Dec 1, 2008

Bulan terakhir 2008~

Awal bulan Disember, aku berkesempatan melawat ibu Mimi yang terlantar kat Hospital Sungai Buloh. Masa aku pandang muka2 adik bradik Mimi, terkeluar prasangka jahat "Mimi anak angkat Encik Hayat ke?". Tapi wujud jugak kesan2 'fotostate' kat wajah Mimi dan ayah nye bila pandang 2 kali.
Dengan beraninya aku nak buat pengakuan kat sini, aku jatuh cinta kat bf sendri bila tengok kasih yang Mimi zahirkan kat ibunya yang lemah terbaring. Paling buat aku tersentuh, bila Mimi pegang tangan ibunya, sampai ibu bliau tido... Anak yang baekk~
Semoga ibu mimi sabar dengan ujian Tuhan dan moga cepat sembuh. Dan moga kesihatan ayah Mimi yg baru jugak masuk hospital akan pulih cepat2.

Minggu kedua bulan Disember; 8hb, aku mengapit Kak Su sepanjang proses beliaw diijabkabulkan. Kepenatan hari sebelumnya agak terasa dan hati tak berhenti mengeluh "Kenapalah aku jadi cucu perempuan Halimah yang paling tua~". (Baru hari nikah, belum lagi kenduri pada 13hb nnti!) Jadi kebanyakan tanggungjawab yang berat terpikul ka pundak aku ni. Pulak tu, hnya aku, Afaf dan Athireah je kerabat spupu yang menjalankan tugas meraikan hari bahagia Kak Su. Tapi, we had lots of fun!! So, mengeluh dalam keriangan jugak la!! Huhu!
Weeyy..tumpang gembira Kak Su kawin. Moga berbahagia dengan pasangan tercinta, Najib.

Esok, 10 hb (hari ulang bulan kedua la Mimi!! Huhu!), aku akan kembali ke Rawang untuk 'bertugas' untuk Kak Su. Dan kali ni beban kerja akan berkurang sebab akan dibahagi pada spupu dan sdara mara yang lain yang akan mula meramaikan angkatan sekerja yang menjayakan kenduri kahwin Kak Su.

Bermula hari semalam, rakan2 UiTM mula memberatkan inbox telefon aku dengan pertanyaan berkaitan De Jam. Bila, kat mana, macam mana, baju apa, bla bla bla... Semua tu aku jawab dengan jawapan tak brape nak pasti, sebabnya aku sendri tak dapat info yg jelas, plus, banyak predict+unpredictable incoming case yang akan klesh ngan program2 yang aku da tanda dalam diari aku. Seboleh2nya, semua tu aku nak setelkan sblom mula bekerja... (Kalau bole, skrang jugak nak cari kerja, so takyah pk pasal mende2 lain)

Sempat singgah ke cc update blog, aku tengok blog kawan2 lain yang penuh dengan crita2 hepi dan gambar2. Hurm~ Sori kat plawat blog sbb tak de objek yang boleh hiaskan kornea korg. Ye, blog aku kosong tak bergambar! Huhu! Dan takde crita2 menarik da macam post2 mula2 dulu. (Ek eleh Wawa... Yang dulu tu menarik sgt ke??)

No comments: