqi said...

maaf...mimi bkn ke england ye tapi indon... malu je silap dgr