Nov 11, 2008

Lagi 7 hari- Antara nak rasa RISAU atau HEPI

Bulan ni adalah bulan paling banyak aku membelek kalender. Menghitung hari2 bakal berakhirnya status aku sbgai student kat UiTM ni. Mengenangkan tekanan yang dah ditanggung slama 3 tahun, dan usia yang terlebih dari usia yang spttnya utk aku dapatkan segulung sijil Diploma, buat aku rasa tak sabar2 nak mengakhiri 7 hari ni.

Tapi, 7 hari lagi juga merupakan hari penentuan buat aku dan kawan2 sestudio yang lain. Penentuan akan seharum mana nama kami akan kami tinggalkan di bumi UiTM ni. Lagi harum, lagi lama nama kami kan dsebut sbgai lagenda sebagaimana nama senior2 yang saban hari kami dengari dari mulut2 lectrr- berhikayat ttg kehebatan dsign dan jasa dorg kat UiTM ni- Bulu, Hayata, Miji, Milhan, Bob, Zul, Faris dll..

Lagi satu perkara yang akan tertinggal skali bsama2 knangan aku dgn Seri Iskandar ni adalah Azmi... Dan dah pasti perkara paling bliaw akan rindu adalah pakgad2 kat UiTM yg slalu jadi constrain date ktorg.. Huahaha! Kalau da jarak antara UiTM & UTP pon jadi punca kerinduan, apatah lagi bila aku da jauh nnti... Huuuuu...

1 comment:

::askmie:: said...

sure i lagi rindu kat pakguard dr rindu kt u..ahha! gurau jek..