Oct 13, 2008

sebut jiwa dari aku sebagai budak ID







ID….
Apekah?
Soalan yang terlalu membeban dalam tengkorak sejak kali pertama dduk di kerusi interview hingga waktu kaki melangkah masuk studio part one. Mental mentah membayangkan kepala botak Eric Leong masa kali pertama ditanya “ Awak tau tak ID tu ape?”

Menghabiskan semester pertama sebagai pelajar ID, imej lelaki berkepala botak yang memunca sebabkan kesalahfahaman perspektif terhadap apa itu ID, cepat2 aku padamkan dan sesungguhnya, apa yang aku bayangkan, jauh skali bbeza. Memikul status pelajar ID … beratnya teramat… Bukan stakat rusuk dan tulang belakang yang perlu kuat utk terus berdiri dan melangkah tapi jugak jiwa, mental dan emosi. Takde konkrit terbaik mampu mendirikan susuk tubuh seorang pelajar ID melainkan semangat yang kental, hati yang tegar dan kesabaran.

Semester pertama, aku diajar lali dengan kritikan dan menjadi kental untuk mengejar hambatan waktu.. Seluruh tenaga dan idea yang dirasakan terbaik untuk assgment yang diberi…remuk semudah kertas bila pedas dikritik pensyarah. Assignment kemudian menyusul, memaksa utk aku ketepikan perasaan yang tidak2. Kali kedua menyeret hasil kerja ke meja pensyarah untuk dikritik, aku bawa bersama hati yang lebih tegar. Dan aku tau bahawa adjustable square paling canggih, t-square paling panjang, baju ke kelas paling cantik… ape lah sangat fungsinya kalau hati jadi separuh. Dan kami berjaya naik ke semester yang seterusnya… Membayangkan kerdil diri membawa bod presentation yang kadang2 saiznya lebih besar dari saiz badan sendiri, dari Artistri ke fakulti dengan berjalan kaki, bukan lagi jadi punca tangisan!

Semester kedua, kepimpinan kami mula dibentuk. Kami mengurus dinner dan mula belajar semangat kerja berkumpulan. Dan kejayaan mengurus ID Day pada semester ketiga, meyakinkan kami bahawa kami telah benar-benar kenal akan semangat berpasukan. Atas semagat tersebut, kami tidak lagi rasa dibezakan dengan asal, cara berpakaian dan beza jumlah sijil yang di kumpul di zaman sekolah. Kami telah ketawa, menangis dan bertelingkah bersama atas rasa persahabatan.

Naik semester keempat, kami tahu jumlah air mata dan titis peluh yang kami dah tumpahkan kat tanah uitm ni tak cukup banyak kalwau nak dibandingkan dengan jasa para pensyarah yang sentiasa membuka tangan untuk menyambut kami yang seringkali buntu jalan. Telah kami sedar akan kritikan itulah yang membina kami untuk bukan sekadar menjadi interior designer terbaik, tetapi juga untuk menjadi insan terbaik, yang lengkap dengan sifat sabar, tabah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

Dan semester akhir yang menjadi kemuncak kematangan diri kami ni… bukan lah semester untuk kami akur dan berundur. Bukan masanya lagi. Semester ini, kami akan terus melangkah untuk ke akhir garis penamat, walaupun terpaksa bergolek, tersungkur dan berdarah di pertengahan jalanan. Semester ini, adalah semester untuk kami yakinkan tenaga2 pengajar kami, bahawa segala ilmu yang mereka berikan…adalah sebbbaik-baik ilmu, dalam menjadikan kami yang terbaik.

No comments: