Sep 25, 2008

perihal GOYANGKAKI







Sejarah nama Goyangkaki:
Aku punya sorg kwn nama dia Syosyeh (bkn nama sbenar) yang obses dgn pengunaan nama 'goyangkaki design' dalam stiap hasil kerja dia. Even kalo kerja kumpulan dia dgn aku pon, di akhir hasil kerja tu dia akan letak 'by goyangkaki design'. Sebagai student ID, yang kononnya obses dgn kos sndri, kami simpan hasrat utk gunakan nama tu sbgai nama bakal firm kami nnti.





Tibalah satu hari ni, waktu bbual dgn sorg rakan yg dberi nama A, aku lahirkan hasrat nak mengikut arus obsesi remaja masa kini, iaitu mmbikin 'bisnes tee'. Kami cari 'nama' paling gerek utk brand tshirt yg akan kami buat dan dalam bnyak2 nama yg diproposed, 'goyangkaki' juga yg menang vote. Makanya, goyangkaki dijadikan sbg nama rasmi grup utk kami btiga masa tu-aku, syosyeh dan A. Tapi da masuk bulan ke4 sejak hasrat tsebut skadar dperam tanpa sbrang tindakan lanjutan. Aku paksa si A dan syosyey utk kuarkan rm$00 sorg, lalu tanpa pk panjang kami beli 30 helai baju kosong dan dbahagikan 3 utk kami bertiga kuarkan dsign masing2. Masa tu, goyangkaki buat hand painted dsign lagi. Dan hasilnya, kami jual kat UIA. Penghasilan dan jualan kami yang ptama, ktorg bnyak buat silap dan sepakat belajar dari ksilapan.

Tak lama pas kami advertise 'goyangkaki' kat frenster, sorg kawan dr Mlaka yang amat bbakat bnama Ash, kontek aku. Kerana bakat die yg superb, aku dan Syosyeh spakat amik die utk jd ahli yg baru, menggantikan A. Since then, goyangkaki melangkah dengan lebih yakin. Apa yang lebih bes, hala tuju kami tak bcanggah- nak hasilkan tee sbgai hasil karya seni utk dikongsi dgn org ramai, (bukan stakat bukak adobe dan taip pkataan dan slogan yang kononnya gerek utk diprint atas tee dan djual). Dengan design baru dari Ash,dan kualiti print & tee yg better, kami buat jualan kedua kat UTP sbnyak ~60 helai dan semua habis djual!!(tggal sampel je).. Alhamdulillah... Aku sgt hepi!! Bukan je sbb sambutan pembeli tapi aku make frens dgn ramai org from diff labels: Cotton Art, Art Syndrome dll. They r so supportive.
Mungkin ujung tahun ni, kami nak kuarkan produk yg lain lak, yg stil dlm prancangan...

Sep 19, 2008

dalam bahasa yang lebih mudah-TAK NAK LUPA

Sehijau warna daun ingatan aku, takkan dilunturi.
Walau air awan melebat, dan hangat mentari menyejat
Tiap karut hikayat yang menuntut dekah tawa
Juga seisi alam yang menyaksi bahagia kita
Laluan masa bagai tak rela menyeret ia bersama

Sep 18, 2008

aaaarrrrggh!!! kacau!!

resah
gagau
selerak jiwa
hilang kemana entahnya
jerami saraf berpintal
urat nadi bergetar
sesak rongga nafas
pekik dan lolong bagai langau dalam litup ruang tengkorak

mana jiwa
terbang hilang
sesat sblom timbang di akal
takutkan garang menyerang
cinta merayu tak sempat pandang

Ego senioriti atau tercabar?

Duduk dalam lingkungan senior2 yang masing2 memusatkan pandangan dan tumpuan kemarahan ke arah aku SEORANG....ngeri syial!

