Oct 29, 2008

Sweet like Chocolate





















This pic is captured on my 18th days declared with Mr Mimi. Can u see how many chocs he had given to me! He gives chocolate everytime we met, which I think is what every boifren should do to amik ati their own gfren..

But sumtimes, i wonder if it symbolizes smthing else - than the romantic thing - or does it related to chocolate's goods to get rid of the body odour. Erk? Adakah??

He3..The one dat i love the most is the Camior with blue color package that make one just cant open their eyes while eating it- punye la sedap. Some of the chocolates he gave, i just have to throw away its wrapper since da kotor kena coklat.

Oct 27, 2008

detik 25 hari yang sempit

Seminggu ni adalah minggu yang paling menekan emosi.
Hari gagau...
Malam ngigau...
Celaru adrenalin dek mengejar desakan waktu yng trasa berat menghambat rutin hidup.
Jam demi jam padat dengan tuntutan assignment yang perlu ditunai. Pon, masih sempat aku mencelah dalam sempit ruang waktu utk hobi menyampai hikayat- bercerita tentang aktiviti hormon dalam badan aku yang bekerja lebih waktu.

25 HARI LAGI! Lelah aku sebagai pelajar ID akan berakhir.
Minggu2 terakhir ni, trasa bagai perang... segalanya tunggang langgang - tak terurus dari segala segi- keadaan isi almari dan baldi, meja kerja di studio, rambut, selimut, waktu makan; menggambarkan sempitnye waktu utk aku dalam 25 hari ni....

Oct 24, 2008

Lansungkan seni utk dinikmati





















"Independent hanyalah satu platform. Ia bukan idealogi yang boleh dijadikan satu anutan. Independent dan mainstream adalah sesuatu yang sama. Cuma yang membezakan ialah tahap kualiti, pasaran (market), profesionalisme dan lain-lain lagi. Tapi targetnya adalah sama, iaitu untuk mencari audien. Jika hari ini aku independent,esok lusa mungkin aku mainstream. Begitu juga sebaliknya. Ini kerana, kedua-duanya adalah platform untuk berkretiviti. "
-Razaisyam Rashid-

Itu pendapat saudara Razaisyam...Pendapat aku pula...
Independent pada kefahaman aku yang masih mentah akan takrifan sbenarnya, adalah seni yang dihasil dan diperlakukan secara bebas, tanpa sebarang ikatan dari pihak mainstream. Manstream bersifat terikat dan dikongkong oleh matlamat kewujudannya yang seringkali dibikin utk menjadi kegemaran umum. Ideologi mainstream disekat dan dikekang matlamat yang lebih kearah keuntungan- yang juga merupakan punca para pembikin seni lebih selesa bekarya atas platform mereka sendiri.

Penikmati seni kini hanya membuta tuli menerima sogokan hasil karya seni indie yang dilihat sebagai trend. Kalu skalipun tidak mereka darahnya mengalir ke arah seni, nikmatilah kejujuran seni itu dalam kefahaman, tidak hnya berpura taksub berada dalam kelompok sedangkan scra individunya, jiwa buta utk memandang realiti seni indie dan tlinga ditutup dari mendengar melodi bukan mainstream yang lari dari selera kebiasaan tlinga.

Filem KAMI dikatakan telah berjaya mendokumentasi gaya hidup indie? Wut the?? Apa yang ditonjolkan merupakan cara salah satu karya musik indie dinikmati, tidak secara total fenomena indie diolah. Si mentah yang menonton, akan merujuk pada sumber sbegini untuk muncul sbgai poser, yang juga mnjadi sbb kenapa ada pihak indie yang tidak stuju utk karya mereka disiarkan atau diperdengarkan secara terbuka. Takutkan integriti dan pegangan mereka dicemar. Mereka lebih senang hasil karya mereka dinikmati kelompok audien minoriti yang menolak seni konvensional, tipikal, murahan dan tiada jiwa, bbanding disiarkan dan digauldengan dunia mainstream yang kebnyakannya hnyalah 'plastik semata, asalkan terjual'. Slogan "support indie", atau "aku budak indie" letaknya hnya layak dalam tong sampah kalau jiwa kosong, buta memandang seni, kosong kefahaman dan tak tau asal dan hala tuju indie yang dia sorak2kan.

Sekadar berkongsi pengalaman, aku ada seorang rakan yang tak sealiran akan matlamat Goyang Kaki ditubuhkan. Aku menolak design tshirt bsifat sloganic semata2.
Kata aku,
"Seni nya mana? Aku tak nak orang beli sbb 'gerek seyh tshirt ni' sedangkan nilai seni die entah kemana".
Jawab kawan aku,
"Kalo macam tu, ko frame kan je la tshirt tu nnti! Buat apa buat tshirt kalo tak sbb nak buat duit?".
Owh, rupanya selama ni dia takrifkan seni itu sekadar layak duduk didalam bingkai dan ditonton sekadar??Kesalnye aku kalau majoriti mentakrifkan perkara yang sama... Ya mmg benar bisnes itu perlu selaras dengan peratus membikin untung. Tapi tidak skali2 matlamat tersebut mencemar nilai seni yang nak disampaikan. Mungkin bagi pengguna yang terbiasa dengan jiwa mainstream hnya melihat ia baju utk dipakai tapi pada aku, adalah sebaiknya ia dilihat sebagai medium menyampaian seni. Baru terasa jujur membikin duit.

Buat mereka yang dipilih Tuhan utk dipinjamkanNya kebolehan bekarya, jangan kedekut utk sama berdiri dan berjuang atas platform yang atmosferanya berbau bebas, telus dan celik. Bersetuju dengan Sonik Malam yang menyeru pada bakat2 yang ada, kalau cintanya pada muzik, bikin melodi sendiri. Kalau cintanya pada penulisan kreatif, bikin lah puisi dan cerpen. Kalau cintanya pada persekitaran, tujukan ia dengan lensa kamera dll. Kita adalah penikmati ciptaannya, ekspresikan kewujudan ruang dunia dengan hasil takrifan kita dalam apa jua bentuk karya yang lahir dengan kjujuran. Kita buat si penerima hasil seni berhenti menelan sogokan karya2 konvensional dan tipikal yang hnya layak untuk si jiwa kosong.

Kalau ibu kata "seni tak kemana" katakan "Benar seni adalah sampah, yang merupakan emas bagi yang nampak akan kejujuran formasi sampah itu sendiri

Oct 23, 2008

Dalam bersahabat, kasih sayang penting...


Ada sesiapa yang nak membantah tajuk ni?

Ada sesiapa yang rasakan ada mende lain yang lagi penting dari kasih sayang?

Kalau ada, perjelaskan kat aku, kot la aku terlepas pandang mende yang lagi penting...


Smalam, alhamdulillah aku berjaya bawak kawan2 ke sesi bicara luahan hati masing2... Bila da masuk hari ketiga 2 pihak tak btegur, aku mula rasa tak sdap. Kalau dibiar, cakap2 blakang akan menggalakkan rebakan virus diskriminasi jadi benci kat ati. Dan sesi ni adalah sesi ke 2 yang pernah kami buat, masing2 cuci hati masing2 dengan luahkan ketakpuasan hati dan keterangan akan punca dan sebab musabab kejadian. Dan kesimpulan yang kami dapat, masih kesimpulan yang sama kami dapat waktu 1st session dulu, dat is - SALAH FAHAM.


Cakap2 blakang sama macam asah pisau. Makin banyak cakap, makin tajam pisau yang kalau skali hunus, org yang kena akan dapat luka dalam yang ssh nak smbuh.


Kasih sayang bukan skadar untuk kekasih yang blainan jantina dari kita. Kasih sayang adalah perasaan yang mengikat kita utk trus saling mhargai, dan mlupakan sgla kurang2 yang ada pada org yang kita kasih. Kasih sayang akan sndri menghadirkan jujur, setia, rasa pcaya, saling mmahami dan tak berkira...


Kawan2, drop la komen anda atas pkataan "sahabat"

mana wawa yang dulu??

Nabilah Mahmud, merupakan insan yang menybabkan evolusi seorang aku. Dia adalah idola seisi warga skolah yang aku kagumi karismanya. Maka itu, sejak umur aku 15 tahun, aku berazam utk jadikan dia cermin aku. Seluruh diri bliaw yang aku kagumi, aku jdkan acuan membentuk diri aku.

Mungkin dia sendiri tak pernah tau bahawa dia lah punca fail korikulum skolah aku penuh. Bmula dengan mewakili sekolah dalam pertandingan gubahan bahan terbuang, aku terus berazam utk terus jadi wakil skolah dalam ptandingan sterusnya tanpa ambil pusing akan keji dan maki org yang penat agaknya mendengar nama aku. Segala maki dan keji orang aku persetankan, dan tolak ketepi. Yang penting, aku jelas dengan apa yang aku nak dan aku tau tu cara utk aku belajar menjadi seseorang.

Tingkatan 4 merupakan tahun aku gali potensi diri. Pencapaian aku hnya berhasil dalam pertandingan melukis memandangkan aku belum bjaya mcapai apa2 anugrah utk pertandingan yang amat aku kepinginkan sebuah piala- pidato. Impian ditertawa olah insan2 yang tau akan kelemahan aku- pelat "R" & suara tak lepas. Bayang Nabila masih aku simpan dalam diri dan membawa aku menjadi lali dengan kritikan dan kata2 cikgu yang muak dengan kewujudan aku dan membenteng bebelan mak yang tak senang dengan sebarang cubaan yang aku usahakan. Sepanjang tahun, aku gigih berlatih lentur lidah dan tajamkan peti suara.... Penat taw jadi insan yang tak disukai...

Di tingkat 5, aku terharu dengan kepercayaan org2 yang malantik aku menjawat 2 jawatan presiden utk 2 kelab di skolah dan bendahari untuk kelab rumah biru(mmandangkan aku takde bakat lansung dalam sukan). Jawatan tersebut tak pernah mmpu mzahirkan kewibawaan dan tggungjawab aku mmandangkan aku tak pernah mmpu menghadiri perjumpaan psatuan dek komited dengan pertandingan2 yang aku wakili. Selain mengumpul sijil dalam stiap ptandingan melukis, dan pertandingan lain...akhirnya piala impian aku untuk pertandingan pidato berjaya jgak aku pegang walaupon sekadar mendapat tempat kedua wakil peringkat daerah. Dan minat aku dalam bidang penulisan berhasil bila mendapat tempat ketiga Deklamasi Puisi peringkat daerah dan mewakili sekolah ke peringkat kbangsaan-bahagian cerpen. (Keratan paper pasal ni aku da tak simpan)

Tapi aku, insan yang cepat puas. Pencapaian sekadar jadi sebutan sebagai sejarah zaman sekolah. Aku bebal dengan kegagalan mencapai keputusan sepatutnya dalam SPM maka aku tinggal dan padamkan obsesi terhadap bidang penulisan kreatif. Malah pernah tercabul mulut mendoakan diambil kebolehan kalau itu pnyebb ilmu sains ibarat tak lekat kat kpala aku( first n 2nd sem blaja Diploma Sains asik carry paper je). Dan sekarang, aku harap aku masih tak lambat untuk kembali bermula dalam bidang penulisan kreatif...

Apa yang aku nak persoalkan sekarang, "mana diri aku yang dulu?"
Yang agresif, tak mudah patah smangat dan berdisiplin?
Kenapa semua tu luntur diiring bersama usia yang kian meningkat?

Oct 16, 2008

Pada mereka yang sering bertanya

Manusia punya isi tengkorak yang tak pernah diam dari bertnya. Dan persoalan2 yang ditanya adalah persoalan2 yang mencetus krisis. Krisis diri sendiri.

Persoalan yang bersifat bongkak dan pentingkan diri

Persoalan yang bertanyakan "Kenapa korg sonsang?" --->Persoalan yang terbina atas rasa "aku bagus dan betul"

Dan sbb sifat manusia ni, manusia sentiasa mengulang sejarah.
Sejarah "Sang pengembala, kambing dan anaknya"
Sejarah yang sepatutnya dihikayatkan utk direnung dan dipelajari.

Dan mangsa sifat manusia yang juga manusia yg azalinya bersifat 'penyoal' kekal menjadi pengembala yang hidup atas KATA ORANG LAIN...

Oct 15, 2008

Susah ke?

Orang kata, ayat2 dalam blog aku ssh nak paham. Sastera sangat katenye. Aku cuba buat ayat mudah2. So pasni, takde la muntah org nak hadam isi blog aku.

maaf sahabat


Kelmarin, aku trima spatah ayat dari seorg sahabat yang 7 tahun usia psahabatan kami. Sepatah cuma. Ayat yang berbau luka...

Dia sahabat yang banyak mmbantu tiupkan gumpal2 awan hitam yang sering memberat d dahi aku. Dia yang layak aku gelar sahabat... bersama utk ketawa, tak menjauh bila aku sedih. Ruang waktu silam yang sarat ttg kita , masih tak lekang kat ingatan.

Jarangkan aku tinggalkan kabar2 penting tentang diri utk bliaw ketahui. Tapi... sifat insan yang azalinya lemah, lalai, leka dan lupa... telah muncul menjadi kelemahan paling aula aku hingga terpinggir bliaw dari menjadi antara insan paling penting utk aku kongsikan brita gembira...

Maaf sahabat...
Kau masih yang terpenting dalam kehidupan bersahabat aku...

Maaf... cuma yang mampu

Oct 13, 2008

The Proposal....


10 Oktober 2008… Seorang gadis bernama Wawa Shauqi merupakan antara gadis paling gembira hari tersebut. Dihadiahi naskah ke 39 edisi terhad buku KAMI oleh Azmi Hayat, (siap dengan sign pelakon2 filem KAMI), aku dibawak pulak nonton realiti adaptasi buku tersebut di TGV JJ Ipoh. Walaupon ketinggalan 15 minit babak pertama filem KAMI, kuasa serapan filem tersebut terhadap aku agak kuat bila mana ending ceritanya mengkantoikan jiwa macho aku dan aku menangis tersedu2 menyaksi kematian Abu, watak fav aku dalam citer ni. Tahniah buat Fariza Azlina Isahak atas kerja keras dan tuah dapat pelakon bbakat utk menjayakan idea filem hebatnya. Mmg sangat ‘in KAMI mood’ la hari tersebut!

Aku dan Azmi, masing2 tak sempat menjana tenaga sblom mulakan date hari tu. So, lepas bersama berdiskusi dan berkomentar ttg filem KAMI yg bg aku sgt sempoi dan touching dan bjaya mmbawa tema psahabatan, aku dengat rela dibawa azmi ke Secret Recipe.
Azmi hanya memberi aku kuasa utk mmilih lokasi tempat dduk. Masa aku menyambut huluran menu dari waiter Sec Recpe, Azmi agak tak bminat menyentuh menu dan order makanan. Sedang nak bkira dngan diri sendiri untuk nak rasa segan atau tak, aku trus oder carrot cake mmandangkan perut pon da lama bikin dondang sayang.

Tapi tak lama pastu, Azmi ke kaunter… agak lama la jugak sampai aku dapat hidu yang Azmi sedang bikin komplot dgn orang2 kat situ. Telintas jugak la tekaan yang agak jahat kat kepala aku ni, kot la Azmi nak pedajal aku taruh julap dalam kek yg aku oder. Hati aku meyakinkan aku yang ‘there must b somethg!!’

Bbrapa minit sekembalinya Azmi kat meja, aku pandang Azmi dengan rasa musykil. 5 meter dari kdudukan mata aku, aku nampak sorg waiter bawak sejibik kek coklat menuju ke meja ktorg dan mmbuatkan kepala ngan jantung aku bekerja keras dengan tiba2 utk buat aku jadi glabah. Cepat2 aku kawal kadar hasilan adrenalin… tapi menyedari ada tulisan kat atas kek tu buat keterujaan+keterglabahan aku bertambah.

Azmi pandang aku (he wuz so cute wit dat face at dat moment), tarik tangan aku dan sebut ayat yang tertulis atas kek tu…. “WOULD YOU BE MINE? PLEEEEEASE…”. Rasa macam nak bergolek ke lantai dan menyorok bawak meja pon ada time tu. Tapi menyedari reaksi tersebut adalah reaksi tak normal sebagai seorang yang sedang tergamam, aku hanya mmpu mmbiarkan muka aku melahirkan prasaan yang ada dalam hati masa tu. Sebelum rasa nak kuis ketepi pkataan ‘no’ atas kek tu, aku mengalami 18 saat perasaan terharu, teruja, tak terkata, gembira, tak tersangka2 dan macam2 lagi la sampai mulut aku hnya mmpu ternganga tanpa dapat jawab sepatah pkataan yg mudah untuk diucap iaitu “YES!” .

Azmi redakan muka kiutnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan patah2 hikayat ttg sejarah kami dipertemukan dan prasaannya masa kali pertama nampak aku. Dan dalam kurang 1 minit lepas tu, kami telah rasmikan status kami sebagai pasangan kekasih… Syukur Alhamdulillah… Kami lanjutkan rasa syukur dengan doa semoga walau apa jua ujian yang bakal kami lalui, Dia yang Maha Berkuasa akan kekal menyatukan kami dalam berkatNya… Aminn…
Terima kasih Azmi Hayat… Kek tu sedap! Budak2 studio suke! Tapi kite tak kesah! Sedap tak sedap, yang penting, kite suke sangat moment tu! Buat kite rasa macam sedang blakon dalam filem adaptasi novel Nicholas Spark. Huahahaha! Sayang kamu!

p/s: Sbb peristiwa ni, budak2 studio yang cacat2 belaka bagi gelaran “CEKEBI” kat aku- derived from the words “wudcubi mine?” Cacat la korg! Hahaha!

sebut jiwa dari aku sebagai budak ID







ID….
Apekah?
Soalan yang terlalu membeban dalam tengkorak sejak kali pertama dduk di kerusi interview hingga waktu kaki melangkah masuk studio part one. Mental mentah membayangkan kepala botak Eric Leong masa kali pertama ditanya “ Awak tau tak ID tu ape?”

Menghabiskan semester pertama sebagai pelajar ID, imej lelaki berkepala botak yang memunca sebabkan kesalahfahaman perspektif terhadap apa itu ID, cepat2 aku padamkan dan sesungguhnya, apa yang aku bayangkan, jauh skali bbeza. Memikul status pelajar ID … beratnya teramat… Bukan stakat rusuk dan tulang belakang yang perlu kuat utk terus berdiri dan melangkah tapi jugak jiwa, mental dan emosi. Takde konkrit terbaik mampu mendirikan susuk tubuh seorang pelajar ID melainkan semangat yang kental, hati yang tegar dan kesabaran.

Semester pertama, aku diajar lali dengan kritikan dan menjadi kental untuk mengejar hambatan waktu.. Seluruh tenaga dan idea yang dirasakan terbaik untuk assgment yang diberi…remuk semudah kertas bila pedas dikritik pensyarah. Assignment kemudian menyusul, memaksa utk aku ketepikan perasaan yang tidak2. Kali kedua menyeret hasil kerja ke meja pensyarah untuk dikritik, aku bawa bersama hati yang lebih tegar. Dan aku tau bahawa adjustable square paling canggih, t-square paling panjang, baju ke kelas paling cantik… ape lah sangat fungsinya kalau hati jadi separuh. Dan kami berjaya naik ke semester yang seterusnya… Membayangkan kerdil diri membawa bod presentation yang kadang2 saiznya lebih besar dari saiz badan sendiri, dari Artistri ke fakulti dengan berjalan kaki, bukan lagi jadi punca tangisan!

Semester kedua, kepimpinan kami mula dibentuk. Kami mengurus dinner dan mula belajar semangat kerja berkumpulan. Dan kejayaan mengurus ID Day pada semester ketiga, meyakinkan kami bahawa kami telah benar-benar kenal akan semangat berpasukan. Atas semagat tersebut, kami tidak lagi rasa dibezakan dengan asal, cara berpakaian dan beza jumlah sijil yang di kumpul di zaman sekolah. Kami telah ketawa, menangis dan bertelingkah bersama atas rasa persahabatan.

Naik semester keempat, kami tahu jumlah air mata dan titis peluh yang kami dah tumpahkan kat tanah uitm ni tak cukup banyak kalwau nak dibandingkan dengan jasa para pensyarah yang sentiasa membuka tangan untuk menyambut kami yang seringkali buntu jalan. Telah kami sedar akan kritikan itulah yang membina kami untuk bukan sekadar menjadi interior designer terbaik, tetapi juga untuk menjadi insan terbaik, yang lengkap dengan sifat sabar, tabah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

Dan semester akhir yang menjadi kemuncak kematangan diri kami ni… bukan lah semester untuk kami akur dan berundur. Bukan masanya lagi. Semester ini, kami akan terus melangkah untuk ke akhir garis penamat, walaupun terpaksa bergolek, tersungkur dan berdarah di pertengahan jalanan. Semester ini, adalah semester untuk kami yakinkan tenaga2 pengajar kami, bahawa segala ilmu yang mereka berikan…adalah sebbbaik-baik ilmu, dalam menjadikan kami yang terbaik.

