Dec 19, 2008

KITA LESU??

Post ditulis pada: 12 Disember

Salah satu isu yang dibicarakan di dewan rakyat pada 11 Disember berkenaan ‘mahasiswa lesu’ berpunca dari ‘sikap malas’ mahasiswa.
Aku selaku wakil bekas mahasiswa menyetujui isu ini tanpa didasari politik. Dan tidak juga untuk mengutuk mana2 pihak sekadar memberi pendapat secara ‘pandang dengan 2 mata’ atau secara rasionalnya. Pelbagai pihak cuba menyuarakan krmungkinan jawapan, tapi bagi aku, mahasiswa generasi ini sendiri memegang sebenar2 jawapan yang dihipotesiskan oleh mulut2 menteri di dalam Dewan Rakyat.
Hipotesis yang dibuat adalah sebahagian dari realiti. Buktinya adalah pengalaman kita sendiri iaitu mahasiswa masa kini. Suasana ilmiah jarangkali wujud dalam kehidupan kita malah harus diakui hampir tiada dalam lingkungan rakan mahasiswa kita yang minat dengan aktiviti bersifat akademik/ ilmiah.
Dan sejak di zaman sekolah lagi, kita biasa lihat situasi dimana pelajar2 aktif dalam aktiviti kokurikulum dilabel sebagai poyo dan gila kuasa. Pelajar2 mengamalkan sikap favouritism dan mengenepikan si poyo dengan melabel mereka sebagai ‘anjing cikgu, si capap, gila kuasa dll’ dan membuatkan pelajar yang‘poyo’ ini dilema dan menghadapi kesukaran untuk meneroka keupayaan dan kepimpinan mereka dalam aktiviti2 kokurikulum.
Kes yang tak besnye.. demi mengelak dari menjadi bahan anti di kalangan rakan2, si poyo terpaksa menolaknya peluang terbaik untuk dirinya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod untuk diri sendiri.
Kejam kan ‘dunia’!!!

Kalau logika akal kita kaji lebih dalam lagi, mungkin kita sepakat setuju bahawa punca ‘malas’ yang disebutkan mula berakar dalam rumah lagi. Ramai si ibu yang mengajar anak2 untuk menyebut ‘doktor’ atau ‘perdana menteri’ bila guru bertanya tentang cita2 tetapi bahan mengajar yang ibu sediakan seperti PSP dan MP3 tak membantu anak2 ibu untuk menjadi doktor atau menteri.
Realitinya,kanak2 sekarang mula belajar tentang kehidupan melalui peti televisi . Dan gerak jati diri ditunding oleh isi paparan peti telivisi. Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Sehati berdansa, One in a Million dan pelbagai lagi program realiti telah menjadikan anak2 didikan tv ini haus dan lapar dengan hiburan. Ketagihan yang berlarutan menjadikan perkara akademik dan ilmiah adalah dunia untuk komuniti ‘geek’/ ‘nerd’/ ‘ulat buku’dan untuk mereka yang gila kuasa di sekolah. Muncul lah anti geek yang digelar It-girls, it-boys yang menjadi pujaan seisi sekolah dek punyai koleksi hiburan terkini dalam model MP4 terbaru. Yup, nilah fenomena ‘mengejar trend’ yang sedang menjadi barah dalam ‘komuniti-sedang-membesar’ kita.


Ah-ha! Mungkin lepas ni ibu bapa bole menyertai dewan rakyat dan mengangkat tangan untuk mewakili sumber hiburan yang dapat memberi jawapan kepada isu mahasiswa lesu.

No comments: