Oct 23, 2008

mana wawa yang dulu??

Nabilah Mahmud, merupakan insan yang menybabkan evolusi seorang aku. Dia adalah idola seisi warga skolah yang aku kagumi karismanya. Maka itu, sejak umur aku 15 tahun, aku berazam utk jadikan dia cermin aku. Seluruh diri bliaw yang aku kagumi, aku jdkan acuan membentuk diri aku.

Mungkin dia sendiri tak pernah tau bahawa dia lah punca fail korikulum skolah aku penuh. Bmula dengan mewakili sekolah dalam pertandingan gubahan bahan terbuang, aku terus berazam utk terus jadi wakil skolah dalam ptandingan sterusnya tanpa ambil pusing akan keji dan maki org yang penat agaknya mendengar nama aku. Segala maki dan keji orang aku persetankan, dan tolak ketepi. Yang penting, aku jelas dengan apa yang aku nak dan aku tau tu cara utk aku belajar menjadi seseorang.

Tingkatan 4 merupakan tahun aku gali potensi diri. Pencapaian aku hnya berhasil dalam pertandingan melukis memandangkan aku belum bjaya mcapai apa2 anugrah utk pertandingan yang amat aku kepinginkan sebuah piala- pidato. Impian ditertawa olah insan2 yang tau akan kelemahan aku- pelat "R" & suara tak lepas. Bayang Nabila masih aku simpan dalam diri dan membawa aku menjadi lali dengan kritikan dan kata2 cikgu yang muak dengan kewujudan aku dan membenteng bebelan mak yang tak senang dengan sebarang cubaan yang aku usahakan. Sepanjang tahun, aku gigih berlatih lentur lidah dan tajamkan peti suara.... Penat taw jadi insan yang tak disukai...

Di tingkat 5, aku terharu dengan kepercayaan org2 yang malantik aku menjawat 2 jawatan presiden utk 2 kelab di skolah dan bendahari untuk kelab rumah biru(mmandangkan aku takde bakat lansung dalam sukan). Jawatan tersebut tak pernah mmpu mzahirkan kewibawaan dan tggungjawab aku mmandangkan aku tak pernah mmpu menghadiri perjumpaan psatuan dek komited dengan pertandingan2 yang aku wakili. Selain mengumpul sijil dalam stiap ptandingan melukis, dan pertandingan lain...akhirnya piala impian aku untuk pertandingan pidato berjaya jgak aku pegang walaupon sekadar mendapat tempat kedua wakil peringkat daerah. Dan minat aku dalam bidang penulisan berhasil bila mendapat tempat ketiga Deklamasi Puisi peringkat daerah dan mewakili sekolah ke peringkat kbangsaan-bahagian cerpen. (Keratan paper pasal ni aku da tak simpan)

Tapi aku, insan yang cepat puas. Pencapaian sekadar jadi sebutan sebagai sejarah zaman sekolah. Aku bebal dengan kegagalan mencapai keputusan sepatutnya dalam SPM maka aku tinggal dan padamkan obsesi terhadap bidang penulisan kreatif. Malah pernah tercabul mulut mendoakan diambil kebolehan kalau itu pnyebb ilmu sains ibarat tak lekat kat kpala aku( first n 2nd sem blaja Diploma Sains asik carry paper je). Dan sekarang, aku harap aku masih tak lambat untuk kembali bermula dalam bidang penulisan kreatif...

Apa yang aku nak persoalkan sekarang, "mana diri aku yang dulu?"
Yang agresif, tak mudah patah smangat dan berdisiplin?
Kenapa semua tu luntur diiring bersama usia yang kian meningkat?

5 comments:

sourplum said...

semoga lebih sukses di masa akan datang.
bgus la ko tulis blog. nti tnjuk la kt anak2 msti sonok dorg baca =)

wawashauqi said...

trima kasih walau pelam masam. moga kita sama2 sukses dan rasional

hasanah said...

WAWA yg dulu masih ada...cuma WAWA yg sekarang berusaha keras menyesuaikan diri dgn persekitaran lalu secara tidak sedar telah jauh meninggalkan WAWA yg lama...yg pasti WAWA itu masih ada,kamu perlu jadi diri sendiri jer sayangku....*wink*

Afizolikram Fadzil said...

bagus beb....untuk maju..aku mang sokong utuk org nak berjaya nie
tpi let think what bos said:surat al alaq 96:2.DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH........Soalannya
Adakah Dia cipta kita untuk meniru
ciptaanNya yang lain...Adakah Ciptaannya xunik...Dri berjuta2 sperma kitalah yang dipilih untuk satu ovom untuk keluar ke bumi...Dia cakap lagi....
7:3. Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).
33:21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

wawashauqi said...

terimakasih wahai sahabat bnama afizol ikram.. dalam membentuk diri ke arah kesempurnaan, insan yang paling sempurnalah yang perlu kita jadikan garis panduan, tetapi hanya menjadi realistik dan melakukan perubahan berperingkat...dan aku yakin bahawa Dia akan menunjuk jalan kepada hambaNya yang berniat untuk kebaikan apatah lagi perubahan ke arahnya