Oct 24, 2008

Lansungkan seni utk dinikmati





















"Independent hanyalah satu platform. Ia bukan idealogi yang boleh dijadikan satu anutan. Independent dan mainstream adalah sesuatu yang sama. Cuma yang membezakan ialah tahap kualiti, pasaran (market), profesionalisme dan lain-lain lagi. Tapi targetnya adalah sama, iaitu untuk mencari audien. Jika hari ini aku independent,esok lusa mungkin aku mainstream. Begitu juga sebaliknya. Ini kerana, kedua-duanya adalah platform untuk berkretiviti. "
-Razaisyam Rashid-

Itu pendapat saudara Razaisyam...Pendapat aku pula...
Independent pada kefahaman aku yang masih mentah akan takrifan sbenarnya, adalah seni yang dihasil dan diperlakukan secara bebas, tanpa sebarang ikatan dari pihak mainstream. Manstream bersifat terikat dan dikongkong oleh matlamat kewujudannya yang seringkali dibikin utk menjadi kegemaran umum. Ideologi mainstream disekat dan dikekang matlamat yang lebih kearah keuntungan- yang juga merupakan punca para pembikin seni lebih selesa bekarya atas platform mereka sendiri.

Penikmati seni kini hanya membuta tuli menerima sogokan hasil karya seni indie yang dilihat sebagai trend. Kalu skalipun tidak mereka darahnya mengalir ke arah seni, nikmatilah kejujuran seni itu dalam kefahaman, tidak hnya berpura taksub berada dalam kelompok sedangkan scra individunya, jiwa buta utk memandang realiti seni indie dan tlinga ditutup dari mendengar melodi bukan mainstream yang lari dari selera kebiasaan tlinga.

Filem KAMI dikatakan telah berjaya mendokumentasi gaya hidup indie? Wut the?? Apa yang ditonjolkan merupakan cara salah satu karya musik indie dinikmati, tidak secara total fenomena indie diolah. Si mentah yang menonton, akan merujuk pada sumber sbegini untuk muncul sbgai poser, yang juga mnjadi sbb kenapa ada pihak indie yang tidak stuju utk karya mereka disiarkan atau diperdengarkan secara terbuka. Takutkan integriti dan pegangan mereka dicemar. Mereka lebih senang hasil karya mereka dinikmati kelompok audien minoriti yang menolak seni konvensional, tipikal, murahan dan tiada jiwa, bbanding disiarkan dan digauldengan dunia mainstream yang kebnyakannya hnyalah 'plastik semata, asalkan terjual'. Slogan "support indie", atau "aku budak indie" letaknya hnya layak dalam tong sampah kalau jiwa kosong, buta memandang seni, kosong kefahaman dan tak tau asal dan hala tuju indie yang dia sorak2kan.

Sekadar berkongsi pengalaman, aku ada seorang rakan yang tak sealiran akan matlamat Goyang Kaki ditubuhkan. Aku menolak design tshirt bsifat sloganic semata2.
Kata aku,
"Seni nya mana? Aku tak nak orang beli sbb 'gerek seyh tshirt ni' sedangkan nilai seni die entah kemana".
Jawab kawan aku,
"Kalo macam tu, ko frame kan je la tshirt tu nnti! Buat apa buat tshirt kalo tak sbb nak buat duit?".
Owh, rupanya selama ni dia takrifkan seni itu sekadar layak duduk didalam bingkai dan ditonton sekadar??Kesalnye aku kalau majoriti mentakrifkan perkara yang sama... Ya mmg benar bisnes itu perlu selaras dengan peratus membikin untung. Tapi tidak skali2 matlamat tersebut mencemar nilai seni yang nak disampaikan. Mungkin bagi pengguna yang terbiasa dengan jiwa mainstream hnya melihat ia baju utk dipakai tapi pada aku, adalah sebaiknya ia dilihat sebagai medium menyampaian seni. Baru terasa jujur membikin duit.

Buat mereka yang dipilih Tuhan utk dipinjamkanNya kebolehan bekarya, jangan kedekut utk sama berdiri dan berjuang atas platform yang atmosferanya berbau bebas, telus dan celik. Bersetuju dengan Sonik Malam yang menyeru pada bakat2 yang ada, kalau cintanya pada muzik, bikin melodi sendiri. Kalau cintanya pada penulisan kreatif, bikin lah puisi dan cerpen. Kalau cintanya pada persekitaran, tujukan ia dengan lensa kamera dll. Kita adalah penikmati ciptaannya, ekspresikan kewujudan ruang dunia dengan hasil takrifan kita dalam apa jua bentuk karya yang lahir dengan kjujuran. Kita buat si penerima hasil seni berhenti menelan sogokan karya2 konvensional dan tipikal yang hnya layak untuk si jiwa kosong.

