Nov 4, 2008

Kisah Si Pengembara

Tersebut lah kisah seorang pengembara bernama Robert(Rob), datang mengembara di sebuah padang pasir. Selama 3 hari bliaw berjalan merentasi lautan pasir yang tsangat panas, masih tak kedapatan sebarang objek hidup yang berjalan sepertinya slain kelihatan bangkai2 mayat binatang yang mungkin mati akibat kepanasan yang teramat... Hampir saja dia ingin putus asa ttapi menyedari hasrat tersebut akan mengakibatkan dia menerima nasib yang sama sbgaimana bangkai2 haiwan yang dilihatnya, dia terus kuatkan sisa2 semangat yang ada dengan langkah longlai sambil mengharapkan kelibat doraemon muncul depan matanya untuk dia pinjam pintu sukahati dan pulang ke rumah-menamatkan pengembaraan maut tersebut.

Selang beberapa jam kemudian, dia terlihat kelibat yang punya susuk seakan2 makhluk yang hampir serupa dengan dirinya. Dia menajamkan tumpu mata. Sah! masih ada manusia setabahnya mengharungi gurun yang panas ni! Fikirnya, ada perkampungan berdekatan utk dia singgah merehatkan diri.

Semakin dekat kelibat tersebut hampir dengan diri Robert, semakin bertambah kerut di dahinya. Melihatkan tubuh tua lelaki yang menggalas bermacam2 barang mengharungi gurun itu, buat dia ingin segera bertanya. Lalu dia memulakan salam dan menyapa.

Rob: Wahai pakcik yang tua. Dari mana dan kemana haluan pakcik?

Lel : Pakcik berjalan dari rumah sendiri mencari ketenangan yang mungkin kan kedapatan di negara seberang sana...

Jawab pakcik itu dengan muka tenang sambil menunding ke arah teriknya matahari
Robert tidak tertarik untuk bertanya lanjut tentang hala tuju kerana tumpuannya menghala ke barang-barang yang menjadi beban di bahu lelaki tua itu- ada kayu api, botol air berisi ikan, selipar jepun yang terselit kat lengan dan pintu kereta yang disangkut di bahu kanan. Lalu Robert bertanya;

Rob: Pakcik, saya nampak selipar yang pakcik bawa, kenapa pakcik masih sanggup berkaki ayam tanpa menzahirkan fungsi slipar tsebut?

Lel : Pakcik hanya punya sepasang dan selipar ini akan pakcik gunakan hanya apabila benar2 perlu, nak. Kalau dipakai sekarang, takut ia rosak sebelum pakcik betul2 perlukannya.

Rob: Owh... Gitu ke pakcik... dan apa pulak fungsi kayu api dengan ikan dalam bekas air tu pulak?

Lel : Pakcik saja letak ikan ni dalam bekas air. Baru la "3 in 1" sket.. Kalau pakcik penat, pakcik tengok ikan ni berenang2, hilang letih pakcik. Kalau Pakcik haus, Pakcik minum la air dalam bekas ni dan kalau pakcik lapar, kayu api ni pakcik akan guna untuk memasak ikan yang pakcik bela ni.

Robert makin tertarik. Unik sungguh gaya fikir pakcik ni. Dia semakin ghairah untuk mendengar jawapan yang seterusnya bila terlihatkan pintu kereta yang menjadi beban terberat pada bahu pakcik itu.

Rob: Sungguh panjang pakcik berfikir, tapi saya masih musykil akan, apa perlunya pakcik menggalas pintu kereta tu ?

Lel: Owh... Pintu ini banyak membantu pakcik tak kira waktu siang dan malam.

Rob: Berguna untuk apa pakcik?

Lel: Bila waktu panas terik macam ni, pakcik akan bukak tingkap pintu kreta ni, kasi angin masuk... Bila waktu malam, pakcik rasa sejuk... pakcik tutup tingkap pulak...

Tiba2 Rob terasa beban kebodohan menghimpap kepalanya sendiri. Apa punya psiko pakcik ni.... Adoyai!

Crita ni aku dapat dari majalah Ujang dan aku adaptasi dalam versi sendiri

2 comments:

::askmie:: said...

Ingat lagi, i gelak sampai kuar air mata mase dgr u cite kisah nie...serius kelakar!!..eh, kelakar ke seruis?

wawashauqi said...

haha!tp bile citer kat mmber i, dorg tak gelak... i rasa dorg kehilangan reseptor lucu time tu. siot tol!

p/s: hepi tgk u gelak!