Walaupon tidak lah scra tepat keadaannya sbgaimana yg pnah blaku kat aku, tapi aku faham prasaan budak yang sedang mhadapi situasi tu...ye situasi tu sdg blaku, time aku tulis blog ni.

Aku ntara stuju dan tidak mende ni blaku tapi aku ada pendapat sndri. Masa memikul status junior, aku akui ada rasa cangggung, sdikit takut dan segan nak dekati snior since penah kena down ngan dorg. So, aku bjanji kat diri sndri bila da jadi snior, aku tanak jadi snior mcm dorg. Tapi janji aku hnya utk aku. Dan aku ingat kwn2 len pon pk camtu. Tapi skrang, bila da jadi snior, aku dapat rasakan ego menjadi snior. Pantang tgk jnior jln sblah tak pandang atau tak tgur, cpt je jadi panas. Tapi bila aku pk balik keadaan aku dulu, ketakutan aku dulu, aku rasa, tak salah snior mulakan huluran jalin ukhwah yg baik, dan uraikan sindrom takut snior yg mungkin lg bkesan utk tambahkan rasa hormat thdp snior.

hipokrit

Hipokrit parasit
Makan tulen diri
Tinggalkan hati sintetik di balik senyuman plastik

kawan macam cermin!?


Niat membikin blog sndri dah lama aku peram tapi atas sbb semulajadi yang maujud dlm diri sjak azali, iaitu- sukar memulakan langkah, niat tsebut ttangguh bertahun-tahun. Apa2 perkara yang nak dbuat, stage yg paling ssh aku nak hadapi adalah stage "bmula". Congrat me cuz i already step ahead!

Stage kedua paling ssh aku nak lalui adalah stage "selepas bmula". Kerana itu, aku masih tak tau topik apa nak aku kandungkan utk blog aku ni. ('Alasaaaannnnnn' bak kata Encik Haris)

Buat cubaan melangkah ke step strusnya, aku susurkan cerita ttg perkara yang obses didiskusi scr monolog oleh diri iaitu cermin. Cermin yang aku maksudkan bukan lah cermin yang bole pantulkan imej manusia huduh tiapkali korg bdiri depannya tu tapi cermin yang seringkali tertawa bila kita tertawa dan jarang skali ikut menangis bila kita mnangis. Cermin yang dmaksudkan adalah 'kawan'. Kenapa cermin? Sbb sifat kawan macam cermin jugak. Logiknya, mereka adalah refleksi diri kita sendiri. setuju tak?

Tak percaya, cuba jawab teka-teki ni. Sapekah perempuan yang duduk di atas motor mat rempit yang korang slalu nmpak masa berhenti kat dpn traffic light tu? Sape? Minah rempit? Betul la tu! Betul la apa yang aku maksudkan tadi-kawan adalah cermin. Mana nak tau minah tu minah rempit? tah tah, awek yang die tunggang tu kakak die or mak si minah rempit(versi howt). kite kata ppuan tu minah rempit sbb die dok dgn mat rempit. Cuba ppuan tu dduk dekat sblah ustaz.(dgn kod pkaian yg mungkin agak sopan). Musti ppuan tu dianggap sama alim dgn ustaz tu.

Geddit?? Tak paham gak, gi hantuk kpala kat dinding sambil ckp "wawa explanator yg terukk". Bila dah tau kaitan ttg kawan dan cermin, barulah aku faham pesan mama kenapa kita mesti mmilih kwn. Bukan skdar utk jaga jati diri yg mak ayah dah bentuk utk besarkan kita tapi jugak nak jaga diri dari fitnah. Kerna sifat kawan yang macam cermin ini juga, aku berpegang pada 2 prinsip ni "peduli ape orang nak kata pasal kita sbb tak de org yg betul2 kenal diri kita slain diri sndri" dan " suka mana pon kite pada kawan tu, akarkan kebaikan diri pada asalan".

Sekian...lu pikir la sndri...aslmkm (dgn nada nabil)