Kalau ibu kata "seni tak kemana" katakan "Benar seni adalah sampah, yang merupakan emas bagi yang nampak akan kejujuran formasi sampah itu sendiri

9 comments:

::askmie:: said...

pendapat yg menarik!!!

sonik-malam said...

ape patut aku kumen eh??haha~~

sonik-malam said...

seni dan pendapat adalah perkara yang sinonim...terlahir dari akal percuma kurniaan SangKuasa...
pergunaakan anugerah itu sebaik-baiknya...bukan utk tunjuk siapa baik atau siapa bagus...cuma ingin melahirkan keharmonian itu..

wawashauqi said...

YA...seni itu sifatnya murni dan indah... patut berupaya merangkaikan keharmonian utk dikongsi sejagat. Tiada yang benar2 bagus, sekadar berkongsi apa yang ada dalam pengetahuan

hasanah said...

aku juga punya teman yg pandang negatif pd filem KAMI contohnya, kata mereka cerita ini terlalu bebas pergaulannya, tiada nilai2 murni...mencuri, hisap dadah, berhimpit-himpit lelaki & perempuan dlm tmpt yg sempit...
bagi aku pulak, aku bukan lihat & tonton cerita ni krn lifestyle nya tapi krn penjiwaan & ikatan persahabatan yg ditonjolkan...
indie band, music, gig, dadah, curi, tu semua hanyalah sekadar penambah rasa yg mencantik kan lagi kesah ni...
tapi xdinafikan tanpa perasa2 nie...kisah ni MATI...

konklusi yg nak dikata ialah, x semua org punya pandanga yg sama tentang seni...ada yg suka, ada yg kurang gemar & rimas...cuma pinta golongan & peminat seni, xsalah kalau anda xsuka akn seni tapi mohon hormat & hargai golongan seni yg secara xsedar mewarnai hidup di sekeliling anda...

sonik-malam said...

penerimaan orang mmg byk variasi...tapi apa yang disuapkan pada minda2 mentah ni apakah nilai yang di harapkan??

bercerita mmg mudah...tapi utk mendefinisikan inti cerita pada setiap bait bukan seperti menglipur lara...walau dalam bahasa malaysia mudah sendiri...

aku bukan tak suka...tapi aku lihat pada setiap sudut argumentasi...kefahaman adalah subjektif...tanggungjawab siapa utk memberi lampu penunjuk??

wawashauqi said...

kontradiksi tiap antara kita jelas dalam apa jua konversasi yg dihangatkan. Benar...apa jua perkara, ada pihak yang perlu btanggujawab dalam mengawal 'con' supaya tidk melebihi 'pro'. Siapa yg tanggjwb? Pengkarya? Penulis? Bagi aku, adalah mereka yang SEDAR. Yang sedar, btgjwb kejut kan yang tidur. Tapi 'cara kejut' yang bgaimana mungkin paling 'berkesan', adalah persoalan yang bukan skadar kan dikupas, tapi perlu direalisasi

hasanah said...

aku ada soalan...siapa itu 'SEDAR'?
macamana nak pastikan org itu benar2 sedar, bagaimana kalau sebenarnya org itu sekadar berpura2 memahami, sedangkan dia sendiri sebenarnya BLUR...

sonik-malam said...

setiap keberadaan akan terwujudkan pro dan kontra...pendirian si individu yang akan menjustifikasikan penerimaan serapan kefahaman itu ke dalam kotak minda mereka...keSEDARan itu milik sendiri...hakikat di arus kontemporari ini yang selalu menerjang teguran dan pandangan radikal...mahukah mereka lakukan perubahan pada keseronokan ciptaan sendiri yang baru mereka kecapi?

bagi setiap perkara perlu dinilai dari pelbagai sudut argumentasi..bukan utk diserap secara total....pemikiran kritis hampir tidak wujud di sini(Malaysia)...ia bukan satu ideologi atau isme...ia adalah cara utk kita sama-sama utk wujudkan harmoni...