Oct 9, 2008

Beza ramaja kini dan remaja sekarang

Selepas terbaca tinta hasil jiwa Zainal Rashid Ahmad, karya bernama Cinta Ahmad Mutawakkil yang memenangi hadiah sastera Utusan tahun 2002, kesedaran yang sama datang waktu ikuti bicara A. Samad Said di Perkampungan Penulis Muda 6 tahun lalu, kembali melutut dalam isi tengkorak aku.
Karya yang berlatarkan zaman arwah atuk dan nenek kita, yang mendewasa sebagai penyaksi pada deritanya tanah yang kita duduki ini dicabul penjajah.

Apa yang aku dapat simpulkan melalui pengalaman sendiri melalui zaman sendiri, aku akui ANAK MUDA KITA JINAK. Mudah trima apa yang diberi. Mudah telan apa yang disuap. Anak muda umur tujuh belas tahun kini…. dan anak muda tujuh belas tahun dulu…tidak pernah sama. Kalaupun jumlah kerut wajahnya sama, sebab dan punca pulak yang membezakan.




Sebab penuaan remaja dulu dengan sebab penuaan remaja kini
Kalau kerut wajah si tujuh belas tahun dulu… sbbnya adalah usia yang dimamah jiwa ranum yang marak dengan kemahuan untuk lepas dari jajahan pencabul hak Tanah Melayu… tapi kerut muka si tujuh belas tahun yang kini, puncanya adalah kesan jamahan nikotin dan toksik yang mereka sedut dari batang2 racun yang mereka katakan ‘makanan ruji paru2’.

Makanan remaja dulu dengan makanan remaja kini
Perut si manis tujuh belas dulu, kebal dan sebal dengan angin ubi kayu yang melapik perut untuk hari2nya mmbesar, tapi si manis tujuhbelas yang membesar kini, pizza mengganti nasi dan menggandakan tumbesaran badan.

Aktiviti wajib dulu dengan aktiviti wajib kini
Anak muda dulu, isi akal wajib diperkasa dengan muqaddam & al-Quran…. tapi anak muda sekarang, kelukan lidah mak ayah bila beri alasan ponteng kelas malam untuk tak ketinggalan mengundi Stacy di AF6 setiap hari Sabtu atau menonton Miley Steward dalam rancangan Hanna Montana di Disney Channel.

Bicara anak muda dulu dengan bicara anak muda kini
Anak muda dulu bicaranya tentang cintakan tanah nenek moyang, tentang deruman jet penjajah dan tentang Tuan Booth yang mengajarnya membaca untuk mengutus balas surat rahsia Inggeris kepada pihak anti Jepun….. tetapi anak muda kini, bicaranya tentang kenalan baru Myspace, artis antarabangsa yang bakal menggegar pentas konsert tempatan dan lirik lagu Jason Mraz duet bersama Colby Caillat

Penat remaja dulu dengan penat remaja kini
Anak muda dulu, peluhnya menitik di atas kebun pisang yang bulan lepasnya adalah bekas tanah tanaman keledek dan ubi kayu dengan dambaan rezeki dan ibadat sebagai matlamat hidup….. tapi anak muda sekarang, peluhnya terbazir di atas lantai tarian yang bergema dengan dentum irama yang menuntut leka dan tawa sia2.


Ya..aku Wawa Shauqi antara mangsa dan realiti anak muda kini… menulis dengan jiwa yang silu dan hati yang mengangguk tentang bayangan sendiri yang aku hikayatkan ni. Dan menulis setelah dengan tiba2 risaukan keadaan diri dan anak bangsa yang bakal keluar dari rahim2 generasi sezaman aku. Bagaimana kan kita bentuk akal dan jiwa mereka, dalam dunia yang mungkin lebih dasyat perang hiburannya dari sekarang… Kita telah sesat dalam larian kejaran zaman. Yang dituntut tak ditunai yang wajib keciciran…Astaghfirullah…

(Raya kelima-bilik blakang rumah aku-ruang atmosfera berkarya yang tlah usang)

aiseh...wawa...wawaaaa

Bila tetiba jadi rajin pada perkara yang paling malas nak dibuat…
Bila rasa banyak cela tiapkali tengok muka kat cermin…
Bila cepat segan tengok sel2 kulit mati kat tangan…
Bila lagu Mocca yang slalu dinyanyikan untuk rumet trasa macam nyanyi untuk diri sendiri…
Bila da stat belek2 baju jalan time nak ujung minggu…
Bila obsesi tlah beralih pada henfon…
Bila ada lelaki taraf rupa ala Brad Pit lalu kat sblah pon tak prasan…
Bila slalu kena tegur ngan mmber asik senyum sensorg…