Nov 27, 2008

The "WE ARE 47th"
























Idea utk post ini dicilok dari idea Zu


Aku pon ada pendapat utk dikesahkan kat tentang kawan2 sestudio yg macam2 ragam. Silekan mmbaca apa yg aku tulis pasal korg.

Dikesempatan ni, nak mohon maaf sbb buat gegendang tlinga korg tercemar slama satu sem ni... Pasni aku cube nyanyi dengan volume yg rendah. Atau off volume n pakai vibrate je. Erk??

Nazif
kitorg ske tiru gaya ko kunyah pipi.
Dan rambut ko yg macam bentuk topi lumba beskal tu. stylo la designer!!
Helpful and penyabar orangnye


Pami.
skandal Xu. jgn harap gosip tu akan berakhir. hehehe!
Ko banyak cipta quote yg jadi ikutan org dek krana slang cakap ko yg unik tu.
Salah satunye, "Hor lerr!!"
Dan kerana keunikan tu, ko dapat nama 'Brekmok'. Nama yg perlu ko jadikan pengajaran utk kurangkan carut. Har3

Mazeq
Gile megi. sama la dengan maria suka makan megi mentah. haha!
Quote popular- 'Geddiye?'

Amariya
Antara yang mula rapat dengan aku masa part 1.Kalau maria bsuara pada pukul 7, hari sabtu, aku akan pandang tv. Konfius, kot fareeza pasang tv citer doremon, atau sbnarnya maria yang sedang bsuara. hehe

Farahiya
Emm.. Nyanyian aku dengan suara farahiyah, mana satu yang lebih bingit? Ehehehe...

Pa'din.
Lelaki yang rapat dengan budak2 ppuan dalam kelas. Kadang2 ktorg guraw ngan bliaw macam ktorg dah lupe Padin tu lelaki. Caring, sensitif dan menyenangkan tapi tidak bila die stat membebel!! Macam machine gun!
Orang KL berlidah kedah. Huahaha

farahnashim.
Rapat dengan budak2 lelaki part 2. Suka gelak dan rakan yang jarang menolak bila diajak main basket ball. Jangan konfius bila die bcakap. Mmg bunyinya macam 'cakap sambil makan'. Janagn marah Panim...(Ko ngan panjang mmg cocok.)


aini
Nampak macam pendiam. Tapi bila buat lawak, mmg buat aku gelak. Lawak bijak! Haha!

azna
Suka senyum... Senyum die da cukup buat die kalihatan peramah walaupon die jarang bsuara. Suka nyanyi gak! Hehe

nadia
Rumet yang sukar dikawal kelakuannya. Hiper, klaka dan kuat gelak. Lebih kurg cam Syafirul versi ppuan la. Haha! Tapi menakutkan bila die naik darah.

fareeza
Mintak Fareeza tiru gelak org, mmg menjadi trutamanya gelak Puan Azimah dan gelak baby yang ada bubble2. Comey! Lagi satu, muka baby bliaw! Huhu
Jarang join bcakap bila kawan2 yang lain bising tapi suka bcrita. Tapi bliaw berupaya menghikayatkan kisah silam atau sedutan filen2 yang dah ditontonnya tanpa tinggalkan satu babak pon! Haha!
Fareeza, tlg jadi bedtime story teller utk anak2 aku nnti eyh. hehe!

min.
Keunikan min menjadikan presentation bliaw tiap2 sem jadi "the most wanted to see".
Blur yg comel2! 'Ringtone' atau nada ketawa tidak kedengaran, tiba2 da dengar bunyi "brek" panjang. Huhu!

Sitifar dan Jawa
Dah kata bakal suami isteri yg tak boleh dipisahkan, kenala citer skali.
Pasangan yang success! Yang sorg mulut takde butang off. yang sorg blur2... Mmg seswai!

helmi.
Dude.. 0-0 k..
Ko mmg pak lawak.
Bab buat bunyik ngan mimik muka, mmg terserah kat ko.
Dok plak dalam kelab pelawak skali shafirul ngan Nasrul. Mmg penat dengar korg lawan buat lawak. Trima kasih atas khidmat "47th.fm" dalam studio slama satu sem n time kasih jadikan lagu raya 4u2c ngan lagu "autumn in My heart" sbgai lagu batch kite. Huhu

nasrul.
20% jiwang
80% berbakat dan lawak tahap gaban
Tapi bile naik darah, bole jadi 100% tuh!
Takut~


nabil.
Mamat yang penah jadi model iklan sunsilk dalam montaj.
Gaya ala2 menteri tapi bila bcakap, bole naik bulu roma, punya la romantik. (Mula2 naik bulu roma, lama2 meremang lak bulu tengkok. Huahahaha)


shapirul.
Memiliki seluruh keriangan dalam dunia.
Ada masalah pon, kewl je(kewl ke?)
Tak pernah berjaya sahut cabaran "Diam dalam masa 2 minit" kecuali bila die tengah marah atau moody.

Titin & Zul
Macam Farah ngan Jawa jugak, dorg loving couple dalam kelas yg tak dapat dipisahkan lagi. Dari part 1 tuuuuuuu...
Zul, kadang2 cakap nya membengangkan org tapi takyah amik ati sgt, ok la kot.
Titin, very particular person! Kadang2 korg nmpak romantik, kadang2 gaduh pon menakutkan. Haha! Aku doakan korg bahagia

razi.
Kawan aku yang sorg ni, mmg suka bcrita!
Aku slalu kalah lawan citer lawak ngan die.
Kawan yg baik sbb slalu "b there 4 u" kat kwn2.
Tapi kalau time dia ada prob, mmg jelas bole tergambar di wajahnye!

farhan.
Masa utk anda menyinar!! She's working on her anime thing! Plus, she's so creative!
Ssh nak nmpak KakLong kat studio masa awal2 sem but then.....
Tahniah Hana Chan! U dapat handle prob dengan baik

syikin.
Gefren Helmi yang sgt kontra dengan prangai Helmi. Agak pendiam n bertatasusila orangnya. Tapi talkative jugak kalau kenal betol2.

Cinnah.
My best fren... yang cengeng.
Sgt sensitif dan cepat touching
Tapi hari2 biasanya, sifat sensitif nya mmg tak nmpak lansung sbb dia akan bercakap dan ketawa tanpa henti. Kira cam "penaik seri" la bliaw ni! Haha!

Toyob a.k.a Objek bulat
Masa part 01, hampir satu studio pcaya ktorg adek bradek. Well, masa tu kita mmg macam rapat cam adek bradek. Huhu! Ngan Heri n Raul time tu!
Nape Objek Bulat? Jawapan akan diketahui kalau anda tengok saiz perut bliaw. Huhehehe!
(Budak part 1 tu mmg sejibik cam ko)

Heri
Suruh bliaw buat muka marah, sedih, hepi, dll... takde beza melainkan mulut je yang bergerak. Aku mmg tak leh dengar ko bckp atau gelak. Satu kelucuan yang teramat!
Slama 3 tahun kenal ko, blom nmpak lagi ko marah. Kool gile! Siyes! Manusia ke katun ko ni? Haaha!

NaZele
Jangan pelik kalau tadi baru tengok Nazele kuar dari kedai gunting, ttiba esoknya rambut bliaw da kembali panjang. Bgitu juga janggut dan misainya da macam takleh buang da.
Huhu!
Aku mmg suka nyakat hang! Interior Design berjiwa askar yang bajet garang! Huahaha!

Bani
Metal Maniac tapi hebat jugak bercrita soal agama.
"Dok ginni......" quote popular yg jadi ikutan sume
Gaya ala2 macho..


Sape lagi yang aku tetinggal??
Korang sume adalah kenangan terindah...
Aku ucapkan gud luck untuk korg semua. Mana pon hala tuju korg lepas ni, ke UiTM sh alam ke, sambung keje tempat prektikel ke, ke Dubai ke, kawin ngan Datuk ke, jadi penyanyi ke, aku doakan kita semua akan success dan tak lupakan kenangan kat sini...
Sehingga bjumpa lagi!

Nov 21, 2008

Ke Akhir Garisan

Kawan2...


Lagu "Kita Hampir Kesitu" berhenti menjadi nyanyian kita


Berganti dengan lagu "Graduation"...


Semalam 47th menghabiskan waktu2 terakhir bersama kat Teluk Batik & Lumut. 9 malam bertolak- kita penuhkan ruang waktu dengan gelak tawa dan aksi cacat yang da lama kita tak aksikan bsama sejak masing2 membatukan tanggungjawab untuk projek masing2. 20 orang yang pegi, 8 orang je bertahan sampai ke subuh. Konon2 nak tgk sunrise. Tak mandang ponn.. Hati trusik tgk xu nangis malam tu, time kitorg tgh hepi2 tangkap gambar. "Aku akan rindu kan korg"... Ayat Xu yang buat yang lain2 tdiam & rasa touching..

Dalam waktu 24 jam lepas berakhirnya presentation... Kawan2 sestudio tak brenti kemas barang, pindah kan barang ke kendraan family masing2... Studio smakin kosong... Bilik pon... Just like d way i look at them- empty-no hepi.
Dan sekarang, kepala aku da mula penuh dengan sejarah2 dgn kwn2:
"Lasinda la cfe! Lasinda la cafe!"( sambil buat tarian)
"Hot! Hot! Hot!" (lagu composed by aku n nadia)
sahut2 "orait-okeyh",
"weyh!air da takde!!!!" masa kat umah sewa,

main geli2 ngan ada(ada tak penah tido kt bilik sndri)... kena buli ngan ada n nadia.. makan suap2 (pakdin pon join), buat trifel dalam studio, nyakat encik haris, rebut lumba parking tiapkali lepas pkol 1 pagi, tolong Min dapatkan henfon yg da masuk lubang jamban(kena buat spesyel post pasal ni), slotok, nyakat Dino dll......

(pinjam post xu)
"mazeq..nak sikit kicap.." (corner mazeq mmg da macam dapur studio,sntiasa 'dapur berasap')
"amariya..nak pinjam sudu..." (maria ajar buat trafel)
"nadia..nak tido..pinjam tilam"(gaduh mcmana pon, tilam nadia menjadi kegemaran bsama)
"min..nak print.."(kalo min bkk kedai prointing, mmg dah kaya dah)
"wawa..pasang la lagu best2.."(sori, aku slalu pasang lagu2 yang buat kog lemas. mari nyanyi the kooks sama2 lagi)
pa'din.."hallooooo "(walau padin da sebati dgn kl, slang pendang tetap tak lekang d lidah)
"korang..saper nak g toilet.."(aku je yg sanggup teman kan titin ke toilet. gile berjanggut menunggu)
"korang..jom pegi makan..."(pastu ada je yang majuk kena tinggal. aku slalu tak tapaukan makan korg)
"aini..gilsss beb.."(aku slalu tak sure ko tgh melawak ke tgh serius sbb muke ko sama slambe je bile bcakap)
"sape nak makan nasi lemak"...kata ada..mcm2 lagi..

p/s: aku tringat mamak kat kedai yang kita singgah makan kat Lumut tu. Mintak roti canai,takde. Tapi roti telo ada plak. ape punye lawak tah mamak tu. Hangin je...

Nov 11, 2008

Lagi 7 hari- Antara nak rasa RISAU atau HEPI

Bulan ni adalah bulan paling banyak aku membelek kalender. Menghitung hari2 bakal berakhirnya status aku sbgai student kat UiTM ni. Mengenangkan tekanan yang dah ditanggung slama 3 tahun, dan usia yang terlebih dari usia yang spttnya utk aku dapatkan segulung sijil Diploma, buat aku rasa tak sabar2 nak mengakhiri 7 hari ni.

Tapi, 7 hari lagi juga merupakan hari penentuan buat aku dan kawan2 sestudio yang lain. Penentuan akan seharum mana nama kami akan kami tinggalkan di bumi UiTM ni. Lagi harum, lagi lama nama kami kan dsebut sbgai lagenda sebagaimana nama senior2 yang saban hari kami dengari dari mulut2 lectrr- berhikayat ttg kehebatan dsign dan jasa dorg kat UiTM ni- Bulu, Hayata, Miji, Milhan, Bob, Zul, Faris dll..

Lagi satu perkara yang akan tertinggal skali bsama2 knangan aku dgn Seri Iskandar ni adalah Azmi... Dan dah pasti perkara paling bliaw akan rindu adalah pakgad2 kat UiTM yg slalu jadi constrain date ktorg.. Huahaha! Kalau da jarak antara UiTM & UTP pon jadi punca kerinduan, apatah lagi bila aku da jauh nnti... Huuuuu...

Nov 7, 2008

Berhenti menjadi dramatik

Katanya... orang Malaysia berfikiran sempit. Nak lari jauh ke negara sberang. Konon2 orang2 kat sana bole trima cara fikir dia.

Ya, mmg kami kat Malaysia cinta laa sangaaaat sangaaaaaatt dengan drama Melayu - meleleh dan melebih. Dan kamu pula konok2 menjadi kontradiksi kami, sangat2 bencikan apa yang kami sangaaaaaat sannngggaaaaat cintakan tu. Tapi yang dramatik emosinya seringkali kamu. Luaran sedar, sebenar yang kamu ptt benci adalah diri kamu yang melebih2 dan meleleh.

Baru kena tegur sikit da melenting. Kata kami yang menyergah. Tak fasal2 kami yang berjenaka katanya yang meledakkan perang. Dasar Melayu yang suka melatah.

Tapi tak mengapa... Demi cintakannnn la sangaaaatttt sangaaaaatttt Melayu itu, Melayu yang sukakan keamanan... aku rela golekkan kemaafan menyembah ke kakimu. Biar kami yang minta maaf dan biar kamu terus menjadi diri kamu. Sbb kamu tak mampu belajar dari teguran

Nov 4, 2008

Kisah Si Pengembara

Tersebut lah kisah seorang pengembara bernama Robert(Rob), datang mengembara di sebuah padang pasir. Selama 3 hari bliaw berjalan merentasi lautan pasir yang tsangat panas, masih tak kedapatan sebarang objek hidup yang berjalan sepertinya slain kelihatan bangkai2 mayat binatang yang mungkin mati akibat kepanasan yang teramat... Hampir saja dia ingin putus asa ttapi menyedari hasrat tersebut akan mengakibatkan dia menerima nasib yang sama sbgaimana bangkai2 haiwan yang dilihatnya, dia terus kuatkan sisa2 semangat yang ada dengan langkah longlai sambil mengharapkan kelibat doraemon muncul depan matanya untuk dia pinjam pintu sukahati dan pulang ke rumah-menamatkan pengembaraan maut tersebut.

Selang beberapa jam kemudian, dia terlihat kelibat yang punya susuk seakan2 makhluk yang hampir serupa dengan dirinya. Dia menajamkan tumpu mata. Sah! masih ada manusia setabahnya mengharungi gurun yang panas ni! Fikirnya, ada perkampungan berdekatan utk dia singgah merehatkan diri.

Semakin dekat kelibat tersebut hampir dengan diri Robert, semakin bertambah kerut di dahinya. Melihatkan tubuh tua lelaki yang menggalas bermacam2 barang mengharungi gurun itu, buat dia ingin segera bertanya. Lalu dia memulakan salam dan menyapa.

Rob: Wahai pakcik yang tua. Dari mana dan kemana haluan pakcik?

Lel : Pakcik berjalan dari rumah sendiri mencari ketenangan yang mungkin kan kedapatan di negara seberang sana...

Jawab pakcik itu dengan muka tenang sambil menunding ke arah teriknya matahari
Robert tidak tertarik untuk bertanya lanjut tentang hala tuju kerana tumpuannya menghala ke barang-barang yang menjadi beban di bahu lelaki tua itu- ada kayu api, botol air berisi ikan, selipar jepun yang terselit kat lengan dan pintu kereta yang disangkut di bahu kanan. Lalu Robert bertanya;

Rob: Pakcik, saya nampak selipar yang pakcik bawa, kenapa pakcik masih sanggup berkaki ayam tanpa menzahirkan fungsi slipar tsebut?

Lel : Pakcik hanya punya sepasang dan selipar ini akan pakcik gunakan hanya apabila benar2 perlu, nak. Kalau dipakai sekarang, takut ia rosak sebelum pakcik betul2 perlukannya.

Rob: Owh... Gitu ke pakcik... dan apa pulak fungsi kayu api dengan ikan dalam bekas air tu pulak?

Lel : Pakcik saja letak ikan ni dalam bekas air. Baru la "3 in 1" sket.. Kalau pakcik penat, pakcik tengok ikan ni berenang2, hilang letih pakcik. Kalau Pakcik haus, Pakcik minum la air dalam bekas ni dan kalau pakcik lapar, kayu api ni pakcik akan guna untuk memasak ikan yang pakcik bela ni.

Robert makin tertarik. Unik sungguh gaya fikir pakcik ni. Dia semakin ghairah untuk mendengar jawapan yang seterusnya bila terlihatkan pintu kereta yang menjadi beban terberat pada bahu pakcik itu.

Rob: Sungguh panjang pakcik berfikir, tapi saya masih musykil akan, apa perlunya pakcik menggalas pintu kereta tu ?

Lel: Owh... Pintu ini banyak membantu pakcik tak kira waktu siang dan malam.

Rob: Berguna untuk apa pakcik?

Lel: Bila waktu panas terik macam ni, pakcik akan bukak tingkap pintu kreta ni, kasi angin masuk... Bila waktu malam, pakcik rasa sejuk... pakcik tutup tingkap pulak...

Tiba2 Rob terasa beban kebodohan menghimpap kepalanya sendiri. Apa punya psiko pakcik ni.... Adoyai!

Crita ni aku dapat dari majalah Ujang dan aku adaptasi dalam versi sendiri